Sunday, September 16, 2012

Movie Retro - Hail The Judge

Entri pertama untuk bulan september. Masing-masing bizy dengan agenda peribadi membuatkan blog ni kurang diupdate. Biasa lah masing-masing ada komitmen sendiri. Komitmen dengan belajar, komitmen dengan kerja. Macam-macam lah. Ok, tanpa membuangkan masa, harini gua nak cerita pasal movie retro lagi. Kali ni movie retro dari Hong Kong plak. Asik movie dari omputih je tak best gak.

Movie retro kali bertajuk Hail The Judge lakonan bintang komedi yang tidak asing lagi di Hong Kong dan Malaysia iaitu Stephen Chow ataupun nama penuh cina dia Chow Sing Chi.

 Stephen Chow aka Chow Sing Chi

Hail The Judge ni telah dirilis pada tahun 1994 dan berdurasi selama 106 minit. Movie ini telah ditulis dan diarahkan oleh pengarah yang bernama Wong Jing. Aku pun tak tahu siapa dia Wong Jing ni. Korang boleh search sendiri kat google ok.

Selain daripada Stephen Chow, movie ini juga telah dibintangi oleh pelakon terkenal Hong Kong seperti Ng Man Tat (Uncle Tat) yang selalu berlakon dengan Stephen Chow. Dalam movie Shaolin Soccer dia jadi coach untuk team Shaolin. Selain itu, Cheung Man dan Christy Chung juga berlakon di dalam movie ni. Cheung Man ni jugak selalu berlakon dengan Stephen Chow jadi dia punya heroin.


Hail The Judge

Movie ni mengisahkan tentang seorang hakim yang korup iaitu Bao Sing lakonan Stephen Chow. Bao Sing seringkali menyalahgunakan kuasanya sebagai hakim dan selalu menerima rasuah. Beliau bagaimanapun telah berubah apabila melihat Chi Siu Lin lakonan Cheung Man yang telah dirogol dan telah difitnah membunuh kesemua ahli keluarganya oleh seorang peguam terkenal yang ingin menyelamatkan anak guamannya. Malah Bao Sing sendiri telah diperangkap oleh peguam tersebut dan telah dipecat dari jawatannya dan kes tersebut ditutup.

Sejak dari hari tersebut, beliau telah berazam untuk membantu Chi Siu Lin dan seterusnya membersihkan namanya.

Bao Sing telah mengembara ke Ibu kota untuk bertemu dengan kawan bapanya yang merupakan seorang hakim diraja bagi membantu beliau untuk membuka kembali kes tersebut tetapi malangnya rakan bapanya juga ialah seorang hakim yang korup dan telah berpakat dengan bapa si perogol Chi Siu Lin.

Di ibukota beliau terpaksa bekerja di sebuah rumah pelacuran akibat tidak mempunyai wang dan di sana lah nasib beliau berubah.

*******

Gua rasa mesti korang penah tengok movie ni, cuma ingat tak ingat je kan? Gua pun sama sebenarnya. Heh Heh Heh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...