Kalau sebut pasal James Bond (JB) kan, apa yang muncul dalam kepala otak korang?? Kalau aku la, sebut JB je aku mesti terfikir pasal JB ni tere gaduh, hensem, bijak, cool, relax, ada gadget pelik-pelik dan mulut manis bila pikat wanita seksi (mohon jangan berimaginasi lebih-lebih, ni bulan puasa ni, tak baik hehehe). Tu semua la yang akan muncul dalam kepala aku bila sembang pasal JB.
Ok tu dia gambar JB lakonan Sean Connery. Memang cukup macho dan cool brader ni. Beliau adalah pelakon pertama yang melakonkan watak JB dalam filem. Aku memang minat filem-filem JB ni. Memang kebanyakan filem-filem JB ni aku simpan. Sebenarnya JB ni adalah watak rekaan (fiction) yang dicipta oleh Ian Fleming pada tahun 1953 di dalam bentuk novel. Beliau telah menulis 12 buah novel JB dan 2 cerita pendek sehingga tahun 1964 dan seterusnya novel JB disambung penulisannya oleh beberapa orang lagi penulis. Selain diadaptasi dalam bentuk novel, watak JB juga dihasilkan dalam bentuk drama TV, drama radio, komik, permainan video dan tentunya dalam bentuk filem.
Watak JB ciptaan Ian Fleming ni adalah seorang pegawai dan merangkap ajen perkhidmatan perisikan rahsia British (British secret intelligence service agent a.k.a M16). Untuk tak nak bagi terkantoi yang JB ni seorang ajen, JB diberi tugas sebagai komander tentera laut Britain, supaya orang ingat dia ni tentera laut bukan ajen. 007 (double O seven) adalah kod rahsia untuk mengenali beliau, supaya musuh-musuh JB susah nak kesan. Contohnya, kalau boss JB suruh seseorang bagi something kat JB, boss akan cakap "bagi benda ni pada double O seven", boss tak kan cakap "bagi benda ni pada JB". Lebih kurang macam tu la.
Malam ni aku nak sembang pasal watak utama yang berlakon sebagai JB dalam filem-filem JB. Setakat ni, 6 orang brader macho telah melakonkan watak JB dengan jayanya dari tahun 1962-2012. Brader-brader macho tersebut ialah:
Sean Connery (watak utama dalam 6 filem JB)
1962 - Dr. No
1963 - From Russia With Love
1964 - Goldfinger
1965 - Thunderball
1967 - You Only Live Twice
1971 - Diamonds Are Forever
George Lazenby (watak utama dalam 1 sahaja filem JB)
1969 - On Her Majesty's Secret Service
Roger Moore (watak utama dalam 7 filem JB)
1973 - Live & Let Die
1974 - The Man With The Golden Gun
1977 - The Spy Who Loved Me
1979 - Moonraker
1981 - For Your Eyes Only
1983 - Octopussy
1985 - A View To A Kill
Timothy Dalton (watak utama dalam 2 filem JB)
1987 - The Living Daylights
1989 - Licence To Kill
Pierce Brosnan (watak utama dalam 4 filem JB)
1995 - Golden Eye
1997 - Tomorrow Never Dies
1999 - The World Is Not Enough
2002 - Die Another Day
Daniel Craig (watak utama dalam 3 filem JB)
2006 - Casino Royale
2008 - Quantum Of Solace
2012 - Skyfall
Ok tu la dia watak-watak brader macho yang menjadi JB dalam siri-siri filem JB. Ok semua JB tu memang mempunyai dan menepati ciri-ciri seorang JB yang kalau gaduh memang tak pernah kalah. Beliau sentiasa akan menang dan kontrol hensem walaupun bergolek-golek dalam lumpur heheheheh. Dari keenam-enam JB ni, George Lazenby cuma dapat jadi JB dalam 1 filem je. Kenapa?? Adakah beliau tak cukup macho? Adakah ayat beliau tak cukup manis untuk memikat wanita seksi?? Tu semua boleh tanya sendiri pada dia hahaha. Roger Moore pulak telah membolot watak hero untuk 7 filem JB. Banyak tu. Maybe pada pendapat pengarah filem JB brader Roger Moore ni la pelakon paling sesuai untuk jadi JB kot.
Dalam koleksi filem-filem JB aku, filem yang Sean Connery dan Roger Moore berlakon aku ada semua. Sebab 2-2 JB ni aku minat. Pada aku la, 2-2 JB tu memang menepati ciri-ciri seorang JB yang macho gagah bergasak, kontrol hensem dan berketrampilan metroseksual yang menjadi idaman dan dambaan wanita (cewah hahahah). Ok korang punya peberet JB yang mana pulak??????