Tuesday, March 26, 2013

So Long & Good Night My Chemical Romance

Pada tanggal 22 Mac 2013 Masihi yang lepas, bersamaan hari Jumaat, 10 Jamadilawal 1434 Hijrah, sebuah kugiran yang penuh dengan kegelapan dan kehitaman (bukan Negro atau Mapley) iaitu My Chemical Romance (MCR) telah melabuhkan tirainya atau dalam erti kata lain, telah berpecah secara rasmi. Berita yang amat mendukacitakan kepada seluruh umat The Black Parade seantero dunia ini telah disampaikan melalui laman sesawang MCR sendiri. Boleh baca di sini. Disebabkan aku tak reti nak print screen, so aku letak je la link laman sesawang MCR. Maklum la, aku bab-bab IT ni bukannya hasler sangat. 

Sebagai sebuah kugiran yang membawa pengaruh kegelapan, MCR telah memeriahkan scene muzik rock global selama 12 tahun (2001-2013). Pengaruh MCR kat Malaysia pun cukup kuat dari segi muzik dan fesyen. Anak-anak muda Malaysia cukup berbangga dipengaruhi fesyan MCR pada pertengahan era 2000-an. Mereka mampu berjalan berlenggang dengan mengenakan celak hitam di mata, berbaju hitam bertali leher merah, berbedak tebal-tebal biar muka nampak pucat (padahal muka gelap huhu ) dan kadang kala membawa payung walaupun hari tak hujan. Mereka panggil pengaruh MCR ni Gothic (kononnya la hahaha). Ok tapi kenapa MCR berpecah? Adakah ada diantara mereka bertikam lidah sesama sendiri dek kerana berebutkan apam balik yang dibeli di pasar malam? Adakah ada diantara mereka berperangai seperti John Terry? Ahhh aku pun tak mampu nak menjawab persoalan ini walaupun kerjaku sebagai wartawan hiburan sudah hampir mencecah 10 tahun. Apa yang penting, aku bukannya peminat kipas susah mati MCR. Buat apa aku nak tau. Yang aku tau cuma Helena dan Welcome to the Black Parade je.


Walaupun takdir dah menentukan MCR berkubur pada tahun 2013, tapi itu tak bermakna bahawa MCR tak sukses di pentas kemasyhuran anak-anak muda yang gemarkan muzik yang bertemakan kegelapan. MCR ni sebenarnya berjaya melahirkan 4 buah album studio yang hebat, di mana 2 dari album tersebut berjaya mencapai puncak inzal kemasyhuran hidup di dunia (album "Three Cheers For Sweet Revenge" 2004 dan "The Black Parade" 2006). Album-album MCR ialah:

Album studio "I Brought you My Bullets, You Brought Me Your Love" (2002)

Album studio "Three Cheers For Sweet Revenge" (2004)

Album studio "The Black Parade" (2006)

Album studio "Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys" (2010)

Semasa hayat terakhir MCR, line up terakhir mereka ialah Gerard Way (Vokalis), Ray Toro (Gitar utama), Mikey Way (Basis) dan Frank Lero (Gitar kedua).


Ok kami di pihak Renjes Malaya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua line up MCR semoga mereka sukses hidup di dunia dan di akhirat kelak. Semoga semua kenangan ke-Gothic-kan kegelapan yang  pernah di bawa oleh MCR di Malaysia akan senantiasa tersemat di hati peminat-peminat mereka. MCR perlu tahu bahawa walaupun muzik dan fesyen mereka sudah berkubur, namun pengaruhnya tetap harum subur mekar di hati peminat-peminat mereka terutamanya di Malaysia. So Long & Good Night My Chemical Romance  !!!!!!!! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...