Friday, April 26, 2013

Sumpahan Superman

Superman itu super hero. 
Super hero itu lelaki gagah. 
Lelaki gagah itu berwarna merah dan biru. 
Yang biru itu pakaian beliau. 
Yang merah pula seluar kecil beliau yang dipakai di luar (itu memang rare).
Beliau kemah keming bak kata orang pantai timur.


Ok kawan-kawan, itulah dia puisi pendek mengenai Superman yang aku tulis untuk menggambarkan keadaan fizikal susuk hebat seorang super hero. Hebatkan puisi aku?

Superman ni sebenarnya adalah antara watak super hero terawal yang berjaya dihasilkan oleh penghasil-penghasil komik di Amerika. Watak Superman yang paling awal dihasilkan adalah melalui watak super hero komik pada Jun, 1938. Komik tu bertajuk 'Action Comic 1'. Komik ni ada banyak bab, so salah satu babnya adalah cerita pasal Superman. Bila watak Superman ni jadi makin best, so keluarlah Superman dalam bentuk kartun dan filem. 

Kalau ikutkan jalan cerita Superman, dia ni adalah orang planet Krypton (sebelah planet zargus). Orang-orang planet Krypton panggil dia Kar-El, tapi nickname beliau Wak Kang. Nama bapak dia pulak Jor-El, nickname bapak dia Suarez. Sebab bapak dia ada power gigit orang. Ok nama-nama tu memang pelik. Biasa la, nama orang planet. Masa planet Krypton nak meletup atas sebab yang tak dapat dinyatakan, Kar-El dihantar ke bumi dan jatuh ke sebuah ladang di Smallville, Kansas, Amerika. Nak dijadikan cerita ada famili jumpa Kar-El dan ambil dia jadi anak angkat. Kar-El pun diberi nama Clark Kent supaya nama dia tak kedengaran kekampungan dan kelihatan urban ala Amerika. Macam tu la sedikit sebanyak kisah Superman ni.    
  
Tapi entri ni bukan nak sembang pasal komik, kartun atau filem Superman, entri kali ni nak sembang pasal sumpahan Superman yang kita pernah dengar dulu. "Ish Superman kena sumpahan?? Mana mungkin. Superman tu kan super hero. Tak mungkinlah boleh kena sumpahan". cewah. Ok sama ada sumpahan atau pun tak, atau ni semua kebetulan, tu semua aku tak tau. Korang pandai-pandai la nilaikan sendiri. Sumpahan Superman ni sebenarnya bencana ataupun nasib malang yang menimpa individu-individu yang terlibat dalam filem Supuerman. Ok kita tengok siapa yang terkena sumpahan tu.

George Reeves (5/1/1914 - 16/6/1959). 
Dia ni pelakon yang melakonkan watak drama Superman yang bertajuk "Adventures of Superman" dari tahun 1951 - 1958. Masa tahun 1951, dia jugak ditawarkan untuk berlakon watak Superman untuk filem yang bertajuk "Superman and the Mole Men". Pada 16/6/1959, dia dijumpai mati dengan kesan tembakan senapang di kepala, dipercayai membunuh diri. 

Bud Collyer (18/6/1908 - 8/9/1969)
Suara dia digunakan untuk watak kartun Superman pada tahun 1941 - 1943. Pada tahun 1966, suara dia sekali lagi digunakan untuk watak Superman dalam "The New Adventure of Superman". Tiga tahun lepas tu iaitu 1969, beliau  mati disebabkan masalah peredaran darah.

Lee Quigley (1977-1991)
Beliau melakonkan watak Superman masa bayi untuk filem Superman (1978). Beliau mati kerana penyalahgunaan dadah ketika berusia 14 tahun.

Kirk Alyn (8/10/1910 - 14/3/1999)
Beliau melakonkan watak terawal Superman sebelum George Reeves. Beliau mati kerana diserang panyakit Alzheimer ketika berusia 88 tahun.

Christopher Reeve (25/9/1952 - 10/10/2004)
Melakonkan watak Superman untuk filem Superman (1978), Superman II (1980), Superman III (1983) dan Superman IV: The Quest for Peace (1987). Pada 1995, beliau jatuh dari kuda ketika acara equestrian merentas desa yang menyebabkan beliau lumpuh dari leher ke bawah. Pada 10/10/2004, beliau mati kerana kegagalan jantung berfungsi dengan baik.

Dana Reeve (1962 - 2006)
Isteri Christopher Reeve. Tiada kena mengena dengan filem Superman, namun beliau isteri watak utama Superman. Seorang yang tidak merokok namun mati ketika berusia 44 tahun kerana kanser paru-paru.

Richard Pyror (1/12/1940 - 10/12/2005)
Melakonkan watak orang jahat untuk filem Superman III (1983). 3 tahun selepas berlakon dalam filem tersebut, dia menghidapi penyakit 'multiple sclerosis' (aku pun tak tau ni sakit apa) dan jugak dia ada masalah ketagihan dadah. Dia mati pada usia 65 tahun sebab serangan jantung.

Ok ni la antara individu-individu yang dikatakan terkena 'sumpahan' Superman. Sama ada betul-betul sumpahan atau kebetulan, kita pun tak tau. Tapi, dalam masa yang sama ada jugak individu yang dikatakan terlepas dari 'sumpahan' ni. Ni la dia antara individu yang terlepas tu.

Dean Cain (31/7/1966)
Pelakon watak Superman dalam drama 'Lois & Clark: The New Adventures of Superman' bersama pelakon cun Teri Hatcher. Drama ni agak femes pertengahan 90'an dulu. Aku pun layan drama ni masa kecik-kecik dulu.

Brandon Routh (9/10/1979)
Pelakon watak filem Superman Returns (2006). Berkenaan sumpahan ni dia ada cakap "what occurs to one person or set of people will not necessarily occur to everyone, and that he does not live his life in fear".

Bob Holiday (1932-sekarang)
Pelakon watak Superman dalam bentuk teater muzikal yang bertajuk 'It's a Bird, It's a Plane, It's Superman' (1966). Dia cakap sumpahan mengenai Superman ni 'silly'. Dia cakap watak Superman yang dia lakonkan adalah sesuatu yang bagus. 

 

Tuesday, March 26, 2013

So Long & Good Night My Chemical Romance

Pada tanggal 22 Mac 2013 Masihi yang lepas, bersamaan hari Jumaat, 10 Jamadilawal 1434 Hijrah, sebuah kugiran yang penuh dengan kegelapan dan kehitaman (bukan Negro atau Mapley) iaitu My Chemical Romance (MCR) telah melabuhkan tirainya atau dalam erti kata lain, telah berpecah secara rasmi. Berita yang amat mendukacitakan kepada seluruh umat The Black Parade seantero dunia ini telah disampaikan melalui laman sesawang MCR sendiri. Boleh baca di sini. Disebabkan aku tak reti nak print screen, so aku letak je la link laman sesawang MCR. Maklum la, aku bab-bab IT ni bukannya hasler sangat. 

Sebagai sebuah kugiran yang membawa pengaruh kegelapan, MCR telah memeriahkan scene muzik rock global selama 12 tahun (2001-2013). Pengaruh MCR kat Malaysia pun cukup kuat dari segi muzik dan fesyen. Anak-anak muda Malaysia cukup berbangga dipengaruhi fesyan MCR pada pertengahan era 2000-an. Mereka mampu berjalan berlenggang dengan mengenakan celak hitam di mata, berbaju hitam bertali leher merah, berbedak tebal-tebal biar muka nampak pucat (padahal muka gelap huhu ) dan kadang kala membawa payung walaupun hari tak hujan. Mereka panggil pengaruh MCR ni Gothic (kononnya la hahaha). Ok tapi kenapa MCR berpecah? Adakah ada diantara mereka bertikam lidah sesama sendiri dek kerana berebutkan apam balik yang dibeli di pasar malam? Adakah ada diantara mereka berperangai seperti John Terry? Ahhh aku pun tak mampu nak menjawab persoalan ini walaupun kerjaku sebagai wartawan hiburan sudah hampir mencecah 10 tahun. Apa yang penting, aku bukannya peminat kipas susah mati MCR. Buat apa aku nak tau. Yang aku tau cuma Helena dan Welcome to the Black Parade je.


Walaupun takdir dah menentukan MCR berkubur pada tahun 2013, tapi itu tak bermakna bahawa MCR tak sukses di pentas kemasyhuran anak-anak muda yang gemarkan muzik yang bertemakan kegelapan. MCR ni sebenarnya berjaya melahirkan 4 buah album studio yang hebat, di mana 2 dari album tersebut berjaya mencapai puncak inzal kemasyhuran hidup di dunia (album "Three Cheers For Sweet Revenge" 2004 dan "The Black Parade" 2006). Album-album MCR ialah:

Album studio "I Brought you My Bullets, You Brought Me Your Love" (2002)

Album studio "Three Cheers For Sweet Revenge" (2004)

Album studio "The Black Parade" (2006)

Album studio "Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys" (2010)

Semasa hayat terakhir MCR, line up terakhir mereka ialah Gerard Way (Vokalis), Ray Toro (Gitar utama), Mikey Way (Basis) dan Frank Lero (Gitar kedua).


Ok kami di pihak Renjes Malaya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua line up MCR semoga mereka sukses hidup di dunia dan di akhirat kelak. Semoga semua kenangan ke-Gothic-kan kegelapan yang  pernah di bawa oleh MCR di Malaysia akan senantiasa tersemat di hati peminat-peminat mereka. MCR perlu tahu bahawa walaupun muzik dan fesyen mereka sudah berkubur, namun pengaruhnya tetap harum subur mekar di hati peminat-peminat mereka terutamanya di Malaysia. So Long & Good Night My Chemical Romance  !!!!!!!! 

Wednesday, February 13, 2013

Tony Wong

Ok semua orang mesti suka baca komik kan. Tak kira la komik tu genre apa, yang penting baca komik tu best huhu. Komik jugak sangat sinonim dengan budak-budak muda. Dari budak sekolah rendah, menengah, kolej, universiti dan yang umur sekitar 20an. Kebanyakannya suka baca komik. Yang dah pertengah usia, jarang pulak dengar ada yang suka baca komik huhu. 

Untuk entri kali ni, aku nak sembang pasal penulis dan pelukis komik peberet aku masa kecik-kecik dulu. Ok nama brader ni Tony Wong. Dulu time aku kecik-kecik, komik dia yang aku minat ada 2, Alam Perwira dan Jejak Wira. Mesti korang ada baca kan komik ni. Best tu. Tapi kepada adik-adik yang lahir dan membesar pertengahan 90an dan 2000an, maybe tak tau kot pasal kewujudan komik ni hehe. Takpe kat entri ni aku cerita huhu. Zaman tu iaitu 90an (cewah macam zaman-zaman P Ramlee pulak), kat Malaysia ni memang berlambak komik-komik bermacam-macam genre. Komik dari Malaysia macam Ujang dan Gila-Gila, dari Jepun macam Doraemon, Juara Jalanan (Street Fighter), Mutiara Naga (Dragon Ball) dan Misteri Naga (Dragon Quest), dari Hong Kong macam Alam Periwra, Jejak Wira, Senjata Misteri, Pendekar Laut dan macam-macam lagi la. Zaman tu memang cukup heaven bagi penggemar komik huhu. Zaman sekarang pulak aku tak tau apa komik yang femes.      

Ok berbalik pada kisah brader Tony Wong dan komik-komiknya. Alam Perwira aku folo dari awal sampai habis, walapun ada 1-2 edisi yang aku tertinggal. Jejak Wira aku tak dapat folo sampai habis. Tapi komik ni pun best. Brader Tony ni ada jugak keluarkan komik-komik lain selain dari Alam Perwira dan Jejak Wira, cuma aku tak folo je huhu.    

Ok ni dia muka brader Tony Wong. Memang terserlah ke cina an beliau huhu. Nama sebenar brader ni Wong Yuk Long dan menggunakan nama pena Tony Wong. Beliau lahir sekitar tahun 1950 di Hong Kong. Komik-komik beliau semuanya fiksyen (rekaan) tapi ada sikit-sikit la beliau cuba kaitkan dengan dunia sebenar. Beliau ni adalah seorang penulis dan pelukis Manhua (Manhua-komik Cina, sama macam Manga-komik Jepun). Komik-komik beliau sangat femes dan kebanyakannya di alih bahasa ke dalam macam-macam bahasa antaranya bahasa Melayu dan Inggeris. Brader Tony ni jugak digelar sebagai "Godfather of Hong Kong Comics" dan "Hong Kong's King of Comics". 


Ok ni dia komik yang paling aku minat. Alam Perwira atau dalam versi BI nya Legend of Emperors. First release kat Hong Kong sekitar tahun 1993. Lepas komik ni tamat, tak silap aku edisi yang ke 163 kot yang last, ada sambungan untuk komik ni iaitu Hikayat Maharaja Qin. Tapi komik sekuel ni aku tak folo sebab tak best hehe. Watak paling power dalam komik ni mesti la Ji Fat huhu. Komik ni pasal kisah maharaja China zaman dulu-dulu yang sangat zalim, namanya Maharaja Zhou. Oleh sebab beliau zalim sangat, Ji fat dan kawan-kawan bangun menentang kezaliman beliau hahahaha. 


Yang ni pulak komik brader Tony kedua menjadi peberet aku. Jejak Wira atau dalam versi Bi nya Oriental Heroes. Komik ni release kali pertama kat Hong Kong pada tahun 1970 dengan nama Little Rascal. Tapi lepas tu nama komik ni diubah kepada Oriental Heroes. Watak-Watak utama dalam komik ialah Dragon Long, Tiger Wong dan Guy. 3 orang sahabat ni masing-masing tere Kungfu. Jalan cerita komik ni aku tak ingat sangat. Tapi yang penting latar masa komik ni bukan zaman maharaja, tapi zaman moden. Masa tahun 2006, ada sebuah filem yang dikeluarkan di Hong Kong yang diadaptasi dari komik ni. Filem tu tajuknya "Dragon Tiger Gate".  

Saturday, January 26, 2013

Pac Man

Siapa yang membesar masa awal 90'an mesti pernah main game ni kan, iaitu Pac Man. Game ni agak simpel and boleh kata senang kot nak main. Semua orang mesti tau punya game ni kan. Ni dia gambar game Pac Man zaman awal huhu.


Ok aku membesar di awal 90'an. Masa tu game tape adalah sejenis permainan video konsol yang paling femes zaman tu. Korang pernah nampak game tape tak? Ok kalau tak pernah, memang korang tak membesar sezaman dengan aku, cewah hahahaha. Game tape ni boleh kata generasi awal kepada game-game konsol yang wujud zaman sekarang ni macam Play Station, X Box dan macam-macam lagi. Aku pun tak tau apa nama sebenar kepada game tape ni. yang aku tau, masa aku kecik-kecik dulu aku panggil menatang ni game tape je, senang heheheh. Kualiti gambar game zaman ni takde la hebat macam game-game zaman sekarang. Gambar tak 3D, kalau dapat highest record tak dapat save sebab takde memori kad, grafik agak kelakar dll. Ni aku tunjuk gambar dia.



Ha ni la dia rupa bentuk game tape masa zaman tu dengan tape-tape die sekali huhu. Maybe ada sikit ala-ala Play Station kot, tapi Play Station pakai cd, menantang ni pakai tape. Maybe sebab tu kot budak-budak masa zaman tu panggil menatang ni game tape.  

Berbalik kepada tajuk kita iaitu Pac Man. Macam aku cakap tadi, game ni adalah game yang boleh kata femes dikalangan kaki-kaki game zaman tu. Kat bawah ni aku sediakan fakta-fakta best pasal Pac Man, enjoy.

1) Game Pac Man dicipta oleh seorang warganegara Jepun bernama Toru Iwatani, sekitar tahun 1980. Beliau dapat idea nak buat game macam ni berdasarkan kepada bentuk pizza yang dah dimakan satu potongan.    
Bentuk pizza macam ni la yang bagi idea pada pencipta Pac Man untuk buat game. Memang kreatif huhu.

2) Nama asal game ni dicipta ialah Puck Man. Tapi masa game ni dah makin femes dan dah nak masuk market Amerika sekitar pertengahan 1980'an, pihak pencipta game ni telah ubah nama game ni dari Puck Man kepada Pac Man sebab risau kalau ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab di Amerika ubah huruf awal kat nama game dari P kepada F dan akan membawa maksud yang negatif hehehehehe.

Ni la dia Pac Man generasi first kat Jepun. Nama ori dia Puck Man bukan Pac Man huhu.

3) Dalam game ni, Pac Man berwarna kuning akan dikejar oleh 4 orang hantu yang berlainan warna dan kerekter. Hantu merah nama dia Blinky, karekter dia kejar Pac Man terus sampai dapat. Hantu pink nama dia pinky, karekter sama dengan hantu merah. Hantu cyan pulak nama dia inky, karekter dia cuma ambush Pac Man, dia tak tangkap Pac Man dan hantu oren nama dia clyde, karekter dia susah nak agak, kadang-kadang ambush je dan kadang-kadang tangkap Pac Man.
 4) Untuk versi arked Pac Man, rekod markah paling tinggi yang pernah dicapai oleh kaki-kaki game ialah   3 333 360. Markah sebanyak ni dan yang hampir dengan ni individu yang pernah dapat cuma kurang dari 10 orang je.
Pac Man versi arked.

5) Pada tahun 2004, sekumpulan pelajar universiti telah mengubah bangunan-bangunan di bandar New York menjadi permainan Pac Man di dunia sebenar. Seorang pelajar memakai kostum kuning ala-ala Pac Man dan 4 orang kawan lainnya memakai kostum ala-ala hantu dalam game Pac Man iaitu Inky, Clyde, Blinky dan Pinky. Mereka berlari sepanjang kawasan Greenwich Village seolah-olah macam kena kejar dalam game Pac Man. Setiap pemain dalam game ini menggunakan GPS dalam henpon masing-masing untuk mencari antara satu sama lain. Mereka gelar game ni "Pac Manhattan". 


6) Pada tahun 1982, kumpulan vokal duo Buckner & Garcia telah mencipta sebuah lagu mengenai game Pac Man yang bertajuk "Pac Man Fever".

7) Pada tahun 2005, Guinness World Record telah menamakan game Pac Man versi arked adalah antara game yang paling berjaya di dunia.

8) Pada tahun yang sama juga, Guinness World Record menamakan Pac Man sebagai antara permainan paling dikenali diseluruh dunia dengan 94% kaki-kaki game di seluruh dunia kenal game Pac Man.

9) Pada tahun 2010, Google telah mencipta logo Pac Man versi Google bersempena 30 tahun game Pac Man dicipta.

Wednesday, January 9, 2013

Darul Takzim FC 2 - 3 Pahang

Wah Renjes Biru, beria-ria dia buat entri pasal Demba Ba score 2 biji masa main game first dengan menyarung jersi Chelsea. Aku pelik dengan secara tiba-tiba Renjes Biru telah mengupdate satu entri baru dalam keadaan yang tidak disangka-sangka dan aku syak, itu entri beliau yang terakhir untuk tahun ini. Sejarah dah membuktikan bahawa hanya beberapa kerat sahaja entri dari beliau untuk tahun lepas selebihnya aku dan Renjes Merah yang rajin mengupdate blog ni. Renjes Putih lagi lah. Haram nak menulis kat dalam blog ni. Entah-entah beliau telah lupa akan kewujudan blog ini.

Ok kita lupakan seketika "masa dalaman"admin-admin blog Renjes Malaya yang agak malas untuk mengupdate sesuatu kat blog ni termasuk aku. Haha!


Semua sedia maklum bahawa Liga Super Malaysia bagi tahun 2013 telah membuka tirainya malam tadi. Sebanyak 12 pasukan telah mengesahkan untuk beradu kekuatan untuk musim 2013. Antara pasukan yang bertanding untuk musim ini adalah Kelantan, Lion XII, Selangor, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS FC, T-Team, Darul Takzim FC ( dahulunya Johor FC), Felda United, ATM dan Pahang.

********

Malam tadi ada perlawanan melibatkan pasukan negeri aku iaitu Darul Takzim FC melawan Pahang di Stadium Darul Makmur. Keputusan telah berpihak kepada Pahang dengan kemenangan 3-2. Seriously aku tengok game tu kat astro arena tadi.

Darul Takzim FC berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Safiq Rahim dan Mat yo. Separuh masa kedua skripnya berbeza dengan Pahang melancarkan serangan bertali arus ke kubu Darul Takzim FC manakala Darul Takzim FC longlai di separuh masa kedua. Hasil serangan bertali arus dan permainan yang lebih kemas Pahang telah berjaya membuat "comeback" dengan menjaringkan 3 gol dan seterusnya memastikan 3 mata dalam genggaman.

Persoalannya sekarang, apakah punca kekalahan Darul Takzim FC kepada pahang? (10 markah)

Sunday, January 6, 2013

Ba..berBAloi-BAloi...???

malam tadi gua perasan fans2 chelsea dah mula menyalak dengan kehadiran seorang muslim yang bernama Demba Ba..mana tak nya, sumbat 2 biji gol selamber badak dia je...kalah abang torres yang menjadi dambaan fans2 liverpool...haha! 
gua amati secara mendalam, demba ba ni berbaloi..murah pun murah..score plk masa debut, bukan senang nak buat mcm tu..pergh..macam mana ni abang torres...gua dengar ada jgk fans2 chelsea dh mula suruh lu blah...haha!


rilex bro, suka2 jgk..control ckit kemaluan lu..nampak sgt excitednye tu..kikiki

sebenarnya nak score masa debut ni bukan senang..abang RVP pun tak dapat buat dengan team baru dia..tapi abang jongos suarez dapat buat..gua cakap macam ni yang fans2 liberpul jangan nak bangga sangat! 

tapi baru 1st game, lom tentu lu lom tentu betul-betul berbaloi..igt tu Demba Ba wei..!! gua kasi lu nasihat percuma..kasi tendang itu abang torres! haha!

ok la..gua nak blah makan! 

Thursday, December 20, 2012

Ramones

Pada malam yang dingin di musim tengkujuh selepas hujan ini, aku nak tulis sikit entri pasal kugiran Punk peberet aku iaitu Ramones. Aku minat Ramones ni sejak time sekolah lagi. Time-time aku sekolah dulu, genre yang paling aku minat sekali mesti lah genre Punk. Tapi time tu aku lebih minat kat subgenre Punk Oi dan Ska Punk. Selain dari subgenre tu, aku dengar biasa-biasa je huhu. Tapi kalau Ramones, kugiran ni lain sikit, aku tak dengar biasa-biasa, tapi aku menghayati muzik Ramones seolah-olah aku lah Joey Ramone yang tengah perform live atas pentas (cewah) huhuhuh.

Apa yang best pasal Ramones ni kan, aku suka sebab vokalis dia dengan selamba badak je nyanyi walaupun secara jujurnya aku cakap yang suara Joey langsung tak sedap! ehehehehe. Maksudnya kat sini, Ramones ni tak pentingkan sangat suara sedap atau tak, apa yang penting mesej melalui lirik mengenai kotornya politik dan pergolakan dunia mesti sampai ke telinga peminat mereka dan muzik Punk yang pantas ciptaan mereka dihayati oleh penggemar muzik Punk dari seluruh dunia. Ok jom kita baca fakta-fakta best pasal Ramones.

1) Ramones adalah sebuah kugiran Punk yang berasal dari Forest Hills, Queens, New York, ditubuhkan pada tahun 1974. Mereka juga adalah antara kugiran Proto-Punk (asal atau terawal) yang wujud pada zaman tu.
Antara barisan Ramones yang terawal, circa 1970'an.

2) Empat anggota asal Ramones (Joey, Johnny, Dee Dee dan Tommy) kenal antara satu sama lain sebab mereka bersekolah di sekolah yang sama, Forest Hills High School.
Sekolah ni patut tukar nama, "Ramones High School" hehehe.

3) Mereka aktif sebagai pemuzik Punk selama 22 tahun, dari 1974-1996. Berjaya menghasilkan sebanyak 14 album studio yang berpengaruh.
Antara koleksi album-album Ramones.

4) Sepanjang tahun-tahun aktif, seramai 8 orang ahli pernah menganggotai Ramones. Mereka ialah Joey, Johnny, Tommy dan Dee Dee (anggota asal) dan Marky, C.J, Elvis dan Richie (anggota yang ganti). Kesemua mereka menggunakan surname (nama keluarga) "ramone" dihujung nama masing-masing.
Lambang Ramones yang paling femes, tertera nama ahli asal Ramones.

5) Anggota Ramones menggunakan surname "ramone" dihujung nama masing-masing sebab mereka adalah peminat The Beatles, terutamanya Paul McCartney. Masa zaman awal The Beatles, Paul McCartney menggunakan nama "Paul Ramone". So ahli Ramones pun letak surname "ramone" sebagai penghormatan kepada individu yang telah memberi mereka inspirasi untuk bermain muzik..
Paul Ramone setelah bergelar Paul McCartney

6) Joey dan Johnny adalah 2 anggota Ramones yang tak pernah keluar.
Joey dan Johnny Ramone.

7) Pada tahun 2002, Spin Magazines meletakkan Ramones sebagai kugiran kedua terbaik sepanjang zaman dibelakang The Beatles.

8) Pada tahun 2002, Ramones telah diangkat sebagai kugiran lagenda oleh Rock n Roll Wall of Fame.
Anggota Ramones yang tinggal menerima anugerah.

9) Joey Ramone meniggal dunia pada 15 April 2001 pada usia 49 tahun di Hospital New York-Presbyterian kerana mengalami sakit Lymphoma.
  
10) Dee Dee Ramone meninggal dunia pada 5 Jun 2002 pada usia 50 tahun kerana overdose.

11) Johnny Ramone meninggal dunia pada 15 September 2004 pada usia 55 tahun di rumahnya di Los Angeles setelah 5 tahun bertarung dengan penyakit kanser prostat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...