Thursday, June 28, 2012

Movie Retro: Home Alone

Makin lama makin kurang aku menulis dalam blog Renjes Malaya ni. Kesibukan betul-betul buat aku takde masa nak mengupdate blog ni. Lagipun aku takde idea nak menulis apa kat dalam blog ni. Yelah, aku ada lagi satu blog sebenarnya. Nak mengerah idea untuk dua buah blog memang tugasan yang amat mencabar aku rasa. Aku terpaksa membahagikan idea aku untuk dua buah blog. Tapi aku disebabkan aku suka menulis, aku on je. Eh apesal aku tetiba lari tajuk ni?

Ok. Sempena dengan kembalinya aku menulis di blog Renjes Malaya ni, aku nak buat entri pasal movie retro yang pernah aku tengok di zaman kanak-kanak riang dulu. Tanpa mahu membuang masa, jom kita tengok entri pertama aku untuk movie retro iaitu Home Alone!

Siapa pernah tengok movie ni? Sila angkat tangan! - Siapa yang tak pernah tengok aku rasa dia jenis tak reti duduk diam. Hihi

Home Alone 1 

Movie Home Alone ni ada sampai 4 episod kalau tak silap aku lah. 2 daripada 4 movie Home Alone ni dilakonkan oleh Macaulay Culkin (Home Alone 1 & 2). Masuk Home Alone 3 & 4, watak utama telah diambilalih oleh pelakon lain dan semestinya sudah tidak begitu relevan untuk ditonton.

Aku pun tak pernah tengok Home Alone 3 dan 4 sebab macam tak best je bila dah tukar pelakon.

Home Alone 2 

Movie Home Alone ni boleh dikatakan sangat popular di awal 90an. Kanak-kanak macam aku sangat teruja bila dapat tengok movie ni. Kebiasaannya, movie ni akan ditayangkan pada musim krismas di RTM. Itupun kalau RTM berminat nak tayangkan lah. TV3? Tak ingat pulak aku, TV3 pernah tayangkan ke tak.

Sinopsisnya? Sila klik kat SINI kalau nak mengingatkan kembali jalan cerita movie ni.


Macaulay Culkin

Ni la rupa pelakon utama movie Home Alone tu iaitu adik Macaulay Culkin. Cute kan? Tapi itu masa tahun 1990an. Sekarang ni, aku dengar dia dah jadi penagih dadah yang tegar. Boleh klik kat SINI kalau nak tahu kisah dan perjalanan hidup dia.

Aku rasa cukup sampai sini dulu. Entri akan datang aku akan cerita pasal movie retro lagi. Adios!


Sunday, June 3, 2012

Cerita Malaysia tidak ke Piala Dunia

Team bolasepak Malaysia ataupun yang digelar Harimau Malaya tak pernah pergi ke piala dunia walaupun dah beberapa kali mencuba nasib. Nasib seperti tidak menyebelahi team kita sebenarnya sebab kita sering bungkus awal di pusingan kelayakan ke piala dunia walaupun mempunyai bintang-bintang yang mempunyai nama yang cukup besar di Asia suatu ketika dulu.

Buku cerita Malaysia tidak ke piala dunia ni hasil nukilan pengulas lejen blog sokernet - Lucius Maximus. Siapa yang selalu baca blog sokernet pasti kenal siapa dia si Lucius ni.

Baru-baru ni aku berkesempatan beli buku ni. Tu pun secara kebetulan terjumpa kat mph midvalley.


Buku ni memang best bai. Aku percaya budak-budak ultras malaya takde satu pun yang boleh mengulas sebaik Lucius. Hasil penulisan yang agak bersahaja tetapi mempunyai maksud yang tersirat dan juga sindiran yang pedas.

Bila aku baca buku ni, baru aku tahu sejarah bolasepak zaman dulu-dulu khususnya pada tahun 1974 ketika team Malaysia menyertai pusingan kelayakan piala dunia yang pertama dalam sejarah bolasepak Malaysia.

Buku ni aku rasa wajib beli bagi yang mengaku penyokong sejati Harimau Malaya!

Serius best buku ni.

Friday, June 1, 2012

James Dean

Dulu time aku kecik-kecik, boleh kata selalu jugak la dengar nama brader ni, kat TV, surat khabar dan majalah. Time tu apa yang aku tau pasal brader ni cuma dia ni pelakon Hollywood tahun 50'an, dia ni hensem dan dia ni mati sebab eksiden kereta. Lain-lain benda pasal brader ni aku tak tau. Maklumlah, time tu info-info dari barat ni limit sangat, internet pulak tu tak wujud lagi dan lagi pun time tu aku kecik. Ok la, kita tengok muka brader yang hensem ni dulu.


Ok macho dan hensem kan brader ni. Memang tak dapat dinafikan la. Entah spesis planet mana tah keturunan brader ni sampai hensem macam ni. So bila zaman dah semakin maju, dan dengan kecanggihan internet dapat la aku cari banyak info-info pasal brader ni. Aku pun dapat jugak la donlod 2 movie yang brader ni belakon iaitu East of Eden (1955) dan Rebel Without A Cause (1955). Gaya lakonan dia dalam 2-2 movie ni memang style. Betul-betul menjiwai jiwa anak muda Amerika yang rebel. Aku minat gila hehe. Memang buat aku berangan nak jadi James Dean lepas tengok 2-2 movie ni huhu.



Tu dia poster-poster movie nya. Memang old skool. Ada beberapa lagi movie yang dia belakon, cuma aku tak dapat donlod. Maklumlah kan, movie dia dah taraf barang antik, memang susah nak dapat. Nama sebenar brader ni James Byron Dean, lahir 8 Februari 1931 dan meninggal dunia pada 30 September 1955. So maknanya brader James ni mati masa berumur 24 tahun la, fuh memang muda. Sebab kematian dia ni memang semua dah tahu sebab eksiden kereta. Dalam bidang lakonan, dia ni banyak belakon drama, dan cuma berlakon 7 filem je sepanjang kerjaya dia. Tapi impak dan pengaruh dia dalam lakonan memang power tahap gaban, tak dapat dinafikan. Sampai sekarang orang sebut-sebut lagi pasal James Dean. Beliau aktif dalam bidang lakonan di Hollywood ni dari tahun 1951-1955. Dari kesemua filem-filem yang dia belakon, brader James ni cuma memerlukan 3 filem je untuk buatk beliau femes 1 dunia. Filem-filem tersebut termasuklah East of Eden (1955), Rebel Without A Cause (1955) dan Giant (1956). Brader ni jugak dikenali sebagai Ikon Budaya Amerika, sebab lakonan dia banyak menggambarkan budaya Amerika. Selain tu, James Dean adalah antara individu yang memfemeskan seluar jeans. Gaya brader ni yang sering berseluar jeans dalam movie Rebel Without A Cause (1955) jadi ikutan remaja Amerika tahun 50'an. Sejak dari tu, pemakaian seluar jeans di Amerika dianggap simbol rebel. Kuat betul pengaruh dia. 


Gaya macho berseluar jeans yang jadi ikutan. Memang beliau memfemeskan fesyen seluar jeans dan beliau truly ikon anak muda Amerika yang rebel. Memandu kereta dan join pertandingan racing kereta adalah hobi brader James. Faktor ni jugak la yang menyebabkan beliau maut. Sepanjang hidupnya, brader ni ada koleksi kereta sport mewah, antaranya 1955 Porsche 550 Spyder yang beliau gelar "Little Bastard", beliau eksiden semasa naik kereta ni pada petang Jumaat, 30 September 1955 lebih kurang pukul 5:45 petang. 

Ni la dia "Little Bastard"  brader James punya. 

Semasa eksiden tu, brader James mati kira-kira 1 kilometer ke timur dari pokok ini.

Kubur Brader James.

Selekoh tempat brader James eksiden.

Semasa kejadian.

Paper yang menulis mengenai eksiden brader James.

Sejak eksiden kereta tu, 1955 Porsche 550 Spyder @ Little Bastard bagaikan ada sumpahan kepada pemilik barunya. Perkara-perkara pelik telah berlaku, termasuklah:

1) Semasa Little Bastard di repair di dalam bengkel, enjinnya tiba-tiba melantun dan menghempap kedua-dua kaki mekanik tersebut dan kakinya patah. 
2) Lepas tu, Enjin tersebut dibeli oleh seorang doktor, beliau maut apabila keretanya dirempuh dan pemandu yang merempuhnya pun mati. 
3) 2 tayar asal Little Bastard dibeli oleh seorang pemuda, semasa memandu kereta yang menggunakan tayar asal Little Bastard, tiba-tiba kedua-dua tayar tersebut meletup. Nasib baik beliau memandu perlahan dan terlepas dari maut.
4) Bengkel yang digunakan untuk merepair Little Bastard terbakar teruk. Yang peliknya, bengkel dan barang-barang hangus tapi Little Bastard tak terbakar langsung.
5) Semasa dipamerkan di Sacremento, tiba-tiba Little Bastard rosak dan mengakibatkan seorang tercedera.
6) 1959, treler yang membawa Little Bastard  tiba-tiba rosak lalu melanggar kedai mengakibatkan Little Bastard berkecai kepada 11 kepingan.


Little Bastard berkecai 11 bahagian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...