Thursday, June 28, 2012

Movie Retro: Home Alone

Makin lama makin kurang aku menulis dalam blog Renjes Malaya ni. Kesibukan betul-betul buat aku takde masa nak mengupdate blog ni. Lagipun aku takde idea nak menulis apa kat dalam blog ni. Yelah, aku ada lagi satu blog sebenarnya. Nak mengerah idea untuk dua buah blog memang tugasan yang amat mencabar aku rasa. Aku terpaksa membahagikan idea aku untuk dua buah blog. Tapi aku disebabkan aku suka menulis, aku on je. Eh apesal aku tetiba lari tajuk ni?

Ok. Sempena dengan kembalinya aku menulis di blog Renjes Malaya ni, aku nak buat entri pasal movie retro yang pernah aku tengok di zaman kanak-kanak riang dulu. Tanpa mahu membuang masa, jom kita tengok entri pertama aku untuk movie retro iaitu Home Alone!

Siapa pernah tengok movie ni? Sila angkat tangan! - Siapa yang tak pernah tengok aku rasa dia jenis tak reti duduk diam. Hihi

Home Alone 1 

Movie Home Alone ni ada sampai 4 episod kalau tak silap aku lah. 2 daripada 4 movie Home Alone ni dilakonkan oleh Macaulay Culkin (Home Alone 1 & 2). Masuk Home Alone 3 & 4, watak utama telah diambilalih oleh pelakon lain dan semestinya sudah tidak begitu relevan untuk ditonton.

Aku pun tak pernah tengok Home Alone 3 dan 4 sebab macam tak best je bila dah tukar pelakon.

Home Alone 2 

Movie Home Alone ni boleh dikatakan sangat popular di awal 90an. Kanak-kanak macam aku sangat teruja bila dapat tengok movie ni. Kebiasaannya, movie ni akan ditayangkan pada musim krismas di RTM. Itupun kalau RTM berminat nak tayangkan lah. TV3? Tak ingat pulak aku, TV3 pernah tayangkan ke tak.

Sinopsisnya? Sila klik kat SINI kalau nak mengingatkan kembali jalan cerita movie ni.


Macaulay Culkin

Ni la rupa pelakon utama movie Home Alone tu iaitu adik Macaulay Culkin. Cute kan? Tapi itu masa tahun 1990an. Sekarang ni, aku dengar dia dah jadi penagih dadah yang tegar. Boleh klik kat SINI kalau nak tahu kisah dan perjalanan hidup dia.

Aku rasa cukup sampai sini dulu. Entri akan datang aku akan cerita pasal movie retro lagi. Adios!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...