Monday, May 14, 2012

CBGB

Wow apa itu CBGB?? Cara Bijak Gigit Betina, atau Campur Basikal Gagah Batu, atau Cari Bini Gila Babi, atau Cantik Balak Gua Beli? Arrrgh semua salah hehehehehe. Sebenarnya maksud CBGB tu ialah "Country, Blue Grass & Blues". CBGB ni sebenarnya ialah nama sebuah kelab muzik yang terletak di New York. So apa yang best nye kat kelab CBGB ni? Ok tengok gambar kelab muzik ni dulu ye.


Ok ni dia gambar kelab muzik CBGB tu. Nama penuh kelab ni ialah CBGB OMFUG (Country, Blue Grass & Blues Other Music For Uplifting Gormanizers). Panjang betul nama dia. Kenapa panjang, aku pun tak tau hehe. Kelab lejen ni terletak di Bleecker Street, Manhattan, New York. Secara rasminya, CBGB dibuka pada tahun 1973 dan ditutup pada tahun 2006. Kenapa kelab ni lejen? Sebab CBGB ni adalah sebuah kelab yang menjadi platform terawal kepada banyak kugiran-kugiran bawah tanah Amerika mengetengahkan bakat mereka. Cakap je apa-apa kugiran yang mula bergerak secara bawah tanah di Amerika, boleh kata kebanyakannya pernah main kat sini. 

Kugiran-kugiran yang pernah main kat sini macam Ramones, Misfits, Television, The Patti Smith Group, Mink DeVille, The Dead Boys, The Dictators, The Fleshtones, The Voidoids, The Cramps, Blondie, Talking Heads dan banyak lagi la. Sesetangah kugiran yang pernah main kat sini ada antaranya dah jadi lejen, berpengaruh, sukses di peringkat mainstream dan ada peminat di seluruh dunia. Contohnya macam Ramones, The Voidoids, Television, Blondie dan Talking Heads yang tak payah la nak cerita kelejenan dorang. 

Ramones sedang berkandid di depan CBGB. Semasa penubuhan awal Ramones, CBGB lah antara port tempat dorang cari makan. 

Blondie ketika beraksi di CBGB. Deborah Harry (vokalis Blondie) sedang bertanyakan sesuatu kepada peminat, "kamu semua sudah makaaaaaaaaan?"

Ni lak aksi Richard Hell & The Voidoids di CBGB. Punk Rock hell yeah !!!!!!   

Menurut pemilik CBGB Hilly Kristal, sebenarnya, tujuan beliau adalah nak menubuhkan sebuah bar di mana bar tersebut akan memfokus untuk memainkan muzik-muzik seperti muzik Country, Blue Grass dan Blues (berdasarkan kepada nama CBGB) sahaja. Tapi lama kelamaan kelab tersebut seolah-olah telah bertukar menjadi House of Punk di mana kebanyakan kugiran terawal yang dijemput bermain di CBGB cenderung untuk memainkan muzik Punk dan secara tak langsung CBGB telah menyumbang kepada pergerakan awal Punk dan muzik Punk di Amerika. Dalam movie Bandslam, ada 1 scene tu di mana 2 orang peminat muzik (lakonan Vanessa Hudgens dan Gaelan Connell) masuk ke dalam CBGB secara curi-curi. Masa tu CBGB dah tak aktif. Masa kat dalam tu, dialog Gaelan berbunyi lebih kurang macam ni "Wow, this is the birthplace of Punk". 

Ni dia scene kat dalam CBGB untuk movie Bandslam.   

Pada era 1980'an, CBGB jadi semakin hardcore se hardcore muziknya. Time ni banyak kugiran-kugiran Hardcore Punk main kat sini. Antaranya termasuklah Bad Brains, Agnostic Front, Sick Of It all dan banyak lagi. Tak ketinggalan jugak Bad Religion, kugiran peberet Punk aku ni pun mesti pernah main kat sini. Selain dari kugiran-kugiran Punk lejen pernah main kat sini, kugiran lejen yang tak Punk pun pernah jugak main macam Nirvana.  

Bad Religion dikala masih muda remaja ketika merocking CBGB. Dah nama pun kugiran lejen Punk Amerika, kalau tak pernah main kat CBGB tak Punk la.

Hardcore Punk's Bad Brains sedang mengePunk CBGB. 

  Flyers Bad Brians live di CBGB.

Pada 15 Oktober 2006, segala kenikmatan dan kemasyhuran dunia milik CBGB berakhir apabila kelab lejen tersebut ditutup. Antara isu yang menjadi faktor kepada penutupan CBGB termasuklah pertikaian antara Hilly Kristal dan Komuniti Kediaman Bowery (komuniti yang tinggal berhampiran CBGB). Penutupan CBGB jugak berkait dengan peningkatan sewa bulanan. Jadi akhirnya CBGB pun ditutp secara rasminya pada 15 Oktober 2006. Pada minggu terakhir hayat CBGB, kugiran-kugiran lejen yang pernah bermula di CBGB dipanggil untuk perform. So antara kugiran yang perform semasa akhir hayat CBGB termasuklah Bad Brains, The Dictators dan set akustik dari Blondie, yang mana time tu ada diantara ahli-ahli kugiran tersebut sudah mencapai tahap warga emas huhu.

CBGB semasa awal penutupan

Peminat tegar muzik bawah tanah CBGB meninggalkan nota kenangan

Kini bangunan asal CBGB telah menjadi sebuah gedung fasyen milik John Varvatos. Tapi atas kesedaran sivik terhadap sejarah dan nilai warisan, John Varvatos berjanji akan membiarkan contengan grafiti di dinding dan tandas. So orang ramai yang nak tengok grafiti CBGB zaman Ramones boleh la datang ke gedung fesyen John Varvatos.

 Gedung fesyen John Varvatos a.k.a John Varvatos Fashion House a.k.a CBGB 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...