Friday, April 26, 2013

Sumpahan Superman

Superman itu super hero. 
Super hero itu lelaki gagah. 
Lelaki gagah itu berwarna merah dan biru. 
Yang biru itu pakaian beliau. 
Yang merah pula seluar kecil beliau yang dipakai di luar (itu memang rare).
Beliau kemah keming bak kata orang pantai timur.


Ok kawan-kawan, itulah dia puisi pendek mengenai Superman yang aku tulis untuk menggambarkan keadaan fizikal susuk hebat seorang super hero. Hebatkan puisi aku?

Superman ni sebenarnya adalah antara watak super hero terawal yang berjaya dihasilkan oleh penghasil-penghasil komik di Amerika. Watak Superman yang paling awal dihasilkan adalah melalui watak super hero komik pada Jun, 1938. Komik tu bertajuk 'Action Comic 1'. Komik ni ada banyak bab, so salah satu babnya adalah cerita pasal Superman. Bila watak Superman ni jadi makin best, so keluarlah Superman dalam bentuk kartun dan filem. 

Kalau ikutkan jalan cerita Superman, dia ni adalah orang planet Krypton (sebelah planet zargus). Orang-orang planet Krypton panggil dia Kar-El, tapi nickname beliau Wak Kang. Nama bapak dia pulak Jor-El, nickname bapak dia Suarez. Sebab bapak dia ada power gigit orang. Ok nama-nama tu memang pelik. Biasa la, nama orang planet. Masa planet Krypton nak meletup atas sebab yang tak dapat dinyatakan, Kar-El dihantar ke bumi dan jatuh ke sebuah ladang di Smallville, Kansas, Amerika. Nak dijadikan cerita ada famili jumpa Kar-El dan ambil dia jadi anak angkat. Kar-El pun diberi nama Clark Kent supaya nama dia tak kedengaran kekampungan dan kelihatan urban ala Amerika. Macam tu la sedikit sebanyak kisah Superman ni.    
  
Tapi entri ni bukan nak sembang pasal komik, kartun atau filem Superman, entri kali ni nak sembang pasal sumpahan Superman yang kita pernah dengar dulu. "Ish Superman kena sumpahan?? Mana mungkin. Superman tu kan super hero. Tak mungkinlah boleh kena sumpahan". cewah. Ok sama ada sumpahan atau pun tak, atau ni semua kebetulan, tu semua aku tak tau. Korang pandai-pandai la nilaikan sendiri. Sumpahan Superman ni sebenarnya bencana ataupun nasib malang yang menimpa individu-individu yang terlibat dalam filem Supuerman. Ok kita tengok siapa yang terkena sumpahan tu.

George Reeves (5/1/1914 - 16/6/1959). 
Dia ni pelakon yang melakonkan watak drama Superman yang bertajuk "Adventures of Superman" dari tahun 1951 - 1958. Masa tahun 1951, dia jugak ditawarkan untuk berlakon watak Superman untuk filem yang bertajuk "Superman and the Mole Men". Pada 16/6/1959, dia dijumpai mati dengan kesan tembakan senapang di kepala, dipercayai membunuh diri. 

Bud Collyer (18/6/1908 - 8/9/1969)
Suara dia digunakan untuk watak kartun Superman pada tahun 1941 - 1943. Pada tahun 1966, suara dia sekali lagi digunakan untuk watak Superman dalam "The New Adventure of Superman". Tiga tahun lepas tu iaitu 1969, beliau  mati disebabkan masalah peredaran darah.

Lee Quigley (1977-1991)
Beliau melakonkan watak Superman masa bayi untuk filem Superman (1978). Beliau mati kerana penyalahgunaan dadah ketika berusia 14 tahun.

Kirk Alyn (8/10/1910 - 14/3/1999)
Beliau melakonkan watak terawal Superman sebelum George Reeves. Beliau mati kerana diserang panyakit Alzheimer ketika berusia 88 tahun.

Christopher Reeve (25/9/1952 - 10/10/2004)
Melakonkan watak Superman untuk filem Superman (1978), Superman II (1980), Superman III (1983) dan Superman IV: The Quest for Peace (1987). Pada 1995, beliau jatuh dari kuda ketika acara equestrian merentas desa yang menyebabkan beliau lumpuh dari leher ke bawah. Pada 10/10/2004, beliau mati kerana kegagalan jantung berfungsi dengan baik.

Dana Reeve (1962 - 2006)
Isteri Christopher Reeve. Tiada kena mengena dengan filem Superman, namun beliau isteri watak utama Superman. Seorang yang tidak merokok namun mati ketika berusia 44 tahun kerana kanser paru-paru.

Richard Pyror (1/12/1940 - 10/12/2005)
Melakonkan watak orang jahat untuk filem Superman III (1983). 3 tahun selepas berlakon dalam filem tersebut, dia menghidapi penyakit 'multiple sclerosis' (aku pun tak tau ni sakit apa) dan jugak dia ada masalah ketagihan dadah. Dia mati pada usia 65 tahun sebab serangan jantung.

Ok ni la antara individu-individu yang dikatakan terkena 'sumpahan' Superman. Sama ada betul-betul sumpahan atau kebetulan, kita pun tak tau. Tapi, dalam masa yang sama ada jugak individu yang dikatakan terlepas dari 'sumpahan' ni. Ni la dia antara individu yang terlepas tu.

Dean Cain (31/7/1966)
Pelakon watak Superman dalam drama 'Lois & Clark: The New Adventures of Superman' bersama pelakon cun Teri Hatcher. Drama ni agak femes pertengahan 90'an dulu. Aku pun layan drama ni masa kecik-kecik dulu.

Brandon Routh (9/10/1979)
Pelakon watak filem Superman Returns (2006). Berkenaan sumpahan ni dia ada cakap "what occurs to one person or set of people will not necessarily occur to everyone, and that he does not live his life in fear".

Bob Holiday (1932-sekarang)
Pelakon watak Superman dalam bentuk teater muzikal yang bertajuk 'It's a Bird, It's a Plane, It's Superman' (1966). Dia cakap sumpahan mengenai Superman ni 'silly'. Dia cakap watak Superman yang dia lakonkan adalah sesuatu yang bagus. 

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...