Saturday, June 29, 2013

Dr. Martens

Hari ni aku nak sembang pasal kasut boot. Bukan boot bola, tapi boot untuk kerja. Nama boot ni Dr. Martens. Boot ni nak kata femes kat Malaysia, boleh kata femes jugak la. Kat negara kita, boot ni nickname dia Doc Mart, DM, Martens dan macam-macam lagi la. Nickname ni sebenarnya bukan apa, biar senang orang nak panggil. Jahitan benang warna kuning kat tepi boot tu dah jadi satu trade mark boot ni untuk orang kenal. Kat luar negara, terutamanya kat UK, boot ni memang femes. Sebab boot ni memang originally made in the UK. Sebelum sembang panjang-panjang, jom kita tengok dulu macam mana rupa boot ni.



Design ni namanya 'Mary Jane'. Sesuai untuk awek-awek.

Ok memang style kan boot ni. Kat Malaysia ni, satu persepsi yang tak best mengenai boot ni ialah, boot ni selalunya akan dikaitkan dengan geng-geng Skinhead dan Punk. Bila dikaitkan dengan Skinhead dan Punk, boot ni jugak dikaitkan dengan something yang negatif. Sebenarnya tak, persepsi tu salah, pemikiran sempit tu kat Malaysia je, kalau kat luar negara boot ni bukan hanya dipakai oleh golongan-golongan tertentu je, boot ni untuk semua orang, lagi pulak boot ni sebenarnya sesuai dipakai untuk pergi kerja.
  
Gambar dari filem This Is England. Geng-geng Skinhead hensem berposing bersama boot Dr. Martens. Time ni diorang baru lepas buli Shawn, budak kecik yang nak sangat jadi Skinhead tu huhu.

Gambar ni pulak geng-geng Punk dengan boot Dr. Martens.  

Yang ni pulak geng-geng biasa rambut ala Justin Bieber berfesyen dengan Dr. Martens. Kan aku dah cakap boot ni untuk semua. Peminat Justin Bieber pun pakai. 

Sejarah boot ni bermula bila seorang doktor berbangsa Jerman bernama Klaus Martens yang tercedera di kaki masa dia asyik bermain ski. Dia ni seorang doktor untuk tentera Jerman masa Perang Dunia Kedua dan dia ni memang familiar la dengan boot-boot tentera ni. Sampai nak main ski pun pakai boot tentera. Bila kaki dia cedera time main ski, dia rasa dia kena design satu boot yang betul-betul selamat untuk buat aktiviti lasak. So, dia pun try la design satu boot yang di up grade dari boot tentera yang dia ada. Dia tambah la kulit yang lebih lembut kt tepi boot tu dan tapak boot tu dia modified supaya ada ruang untuk udara keluar masuk. Bila design dah ok, dia pun start la jual boot dia. Tapi masa awal-awal penjualan boot ni biasa je, tak memberangsangkan.

Ni dia muka Dr. Klaus Martens tu. Beliau sedang memandang ke tepi, berfikir dan bersedih sambil berkata dalam hati, "kenapakah ada boot Dr. Martens tiruan yang diberi nama Dr. Martini?" 

Masa tahun 1947, Klaus Martens ni jumpa member lama time sama-sama belajar kat U, so diorang berdua ni start la design boot Dr. Marten untuk bagi style sikit. Ok usaha diorang berhasil apabila boot ni diterima di market Jerman dan antara golongan yang ramai beli boot ni ialah wanita berusia 40 tahun ke atas! Maybe design boot ni time tu unisex kot hehe.

Seterusnya diorang berdua ni terus fikir and fikir macam mana nak masuk market antarabangsa. Tak lama lepas tu, ada sebuah syarikat kasut dari UK, R. Griggs Group Limited yang berminat nak beli hak pengeluaran boot ni untuk market UK. So start dari situ, boot ni pun terus menguasai market boot UK setelah pemilik baru ni bagi design sikit dengan meletakkan trade mark jahitan kuning kat tepi dan design sikit bentuk dan tumit. Start dari tu la, nama boot ni ditambah 'Airwair' supaya kedengaran style. Boot ni memasuki market UK untuk pertama kalinya pada 1 April 1960.

Ni antara design original terawal Dr. Martens setelah memasuki market UK dan masa tahun 1960 tu, nama boot ni ialah 'Dr. Marten Airwair 1460'. Kenapa namanya ada nombor 1460 bukan 1960, aku pun tak tau. Agak-agaknya kalau design ni sampai kat Malaysia tahun 60-an dulu, mesti pemuda-pemuda 60-an Malaya pakai boot ni sambil naik Vespa. Memang style.

Tadi kan aku ada cakap yang boot ni sering dikaitkan dengan geng-geng Skinhead dan Punk, macam mana pulak geng-geng ni boleh dikaitkan?? Sebenarnya masa awal-awal boot ni masuk market UK, boot ni sagat femes dipakai oleh posmen, anggota polis, pekerja kilang, geng-geng Mods (asal-usul Skinhead), pekerja limbungan dan golongan-golongan working class. Bila Skinhead wujud sekitar tahun 1969, geng-geng Skinhead ni kebanyakkannya terdiri dari Mods (masa pertengahan 1960-an, geng-geng Mods selalu mendapat reaksi negatif terutamanya dari media UK sehingga geng-geng Mods cuba mencari identiti baru, wujudlah Skinhead) dan pekerja limbungan. So kat sini secara tak langsung menjadikan boot ni boot untuk geng-geng Skinhead. Selain tu jugak, boot ni adalah boot mampu milik dengan harga yang berpatutan terutamanya untuk golongan working class, so boot ni la yang jadi pilihan. Seterusnya, masuk tahun 70-an dan 80-an, bila gelombang muzik Punk menggegar dunia, fesyen Punk pun menggegar jugak. So boot ni jadi pilihan Punker-Punker time tu dan menjadikan boot ni sangat sinonim dengan sub-budaya (subculture) untuk budaya yang menentang (counter culture) di UK time tu.

Selain selalu dikaitkan dengan geng-geng Skinhead dan Punk, Jenama Dr. Marten jugak selalu dikaitkan dengan bola sepak. Kat atas tu jersi untuk team West Ham United (warna maroon), Dr. Martens pernah menjadi sponsor utama untuk team ni dari musim 1998-1999 sampai la musim 2002-2003. Lebih kurang 5 musim la Dr. Martens sponsor. Disebabkan tu jugak, kat stadium Upton Park milik West Ham ni ada bahagian tempat duduk (stand) yang diberi nama 'Dr. Martens Stand'. Stand tersebut diberi nama nama Dr. Martens Stand dari tahun 2001-2009. Sekarang Dr. Martens dah tak sponsor West Ham United lagi. So nama stand tu dah bertukar kepada The Alpari Stand. Selain tu jugak, Dr. Marten pun ada sponsor kelab bawahan di liga bola sepak Inggeris. Kelab tu ialah Rushden & Diamond FC (jersi warna kuning).

So tu la dia sedikit sebanyak kisah boot Dr. Martens. So harap kita kat Malaysia ni takda lafikir sempit sangat. Asal boot Dr. Martens je mesti nak dikaitkan dengan geng-geng Skinhead dan Punk. So lepas ni kita beli boot ni and pakai bawak pergi kerja huhu.  
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...