Thursday, August 1, 2013

Street Fighter

 Baru-baru ni aku tergerak hati nak layan balik movie Street Fighter yang aku pernah layan time kecik-kecik dulu. Ok memang best, mengimbau nostalgia zaman main video game time kecik-kecik dulu hehe. Tapi yang tak bestnya kat movie ni, aku dapat download versi alih suara Sepanyol punya, tak dapat cari yang Inggeris. So takpe lah, layan je la berpandukan subtitle Inggeris yang aku dapat dari subscene. Movie ni released tahun 1994 dengan tajuk penuh dia "Street fighter: The Ultimate Battle". Hero dalam movie ni tak lain dan tak bukan mestilah brader macho dan kuat bergasak iaitu Jean-Claude Van Damme, watak dia Guile atau nama penuh dia Colonel William F. Guile. Kalau kat dalam video game, dia ni ada power tendang lipat kaki lepas tu keluar power macam kapak besar. Peh susah nak elak tu.


Ok untuk versi video game, Street Fighter ni sebenarnya ada 2 versi, satu versi Jepun (ni versi orignal) dan lagi satu versi Amerika (ni versi remake). Filem ni aku tengok balik banyak berpandukan versi remake punya iaitu versi Amerika. So kalau kita jenis yang dah biasa layan game street fighter versi Jepun punya, nanti kita perasaan watak-watak dalam filem ni nama dia dah diubah. Maybe tu salah satu cara untuk bagi penonton tau yang versi Jepun dan Amerika ada beza, terutamanya dari segi nama watak. Untuk pengetahuan semua, video game Street Fighter ni adalah antara jenis permainan berlawan depan-depan (face to face fighting) paling awal wujud iaitu tahun 1987. So game Street Fighter ni lagi awal keluar dari game King of Fighters (1994), Tekken (1994), Mortal Kombat (1992) dan lain-lain lagi la. Kalau cakap pasal game ni, biasalah semuanya game mula dari game arked (mesin video game besar yang ada kat kedai game), lepas tu keluar la game jenis konsol (video game generasi awal) dan lepas tu keluar la game konsol versi Play Station dan Xbox. Ok macam-macam huhu. Ok kepada siapa-siapa yang pernah layan game arked dan konsol di era 80'an dan 90'an, kompem punya korang familiar dengan game street fighter ni kan.

Tapi kat sini aku nak sembang pasal movie Street Fighter ni. Jalan cerita movie ni senang je, takde la berat sangat. Ceritanya Bison (dikenali sebagai Vega untuk versi Jepun) seorang dealer dadah terbesar dunia nak take over sebuah negara di Asia Tenggara namanya Shadaloo. Watak dia ni macam gila-gila so dia buat apa saja untuk berkuasa dan dia tangkap beribu-ribu manusia yang tak berdosa untuk dijadikan tebusan. Dia sound ketua tentera Allied Nations (AN - konon-konon macam tentera United Nations - UN) iaitu brader macho colonel Guile suruh bagi dia 20 billion USD dalam masa 3 hari, baru semua tebusan boleh lepas. Bison jugak tengah plan nak buat pusat pemerintahan beliau iaitu 'Bisonopolis' kalau semua rancangan beliau berjaya. Tapi Guile sound balik Bison melalui siaran satelit, "hang jangan harap nak dapat 20 billion USD, hang tunggu aku datang Shadaloo Staq, kepala hang aku putaq". Lebih kurang macam tu la Guile sound balik. So bila brader Guile dah kumpulkan askar-askar dia, dia pun serang la Shadaloo. So bermula la episod perang-perang antara askar Guile dan Bison dan episod gaduh-gaduh antara geng-geng Guile iaitu geng Street Fighter baik lawan geng-geng Bison iaitu geng Street Fighter jahat. Di akhir movie ni, mesti la geng Street Fighter baik menang dan ultimate battle dia mesti la antara Guile vs Bison yang mana Bison mati sebab kena terajang power Guile sampai tercampak dan kena karen dan terus kojol.

 

Dalam versi filem, segala power dan hikmat yang keluar kat versi game memang takde la. Sebab kalau ada nanti tak nampak real movie ni. Tapi gerak geri watak-watak Street Fighter masa bergasak tu memang ada sebijik macam kat game time watak tu nak keluarkan power dia. Contohnya dalam filem ni ada satu scene Ryu tengah bergasak dan dia buat skill abugeen tapi power abugeen nya tak keluar. Guile pun ada buat terajang lipat kaki, tapi power macam kapak besar tu tak keluar. Tapi yang betul-betul ada keluarkan  power dalam movie ni cuma sorang je, Bison. Dia boleh keluarkan power macam karen dan boleh terbang. Tu pun sebab bantuan baju dan kasut canggih dia tu. So ok la cerita ni nampak realistik la kan.

Ni la dia antara watak-watak utama untuk movie Street Fighter: The Ultimate Battle ni.

Bison lakonan Raul Julia (dikenali sebagai Vega untuk versi Jepun). Ketua geng jahat dan bapak segala drug dealer.


Colonel William F. Guile lakonan Jean-Claude Van Damme. Ketua geng baik dan ketua tentera AN.

Ryu dan Ken Masters lakonan Byron Mann dan Damian Chapa. Mengikut hikayat Street Fighter, diorang berdua ni tok gurunya sama. So power diorang pun sama. 

Captain Carlos 'Charlie' Blanka lakonan Robert Mammone. Kawan baik guile dalam pasukan tentera AN. Kena tangkap dengan Bison dan dijadkan bahan uji kaji. Hasil pemikiran genuis Bison, beliau menjadi seekor monster berotakkan manusia.

Chun Li lakonan Ming-Na Wen. Seorang wartawan yang sangat terrer kung fu. Ayah beliau kena bunuh dengan Bison masa Bison serang kampung beliau time beliau kecik-kecik. So beliau ada dendam kesumat kat Bison.

E. Honda dan Balrog (dikenali sebagai Bison untuk versi Amerika) lakonan Peter Tuiasosopo dan Grand L. Bush. Rakan wartawan Chun Li merangkap bodyguard Chun Li.

Victor Sagat lakonan Wes Studi. Lagi satu watak jahat dalam movie ni. Dia dan Bison dah plan nak bahagikan negara Shadaloo sama rata kalau semua rancangan berjaya.

Dr. Dhalsim lakonan Roshan Seth. Dia ni doktor paksaan Bison. Bison paksa dia suruh convertkan Blanka dari manusia menjadi monster.

  
Vega (dikenali sebagai Balrog untuk versi Jepun) lakonan  Jay Tavare. Salah seorang dari geng jahat. Orang kanan Sagat. 

Zangief lakonan Andrew Bryniarski. Orang kanan Bison. Mula-mula geng jahat lepas tu tobat tak nak jadi jahat dah sebab dia kenan tipu dengan Bison.


Cammy dan T. Hawk lakonan Kylie Minogue dan Gregg Rainwater. Dia berdua ni orang kanan Guile dalam pasukan tentera AN.

Sawada lakonan Kenya Sawada. Dia ni orang kuat tentera AN.  

Dee Jay lakonan Miguel A. Nunez. Salah seorang dari geng jahat. Orang kuat untuk tentera Bison.

Geng-geng baik Street Fighter. Dari kiri Zangief, Ryu, Ken, Chun Li, Honda, Balrog, Sawada, T. Hawk dan Cammy.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...