Monday, May 14, 2012

CBGB

Wow apa itu CBGB?? Cara Bijak Gigit Betina, atau Campur Basikal Gagah Batu, atau Cari Bini Gila Babi, atau Cantik Balak Gua Beli? Arrrgh semua salah hehehehehe. Sebenarnya maksud CBGB tu ialah "Country, Blue Grass & Blues". CBGB ni sebenarnya ialah nama sebuah kelab muzik yang terletak di New York. So apa yang best nye kat kelab CBGB ni? Ok tengok gambar kelab muzik ni dulu ye.


Ok ni dia gambar kelab muzik CBGB tu. Nama penuh kelab ni ialah CBGB OMFUG (Country, Blue Grass & Blues Other Music For Uplifting Gormanizers). Panjang betul nama dia. Kenapa panjang, aku pun tak tau hehe. Kelab lejen ni terletak di Bleecker Street, Manhattan, New York. Secara rasminya, CBGB dibuka pada tahun 1973 dan ditutup pada tahun 2006. Kenapa kelab ni lejen? Sebab CBGB ni adalah sebuah kelab yang menjadi platform terawal kepada banyak kugiran-kugiran bawah tanah Amerika mengetengahkan bakat mereka. Cakap je apa-apa kugiran yang mula bergerak secara bawah tanah di Amerika, boleh kata kebanyakannya pernah main kat sini. 

Kugiran-kugiran yang pernah main kat sini macam Ramones, Misfits, Television, The Patti Smith Group, Mink DeVille, The Dead Boys, The Dictators, The Fleshtones, The Voidoids, The Cramps, Blondie, Talking Heads dan banyak lagi la. Sesetangah kugiran yang pernah main kat sini ada antaranya dah jadi lejen, berpengaruh, sukses di peringkat mainstream dan ada peminat di seluruh dunia. Contohnya macam Ramones, The Voidoids, Television, Blondie dan Talking Heads yang tak payah la nak cerita kelejenan dorang. 

Ramones sedang berkandid di depan CBGB. Semasa penubuhan awal Ramones, CBGB lah antara port tempat dorang cari makan. 

Blondie ketika beraksi di CBGB. Deborah Harry (vokalis Blondie) sedang bertanyakan sesuatu kepada peminat, "kamu semua sudah makaaaaaaaaan?"

Ni lak aksi Richard Hell & The Voidoids di CBGB. Punk Rock hell yeah !!!!!!   

Menurut pemilik CBGB Hilly Kristal, sebenarnya, tujuan beliau adalah nak menubuhkan sebuah bar di mana bar tersebut akan memfokus untuk memainkan muzik-muzik seperti muzik Country, Blue Grass dan Blues (berdasarkan kepada nama CBGB) sahaja. Tapi lama kelamaan kelab tersebut seolah-olah telah bertukar menjadi House of Punk di mana kebanyakan kugiran terawal yang dijemput bermain di CBGB cenderung untuk memainkan muzik Punk dan secara tak langsung CBGB telah menyumbang kepada pergerakan awal Punk dan muzik Punk di Amerika. Dalam movie Bandslam, ada 1 scene tu di mana 2 orang peminat muzik (lakonan Vanessa Hudgens dan Gaelan Connell) masuk ke dalam CBGB secara curi-curi. Masa tu CBGB dah tak aktif. Masa kat dalam tu, dialog Gaelan berbunyi lebih kurang macam ni "Wow, this is the birthplace of Punk". 

Ni dia scene kat dalam CBGB untuk movie Bandslam.   

Pada era 1980'an, CBGB jadi semakin hardcore se hardcore muziknya. Time ni banyak kugiran-kugiran Hardcore Punk main kat sini. Antaranya termasuklah Bad Brains, Agnostic Front, Sick Of It all dan banyak lagi. Tak ketinggalan jugak Bad Religion, kugiran peberet Punk aku ni pun mesti pernah main kat sini. Selain dari kugiran-kugiran Punk lejen pernah main kat sini, kugiran lejen yang tak Punk pun pernah jugak main macam Nirvana.  

Bad Religion dikala masih muda remaja ketika merocking CBGB. Dah nama pun kugiran lejen Punk Amerika, kalau tak pernah main kat CBGB tak Punk la.

Hardcore Punk's Bad Brains sedang mengePunk CBGB. 

  Flyers Bad Brians live di CBGB.

Pada 15 Oktober 2006, segala kenikmatan dan kemasyhuran dunia milik CBGB berakhir apabila kelab lejen tersebut ditutup. Antara isu yang menjadi faktor kepada penutupan CBGB termasuklah pertikaian antara Hilly Kristal dan Komuniti Kediaman Bowery (komuniti yang tinggal berhampiran CBGB). Penutupan CBGB jugak berkait dengan peningkatan sewa bulanan. Jadi akhirnya CBGB pun ditutp secara rasminya pada 15 Oktober 2006. Pada minggu terakhir hayat CBGB, kugiran-kugiran lejen yang pernah bermula di CBGB dipanggil untuk perform. So antara kugiran yang perform semasa akhir hayat CBGB termasuklah Bad Brains, The Dictators dan set akustik dari Blondie, yang mana time tu ada diantara ahli-ahli kugiran tersebut sudah mencapai tahap warga emas huhu.

CBGB semasa awal penutupan

Peminat tegar muzik bawah tanah CBGB meninggalkan nota kenangan

Kini bangunan asal CBGB telah menjadi sebuah gedung fasyen milik John Varvatos. Tapi atas kesedaran sivik terhadap sejarah dan nilai warisan, John Varvatos berjanji akan membiarkan contengan grafiti di dinding dan tandas. So orang ramai yang nak tengok grafiti CBGB zaman Ramones boleh la datang ke gedung fesyen John Varvatos.

 Gedung fesyen John Varvatos a.k.a John Varvatos Fashion House a.k.a CBGB 

Friday, May 11, 2012

Bercakap dengan air

Sebelum kita start, ada sedikit kemusykilan kat dalam kepala otak aku yang kena aku rungkai sikit. Di mana ye agaknya Renjes Putih dengan Renjes Biru? Pasal apa jarang update blog? Aku tengok cuma Renjes Merah je yang beria-ria update blog, kau berdua semua kelaut. Kau berdua nak bagi alasan apa lagi? Exam? Exam kau berdua dah lama habis bro. Sekarang kau berdua tengah cuti, masa yang sesuai untuk mengupdate sesuatu kat dalam blog ni. Kalau kau orang macam ni, aku jadi tak semangat nak menghidupkan blog ni. Ingat janji kita dulu. Haha!

Eh teremosi plak aku. Ok! Sila abaikan. Itu cuma selingan saja.

Kita teruskan dengan entri kita kali ni yang bertajuk "bercakap dengan air". Mesti dalam kepala otak korang fikir, "gila ke hape nak cakap dengan air?", "apa rasionalnya cakap dengan air", "macam bodoh je cakap dengan air". Kan? Korang mesti fikir macam ni kan?

Walaupun kelihatan bodoh dan gila, tapi sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi tentang bercakap dengan air ni.

Sebelum tu, jom layan dulu gambar di bawah ni.


Ni ialah gambar kristal air. Air yang bagus kristalnya sangat cantik. Bila kristal sesuatu air itu cantik, maka air tersebut sangat elok untuk diminum. Bagaimana nak dapatkan kristal air yang bagus?

Caranya mudah saja iaitu bercakap dengan air!

Tapi harus diingat, bukan sebarangan benda boleh dicakap kat air. Benda yang boleh dicakap kat air cuma lah benda-benda positif sahaja, sebagai contoh " Oh air, saya sayang awak", "terima kasih air", "air ini ialah terbaik". Walaupun nampak macam naif giler bila cakap macam tu kat air, tapi mengikut kajian saintifik ia sudah terbukti dapat memelihara kestabilan dan kecantikan kristal air yang kita hendak minum.

Kajian tentang kristal air ni telah dilakukan oleh Dr Emoto dari Jepun. Beliau lah orang yang berjaya menjumpai kristal air ni.

Beliau juga telah melakukan kajian ke atas air dengan mendendangkan lagu rock berhampiran dengan air dan hasilnya ialah seperti gambar di bawah ini.



Kristal air ini tidak terbentuk malah berpecah-pecah!

Kenapa ia boleh menjadi begitu? Ini kerana air tersebut telah diresapi oleh gelombang yang negatif. Lagu rock tersebut merupakan gelombang negatif yang diterima oleh air tersebut lantas merosakkan kristal air tersebut.

Sebenarnya, benda-benda yang kita cakap berhampiran dengan air merupakan gelombang yang akan mempengaruhi kristal air. Jika positif gelombang yang diterima oleh air tersbut maka positif lah kristal air itu dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, kita digalakkan untuk berkata atau bercakap tentang yang baik-baik sahaja bila berdekatan dengan air yang kita hendak minum.

Sebab tu lah dulu, atuk-atuk dengan nenek-nenek kita bila anak-anak nak exam bawak air satu tong pergi masjid. Buat bulatan, letak air kat tengah-tengah bulatan, buka penutup dan terus baca yaasin beramai-ramai. Rasionalnya ialah mereka ingin air tersebut diresapi oleh gelombang bacaan yaasin tadi dan secara tidak langsung memelihara kristal air. Bukankah bacaan yaasin itu gelombang yang positif?

So, jangan cakap benda bukan-bukan kat air. Sebab air yang kristalnya cantik adalah amat baik untuk otak!

Disebabkan aku dah penat menaip, so aku berhenti dulu la ye. Oh ya, sebelum tu aku nak bagitau, info yang aku dapat ni dari seorang pakar motivasi. Bukan aku saja reka cerita. Harap maklum!

Wednesday, May 2, 2012

Welcome to Aberdeen, Come As You Are


Kalau korang ada kesempatan pergi Aberdeen (ni Aberdeen kat US tau bukan Scotland), nanti dah nak sampai sana mesti jumpa signboard ni. Menandakan korang dah sampai. Kenapa signboard dia tulis "Welcome to Aberdeen, Come As You Are"? Sebab Aberdeen ni adalah tempat kelahiran 2 orang otai Grunge iaitu Kurt Cobain dan Krist Novoselic dari kugiran Nirvana. So perkataan "Come As You Are" tu diambil sempena nama salah satu lagu Nirvana yang femes. 

Aberdeen ni terletak di dalam negeri Washington dan ianya berada di bahagian barat US. Negeri Washington ni pulak bukan Washington D.C tau. Beza. Washington D.C tu ibu negara US yang terletak di dalam negeri Maryland. Dan Maryland lak berada di timur US. So jangan keliru ye kawan-kawan. Di bandar kecil Aberdeen ni la Kurt Cobain dan Krist Novoselic start main muzik, then start main gig kat bandar yang besar sikit dalam negeri Washington iaitu Seattle.   


Yang warna merah tu la dia negeri Washington dimana terletaknya bandar-bandar seperti Aberdeen dan Seattle. Macam kat Malaysia jugak la, contoh macam kat negeri Johor ada bandar Batu Pahat, bandar Kluang, bandar Johor Bahru dll. 

Anak panah tu menunjukkan Washington D.C yang terletak dalam negeri Maryland. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...