Monday, May 14, 2012

CBGB

Wow apa itu CBGB?? Cara Bijak Gigit Betina, atau Campur Basikal Gagah Batu, atau Cari Bini Gila Babi, atau Cantik Balak Gua Beli? Arrrgh semua salah hehehehehe. Sebenarnya maksud CBGB tu ialah "Country, Blue Grass & Blues". CBGB ni sebenarnya ialah nama sebuah kelab muzik yang terletak di New York. So apa yang best nye kat kelab CBGB ni? Ok tengok gambar kelab muzik ni dulu ye.


Ok ni dia gambar kelab muzik CBGB tu. Nama penuh kelab ni ialah CBGB OMFUG (Country, Blue Grass & Blues Other Music For Uplifting Gormanizers). Panjang betul nama dia. Kenapa panjang, aku pun tak tau hehe. Kelab lejen ni terletak di Bleecker Street, Manhattan, New York. Secara rasminya, CBGB dibuka pada tahun 1973 dan ditutup pada tahun 2006. Kenapa kelab ni lejen? Sebab CBGB ni adalah sebuah kelab yang menjadi platform terawal kepada banyak kugiran-kugiran bawah tanah Amerika mengetengahkan bakat mereka. Cakap je apa-apa kugiran yang mula bergerak secara bawah tanah di Amerika, boleh kata kebanyakannya pernah main kat sini. 

Kugiran-kugiran yang pernah main kat sini macam Ramones, Misfits, Television, The Patti Smith Group, Mink DeVille, The Dead Boys, The Dictators, The Fleshtones, The Voidoids, The Cramps, Blondie, Talking Heads dan banyak lagi la. Sesetangah kugiran yang pernah main kat sini ada antaranya dah jadi lejen, berpengaruh, sukses di peringkat mainstream dan ada peminat di seluruh dunia. Contohnya macam Ramones, The Voidoids, Television, Blondie dan Talking Heads yang tak payah la nak cerita kelejenan dorang. 

Ramones sedang berkandid di depan CBGB. Semasa penubuhan awal Ramones, CBGB lah antara port tempat dorang cari makan. 

Blondie ketika beraksi di CBGB. Deborah Harry (vokalis Blondie) sedang bertanyakan sesuatu kepada peminat, "kamu semua sudah makaaaaaaaaan?"

Ni lak aksi Richard Hell & The Voidoids di CBGB. Punk Rock hell yeah !!!!!!   

Menurut pemilik CBGB Hilly Kristal, sebenarnya, tujuan beliau adalah nak menubuhkan sebuah bar di mana bar tersebut akan memfokus untuk memainkan muzik-muzik seperti muzik Country, Blue Grass dan Blues (berdasarkan kepada nama CBGB) sahaja. Tapi lama kelamaan kelab tersebut seolah-olah telah bertukar menjadi House of Punk di mana kebanyakan kugiran terawal yang dijemput bermain di CBGB cenderung untuk memainkan muzik Punk dan secara tak langsung CBGB telah menyumbang kepada pergerakan awal Punk dan muzik Punk di Amerika. Dalam movie Bandslam, ada 1 scene tu di mana 2 orang peminat muzik (lakonan Vanessa Hudgens dan Gaelan Connell) masuk ke dalam CBGB secara curi-curi. Masa tu CBGB dah tak aktif. Masa kat dalam tu, dialog Gaelan berbunyi lebih kurang macam ni "Wow, this is the birthplace of Punk". 

Ni dia scene kat dalam CBGB untuk movie Bandslam.   

Pada era 1980'an, CBGB jadi semakin hardcore se hardcore muziknya. Time ni banyak kugiran-kugiran Hardcore Punk main kat sini. Antaranya termasuklah Bad Brains, Agnostic Front, Sick Of It all dan banyak lagi. Tak ketinggalan jugak Bad Religion, kugiran peberet Punk aku ni pun mesti pernah main kat sini. Selain dari kugiran-kugiran Punk lejen pernah main kat sini, kugiran lejen yang tak Punk pun pernah jugak main macam Nirvana.  

Bad Religion dikala masih muda remaja ketika merocking CBGB. Dah nama pun kugiran lejen Punk Amerika, kalau tak pernah main kat CBGB tak Punk la.

Hardcore Punk's Bad Brains sedang mengePunk CBGB. 

  Flyers Bad Brians live di CBGB.

Pada 15 Oktober 2006, segala kenikmatan dan kemasyhuran dunia milik CBGB berakhir apabila kelab lejen tersebut ditutup. Antara isu yang menjadi faktor kepada penutupan CBGB termasuklah pertikaian antara Hilly Kristal dan Komuniti Kediaman Bowery (komuniti yang tinggal berhampiran CBGB). Penutupan CBGB jugak berkait dengan peningkatan sewa bulanan. Jadi akhirnya CBGB pun ditutp secara rasminya pada 15 Oktober 2006. Pada minggu terakhir hayat CBGB, kugiran-kugiran lejen yang pernah bermula di CBGB dipanggil untuk perform. So antara kugiran yang perform semasa akhir hayat CBGB termasuklah Bad Brains, The Dictators dan set akustik dari Blondie, yang mana time tu ada diantara ahli-ahli kugiran tersebut sudah mencapai tahap warga emas huhu.

CBGB semasa awal penutupan

Peminat tegar muzik bawah tanah CBGB meninggalkan nota kenangan

Kini bangunan asal CBGB telah menjadi sebuah gedung fasyen milik John Varvatos. Tapi atas kesedaran sivik terhadap sejarah dan nilai warisan, John Varvatos berjanji akan membiarkan contengan grafiti di dinding dan tandas. So orang ramai yang nak tengok grafiti CBGB zaman Ramones boleh la datang ke gedung fesyen John Varvatos.

 Gedung fesyen John Varvatos a.k.a John Varvatos Fashion House a.k.a CBGB 

Friday, May 11, 2012

Bercakap dengan air

Sebelum kita start, ada sedikit kemusykilan kat dalam kepala otak aku yang kena aku rungkai sikit. Di mana ye agaknya Renjes Putih dengan Renjes Biru? Pasal apa jarang update blog? Aku tengok cuma Renjes Merah je yang beria-ria update blog, kau berdua semua kelaut. Kau berdua nak bagi alasan apa lagi? Exam? Exam kau berdua dah lama habis bro. Sekarang kau berdua tengah cuti, masa yang sesuai untuk mengupdate sesuatu kat dalam blog ni. Kalau kau orang macam ni, aku jadi tak semangat nak menghidupkan blog ni. Ingat janji kita dulu. Haha!

Eh teremosi plak aku. Ok! Sila abaikan. Itu cuma selingan saja.

Kita teruskan dengan entri kita kali ni yang bertajuk "bercakap dengan air". Mesti dalam kepala otak korang fikir, "gila ke hape nak cakap dengan air?", "apa rasionalnya cakap dengan air", "macam bodoh je cakap dengan air". Kan? Korang mesti fikir macam ni kan?

Walaupun kelihatan bodoh dan gila, tapi sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi tentang bercakap dengan air ni.

Sebelum tu, jom layan dulu gambar di bawah ni.


Ni ialah gambar kristal air. Air yang bagus kristalnya sangat cantik. Bila kristal sesuatu air itu cantik, maka air tersebut sangat elok untuk diminum. Bagaimana nak dapatkan kristal air yang bagus?

Caranya mudah saja iaitu bercakap dengan air!

Tapi harus diingat, bukan sebarangan benda boleh dicakap kat air. Benda yang boleh dicakap kat air cuma lah benda-benda positif sahaja, sebagai contoh " Oh air, saya sayang awak", "terima kasih air", "air ini ialah terbaik". Walaupun nampak macam naif giler bila cakap macam tu kat air, tapi mengikut kajian saintifik ia sudah terbukti dapat memelihara kestabilan dan kecantikan kristal air yang kita hendak minum.

Kajian tentang kristal air ni telah dilakukan oleh Dr Emoto dari Jepun. Beliau lah orang yang berjaya menjumpai kristal air ni.

Beliau juga telah melakukan kajian ke atas air dengan mendendangkan lagu rock berhampiran dengan air dan hasilnya ialah seperti gambar di bawah ini.



Kristal air ini tidak terbentuk malah berpecah-pecah!

Kenapa ia boleh menjadi begitu? Ini kerana air tersebut telah diresapi oleh gelombang yang negatif. Lagu rock tersebut merupakan gelombang negatif yang diterima oleh air tersebut lantas merosakkan kristal air tersebut.

Sebenarnya, benda-benda yang kita cakap berhampiran dengan air merupakan gelombang yang akan mempengaruhi kristal air. Jika positif gelombang yang diterima oleh air tersbut maka positif lah kristal air itu dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, kita digalakkan untuk berkata atau bercakap tentang yang baik-baik sahaja bila berdekatan dengan air yang kita hendak minum.

Sebab tu lah dulu, atuk-atuk dengan nenek-nenek kita bila anak-anak nak exam bawak air satu tong pergi masjid. Buat bulatan, letak air kat tengah-tengah bulatan, buka penutup dan terus baca yaasin beramai-ramai. Rasionalnya ialah mereka ingin air tersebut diresapi oleh gelombang bacaan yaasin tadi dan secara tidak langsung memelihara kristal air. Bukankah bacaan yaasin itu gelombang yang positif?

So, jangan cakap benda bukan-bukan kat air. Sebab air yang kristalnya cantik adalah amat baik untuk otak!

Disebabkan aku dah penat menaip, so aku berhenti dulu la ye. Oh ya, sebelum tu aku nak bagitau, info yang aku dapat ni dari seorang pakar motivasi. Bukan aku saja reka cerita. Harap maklum!

Wednesday, May 2, 2012

Welcome to Aberdeen, Come As You Are


Kalau korang ada kesempatan pergi Aberdeen (ni Aberdeen kat US tau bukan Scotland), nanti dah nak sampai sana mesti jumpa signboard ni. Menandakan korang dah sampai. Kenapa signboard dia tulis "Welcome to Aberdeen, Come As You Are"? Sebab Aberdeen ni adalah tempat kelahiran 2 orang otai Grunge iaitu Kurt Cobain dan Krist Novoselic dari kugiran Nirvana. So perkataan "Come As You Are" tu diambil sempena nama salah satu lagu Nirvana yang femes. 

Aberdeen ni terletak di dalam negeri Washington dan ianya berada di bahagian barat US. Negeri Washington ni pulak bukan Washington D.C tau. Beza. Washington D.C tu ibu negara US yang terletak di dalam negeri Maryland. Dan Maryland lak berada di timur US. So jangan keliru ye kawan-kawan. Di bandar kecil Aberdeen ni la Kurt Cobain dan Krist Novoselic start main muzik, then start main gig kat bandar yang besar sikit dalam negeri Washington iaitu Seattle.   


Yang warna merah tu la dia negeri Washington dimana terletaknya bandar-bandar seperti Aberdeen dan Seattle. Macam kat Malaysia jugak la, contoh macam kat negeri Johor ada bandar Batu Pahat, bandar Kluang, bandar Johor Bahru dll. 

Anak panah tu menunjukkan Washington D.C yang terletak dalam negeri Maryland. 

Thursday, April 26, 2012

GUA DAH TOLONG LU DER, LU NAK APE LAGI???

Impian seluruh umat manusia untuk melihat 2 teams Sepanyol berentap sesama sendiri di pentas akhir UCL 2011/2012 musnah awal pagi tadi apabila harapan terakhir umat Sepanyol, pasukan yang penuh kemewahan melimpah ruah tewas iaitu Kelab Bola Sepak Diraja Madrid. Masalahnya sekarang, team-team Spanyol ni dah dapat bantuan tambahan, tu pun kalah jugak ke kehkeh. Ke Barcelona dan Real Madrid ni nak kena bantu melalui BR1M baru boleh menang kehkehkeh. Dalam hal ni, refree-refree tak boleh disalahkan, kat semi-final kedua tu refree-refree dah mainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan Chelsea dan Beyern kalah haha, tapi yang kalah Barca dan Real. Macam mana ni? Maka refree pun berkata "GUA DAH TOLONG LU DER, LU NAK APE LAGI", kepala bana hahahahah............

Masa Barca vs Chelsea, bantuan tambahan dari refree sehingga menyebabkan Kapten Marvel Chelsea setel dipancung dengan kad merah hahahaha. Cech, Ivanovic, Ramirez, Lampard, Obi Mikel dan Meireles lak dicabuli kehormatannya dengan kad kuning. Barca lak dapat sebiji penalti, tu pun tak masuk hahahah. Tapi Chelsea masih mampu bertahan dengan gaya permainan bertahan ala Itali Roberto Di Matteo. Sampai Torres yang tak tere tu pun boleh score hehehe. Keputusan seri 2-2, tapi agregat Chelsea menang 3-2 dan ke final. Maka refree pun berkata  "GUA DAH TOLONG LU DER, LU NAK APE LAGI", kepala bana hahahahah............  

Real Madrid vs Bayern Munich, refree masih juga ingin membantu team Sepanyol, tak tau kenapa. Sebiji penalti diperolehi oleh Real, dan golllllll nampaknya Real tak sekepala bana Barca yang gagal dalam penalti hehehe. Tapi Bayen jugak bijak dalam mendapatkan penalti dan Robben pun score penalti untuk Bayern. Tapi macam biasa la bantuan refree pasti tiba, 4 player Bayern kena kad kuning iaitu Robben, Alaba, Badstuber dan Gustavo. Keputusannya Real menang 2-1, aggregat 3-3, tapi Bayern ke final sebab menang penalti 3-1. Maka refree pun berkata  "GUA DAH TOLONG LU DER, LU NAK APE LAGI", kepala bana hahahahah............    

"Ek eleh, gua kena kad merah lak, ni BR1M untuk Barca ke ape reff???"

Messi memang betul-betul messy apabila beliau langsung tidak bertanggungjawab kerana mensia-siakan BR1M buat pasukan beliau

"Ek eleh Barca, lu ingat gua heran sangat ke dengan BR1M lu tu?"

"Yes penalti gua membawa team gua ke final, babai Real"

Bayern Munich vs Chelsea, 19 Mei 2012, Sabtu, di Fußball Arena München, jumpa disana......     

Tuesday, April 24, 2012

Groupie

Kawan-kawan tau tak ape menatang Groupie ni? Kalau korang peminat kugiran-kugiran rock dan suka dengar dengar lagu-lagu rock, takkan tak tau kot apa Groupie tu huhu. Kalau tak tau jugak, korang ni jenis yang ikut-ikut je kot, orang dengar rock, korang pun ikut la ye dengar rock. Tanya sikit apa tu Groupie, tak dapat jawab, hehehe poseur siot. Ok ni aku tunjuk sikit gambar Groupie, korang tengok la puas-puas.


Ha korang tengok gambar tu betul-betul. Ok gambar tu menunjukkan ahli-ahli sebuah kugiran dengan "awek-awek" dorang hahahaha. Dalam erti kata lain, "awek-awek" tu semua la Groupie. Groupie ni maksudnya peminat fanatik perempuan yang minat gila sampai lupa dunia kat kugiran-kugiran peberet dorang. Tak kira la kugiran rock ke, pop ke, artis solo ke, apa-apa jela. Janji artis femes, mesti Groupie ada yang folo. Groupie ni akan folo ke mana je kugiran peberet dorang ni buat konsert tour, folo sama-sama naik bas, naik flight dan naik kereta lembu pun Groupie ni akan folo. Groupie ni biasanya terdiri dari budak-budak perempuan muda, umur penghujung belasan dan awal 20'an. Kiranya budak-budak yang jadi Groupie ni masa zaman dia baru nak naik, baru nak kenal dunia hehehehe. Hubungan dorang ni bukan hubungan serius, just suka-suka sepanjang konsert tour dan lepas habis tour, masing-masing buat hal sendiri. Tapi ada jugak Groupie yang terus jadi awek kepada rockstar, contohnya macam Nancy Spungen, awek Sid Vicious. Tak silap aku, Yoko Ono, isteri John Lennon tu pun asalnya Groupie The Beatles jugak. Aktiviti Groupie ni dapat dikesan masa zaman Beatlemania, masa zaman pertengahan 60'an, masa The Beatles tengah naik. So, The Beatles ni ramai la yek Groupies-Groupies dorang, best siottt heheheheh. Kugiran-kugiran femes lepas zaman The Beatles pun ramai la Groupies-Groupies dorang macam Led Zeppelin, Kiss, Van Halen dan banyak lagi la.    

So sepanjang tour, apa yang Groupie dan rockstar ni buat masa rockstar-rockstar ni ada free time? Hahahah mesti la Groupie ni layan rockstar gi minum-minum sampai mabuk, layan sepam dua heroin dan LSD (sejenis dadah yang femes masa tahun 60'an dan 70'an) dan berasmara di ranjang (best siot) hehehehe. Tapi korang perasan tak, kenapa zaman sekarang Groupie ni macam takde? Macam tak pernah dengar pun. Sebab, masa zaman 60'an dan 70'an, Groupie-Groupie boleh selambe je masuk bilik backstage kugiran peberet dorang masa lepas konsert, boleh selambe lepak-lepak dengan rockstar peberet dorang. Tapi lepas John Lennon mati kena tembak masa tahun 1980, kawalan keselamatan terhadap artis-artis femes dah diperketatkan, terutama sekali time rockstar buat tour. So sejak dari tu, Groupie-Groupie tak boleh la dengan selambe gi backstage, gi hotel penginapan rockstar peberet dorang ataupun gi folo konsert tour kugiran peberet dorang. Tapi sebenarnya ada je Groupie yang folo kugiran peberet dorang, terpulang la pada kugiran tu nak bagi folo ke tah huhu. So, zaman kegemilangan Groupie adalah zaman 60'an, 70'an dan 80'an.  

Kalau korang suka tengok movie, banyak movie-movie yang memaparkan kehidupan Groupie. Korang try la cari.

Movie Rock N Roll High School (1979) lakonan ahli-ahli Ramones. Dalam movie ni ada tunjukkan Groupies-Groupies yang masih budak sekolah lagi sanggup buat apa saja semata-mata nak gi konsert Ramones.

Movie Almost Famous (2000). Movie ni pasal sorang budak laki ni kecik lagi (dalam 12-14 tahun), minat kat muzik rock dan bercita-cita nak jadi wartawan muzik rock. Tapi masalahnya dia susah nak gi interview kugiran rock, so dia pun kenal-kenal la dengan Groupie, so melalui Groupie ni dapat la dia gi interview kugiran-kugiran yang dia minat hehehe.

Ok sebenarnya ada banyak lagi movie-movie yang cerita pasal Groupie, korang gi la cari sendiri ye.......

         

Thursday, April 12, 2012

Aerosmith

Sebut je pasal kugiran Aerosmith, mesti ramai yang teringat movie Armageddon kan. Sebab lagu tema movie tu "I don't wanna miss a thing" Aerosmith yang nyanyi. Ok lagu tu memang best, aku pun suka. Aerosmith ni dah aktif main muzik sejak tahun 1970 lagi (dah 42 tahun tu). Secara rasminya kugiran ni diasaskan di Boston, Massachusetts, Amerika dan menjadikan tempat tu sebagai tempat lahirnya kugiran Aerosmith. Dorang ni main muzik Hard Rock, Blues Rock ada sikit-sikit Heavy Metal dan ada sikit-sikit Glam Rock. Aku kalau sembang pasal kugiran rock 70'an dari luar negara ni, kugiran peberet aku mestila Led Zeppelin, Aerosmith peberet kedua aku, Van Halen peberet aku yang ketiga dan Kiss peberet aku yang keempat. Selain tu aku pun minat sama Queen dan Pink Floyd. Arrrgghhhh tak kira la peberet kedua ke, kelapan ke, keseratus ke, janji aku minat semua hehehe. Nanti lain kali aku sembang pasal Led Zeppelin lak huhu. Kalau sembang lak pasal kugiran rock lama dengan budak-budak poseur yang suka ikut-ikut, aku dah boleh agak kugiran peberet dorang mesti Guns N Roses (zaman Glam Rock 80'an), tak pun Scorpions, takde lain hahaha. Sebab tu je yang dorang tau, alasannya sebab intro lagu "Sweet child of mine" best tak pun sebab suara Klaus Meine (vokalis Scorpions) merdu hahaha. Ok kita lupakan semua poseur-poseur tu, hari ni jom kita sembang-sembang pasal fakta-fakta best mengenai Aerosmith. 

1) Line-up terkini Aerosmith
Steven Tyler - Vokalis utama (1970 - sekarang) Ahli asal Aerosmith, tak pernah keluar.
Joe Perry - Gitaris utama (1970 - 1979, 1984 - sekarang)
Brad Whitford - Gitaris kedua (1971 - 1981, 1984 - sekarang)
Tom Hamilton - Bass (1970 - sekarang) Ahli asal Aerosmith, tak pernah keluar.
Joey Kramer - Dram (1970 - sekarang) Ahli asal Aerosmith, tak pernah keluar.


2) Nama sebenar Steven Tyler ialah Steven Victor Tallarico.
Bibir gua memang seksi, aaaauuuwwww...

3) Steven Tyler dan Joe Perry digelar sebagai "The Toxic Twins"
Aksi dorang masa perfom macam ni hampir membuatkan dorang berdua bercumbu dikhalayak ramai

4) Lagu "Dude looks like a lady" (Album Permanent Vacation-1987) berkenaan dengan Vince Neil, ahli kugiran Motley Crue.
"Woi-woi ni pehal cakap aku macam lady ni, nak gaduh ke apa Aerosmith ni"

5) Joe Perry adalah seorang gitaris kidal, tapi boleh main gitar dengan tangan kanan dengan power.
"Arrrghhh gua mabuk ni, tadi baru lepas togak 20 botol Jack Daniels"

6) Joe Perry tak pernah masuk kelas gitar, dia belajar sendiri je, Time kat sekolah lak dia main klarinet je.
Ni dia klarinet. Dengan hanya main klarinet time sekolah, Joe Perry boleh terrer main gitar secara tiba-tiba.

7) Masa tahun 1989, pihak pengurusan Aerosmith dan Kiss pernah bincang untuk buat tour sama-sama.Tapi sampai sekarang idea ni tak jadi kenyataan.
Gambar kenangan pihak pengurusan Aerosmith dan Kiss. 

8) Aerosmith jadi kugiran first yang dianimasikan dalam siri kartun The Simpson.
Aerosmith dalam siri The Simpson. Memang style la.....

Ok kawan-kawan, ni la dia sedikit sebanyak fakta-fakta best pasal Aerosmith. Sebagai antara kugiran rock 70'an yang aku minat, aku pun mesti ada lagu peberet Aerosmith. Ok lagu peberet Aerosmith aku ialah "Dream On" (Album Aerosmith (Album debut) - 1973). Lagu ni memang best, try la dengar. Aku suka gila dengan sound gitar dalam lagu ni. Kalau sembang dengan budak-budak poseur pasal lagu Aerosmith lak, lagu peberet dorang mesti la "I don't wanna miss a thing" sebab lagu ni paling femes kahkahkah.....

Thursday, April 5, 2012

10 billionaire sepanjang zaman

Cis, aku rasa macam dah lama je tak update entri baru kat blog ni. Sorry la geng, sekarang ni aku tengah bizy praktikal. Masa yang aku ada sangat terhad. Ditambah dengan kepenatan yang melampau membuatkan aku jadi malas nak update entri baru walaupun idea tu kadang-kadang di tahap maksimum.

Sementara aku ada idea dan masa sekarang ni, so aku nak cerita pasal 10 billionaire sepanjang zaman untuk tatapan pembaca setia blog renjes malaya.

Ok, aku mulakan dengan mamat ni dulu.

1. John D. Rockefeller (1839 - 1937)

 John D. Rockefeller

John D. Rockefeller ialah seorang pengusaha minyak berbangsa Amerika. Beliau merupakan pengasas Syarikat Standard Oil dan pengusaha minyak. Harta beliau dianggarkan bernilai $663.4 billion.

2. Andrew Carnegie ( 1839 - 1937)

 Andrew Carnegie

Andrew Carnegie ialah orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting mengembangkan perusahaan besi di Amerika pada awal abad ke 19. Beliau ialah seorang yang berbangsa Scotland. Harta beliau dianggarkan bernilai $298.3 billion.

3. Cornelius Vanderbilt ( 1794 - 1919)

Cornelius Vanderbilt

Cornelius Vanderbilt merupakan seorang ushawan dalam bidang perkapalan dan kereta api. Seorang yang berbangsa Amerika dan merupakan orang Amerika terkaya dalam sejarah. Harta beliau dianggarkan bernilai $105 juta.

4. Bill Gates (1955 - kini)

William Henry "Bill" Gates

William Henry "Bill" Gates III merupakan pengasas syarikat microsoft. Beliau merupakan rakyat Amerika. Harta beliau dianggarkan bernilai $61 Billion.

5. Lawrence J. Ellison (1944-kini)

 Lawrence J.Ellison

Lawrence J.Ellison merupakan pengasas bersama dan chief eksekutif syarikat Oracle Corporation - antara syarikat terawal yang menjalankan urusniaga software. Beliau juga berbangsa Amerika. Harta beliau dianggarkan bernilai $36 billion dan pada tahun 2012 diiktiraf sebagai orang ketiga terkaya di Amerika.

6. King Fahd bin Abdul Aziz (1921 - 2005)

 King Fahd bin Abdul Aziz

King Fahd bin Abdul Aziz merupakan raja Arab Saudi dari tahun 1982 hingga 2005. Beliau ialah berbangsa Arab. Merupakan seorang ahli politik di tanah Arab Saudi. Harta beliau dianggarkan bernilai $25 billion.

7. Warren Buffett (1930 - kini)

 Warren Buffett

Warren Buffett  seorang rakyat Amerika dan merupakan pemegang saham utama, pengerusi dan ceo syarikat Berkshire Hathaway. Dia secara konsistennya sering dicalonkan sebagai antara orang yang terkaya di dunia. Dia telah diiktiraf sebagai orang yang paling kaya di dunia pada tahun 2008. Harta kekayaan beliau dianggarkan bernilai $44 billion.

8. Paul Allen (1953 - kini)
 Paul Gardner Allen

Paul Gardner Allen merupakan rakyat Amerika dan merupakan pengasas bersama syarikat microsoft dengan Bill Gates. Beliau telah diiktiraf sebagai orang yang ke 48 terkaya di dunia. Beliau mempunyai 2 pasukan sukan profesional iaitu Seattle Seahawk (NFL) dan Portland Trail Blazers (NBA). Harta beliau dianggarkan bernilai $14.2 billion.

9. Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan ( 1918 - 2004)

 Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan

Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan merupakan pemerintah Abu Dhabi dan merupakan presiden pertama negara UAE. Harta dan perniagaan yang beliau usahakan tidak dinyatakan. Harap maklum!

10. Sallehudin bin Ali @ Renjes Hitam (1987 - kini)

 Sallehudin bin Ali

Sallehudin bin Ali merupakan seorang saudagar minyak wangi dari Malaysia. Beliau merupakan antara orang yang termuda terkaya di dunia. Mengungguli carta pertama sebagai orang muda terkaya di dunia untuk 3 tahun berturut-turut dari tahun 2010, 2011 dan 2012. Dikhabarkan beliau ingin membeli kelab bolasepak Manchester United. Harta beliau dianggarkan bernilai $ 37 billion. Beliau juga merupakan seorang yang sangat merendah diri dan tidak mahu menonjolkan diri di khalayak ramai. Ok yang ini aku tipu.

Sekian saja untuk kali ini. Sebelum aku tamatkan entri kali ni, suka hendaknya aku akhiri dengan serangkap pantun:-

Kalau ada sumur diladang,
Boleh la saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
Kita jumpa di lain entri.

Ok bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...