Friday, September 21, 2012

Movie Retro - Sikit Punya Gila

Entri kali ni, gua nak sambung lagi tentang movie-movie retro. Gua ni memang suka dengan benda-benda retro dan vintage ni. Bila gua tengok atau dengar lagu-lagu retro terasa macam gua hidup kat zaman tu. Ok, tanpa mahu melengahkan masa lagi jom kita layan entri movie retro kali ni. Kali ni gua buat entri movie retro tanah air plak. Asyik layan movie retro luar negara pun tak elok sangat. Kita kena balance. Ye dak?

Movie retro kali ni bertajuk Sikit Punya Gila.

Sikit Punya Gila 

Sikit Punya Gila ni ialah sebuah movie komedi. Ianya telah diriliskan pada tahun 1982 dan berdurasi selama 94 minit.  Movie ini telah diterbitkan oleh Zain dan Zaharan dari  Indra Filem Production & Distributions Sendirian Berhad. Movie ini telah diarahkan oleh Raja Ismail.

Banyak bintang filem yang terkenal pada zaman tersebut telah membintangi movie ini antaranya ialah Dharma Harun Al-Rashid, Hamid Gurkha, Allahyarham Ibrahim Pendek, Nora Shamsuddin, Norlia Ramlee (kini dikenali dengan Norlia Ghani) dan Allahyarham Yusni Jaafar.

Turut membintangi movie ini ialah Yusof Haslam dan Kuswadinata.

Hamid Gurkha & Dharma Harun Al-Rashid

Movie ini mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Dharma dan Hamid yang merantau dari kampung dan mencari kekayaan di bandar.

Di bandar diorang telah menyewa sebuah rumah daripada pasangan suami isteri iaitu Ibrahim Pendek dan Yusni Jaafar. Kat sana diorang telah berjiran dengan Nora dan Norlia yang bermata duitan. Hamid telah bekerja sebagai penjual jagung rebus manakala Dharma pula ialah seorang penjaga lif. Hidup diorang di bandar telah dilanda dengan masalah kewangan akibat tak tahu menguruskan duit dengan betul. Dalam bahasa mudahnya ialah boros.

Diorang berdua ni sering memikirkan cara untuk mendapatkan duit yang banyak dan telah berusaha dengan pelbagai cara tidak kira halal atau haram. Salah satunya ialah dengan berjudi. Diorang ni memang kuat main judi. Judi paling best yang diorang main ialah kuda longkang.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari diorang telah terjumpa duit RM 1 di tengah jalan. Diorang telah bersetuju untuk membeli nombor ekor dengan duit tersebut. Nombor ekor yang dibeli oleh diorang ialah 3755 kalau tak silap aku la dan last-last nombor diorang pun kena. Tapi disebabkan Dharma telah meletakkan kertas nombor ekor tersebut kat dalam bajunya yang dibasuh di dobi maka diorang pun melepas nak jadi kaya.

*********

Gua dulu masa kecik-kecik rasa macam pernah tengok movie ni. Gua ada jugak cari movie Hamid Gurkha basuh ikan dengan sabun. Rupa-rupanya movie ni. Layan beb movie ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...