Friday, June 1, 2012

James Dean

Dulu time aku kecik-kecik, boleh kata selalu jugak la dengar nama brader ni, kat TV, surat khabar dan majalah. Time tu apa yang aku tau pasal brader ni cuma dia ni pelakon Hollywood tahun 50'an, dia ni hensem dan dia ni mati sebab eksiden kereta. Lain-lain benda pasal brader ni aku tak tau. Maklumlah, time tu info-info dari barat ni limit sangat, internet pulak tu tak wujud lagi dan lagi pun time tu aku kecik. Ok la, kita tengok muka brader yang hensem ni dulu.


Ok macho dan hensem kan brader ni. Memang tak dapat dinafikan la. Entah spesis planet mana tah keturunan brader ni sampai hensem macam ni. So bila zaman dah semakin maju, dan dengan kecanggihan internet dapat la aku cari banyak info-info pasal brader ni. Aku pun dapat jugak la donlod 2 movie yang brader ni belakon iaitu East of Eden (1955) dan Rebel Without A Cause (1955). Gaya lakonan dia dalam 2-2 movie ni memang style. Betul-betul menjiwai jiwa anak muda Amerika yang rebel. Aku minat gila hehe. Memang buat aku berangan nak jadi James Dean lepas tengok 2-2 movie ni huhu.



Tu dia poster-poster movie nya. Memang old skool. Ada beberapa lagi movie yang dia belakon, cuma aku tak dapat donlod. Maklumlah kan, movie dia dah taraf barang antik, memang susah nak dapat. Nama sebenar brader ni James Byron Dean, lahir 8 Februari 1931 dan meninggal dunia pada 30 September 1955. So maknanya brader James ni mati masa berumur 24 tahun la, fuh memang muda. Sebab kematian dia ni memang semua dah tahu sebab eksiden kereta. Dalam bidang lakonan, dia ni banyak belakon drama, dan cuma berlakon 7 filem je sepanjang kerjaya dia. Tapi impak dan pengaruh dia dalam lakonan memang power tahap gaban, tak dapat dinafikan. Sampai sekarang orang sebut-sebut lagi pasal James Dean. Beliau aktif dalam bidang lakonan di Hollywood ni dari tahun 1951-1955. Dari kesemua filem-filem yang dia belakon, brader James ni cuma memerlukan 3 filem je untuk buatk beliau femes 1 dunia. Filem-filem tersebut termasuklah East of Eden (1955), Rebel Without A Cause (1955) dan Giant (1956). Brader ni jugak dikenali sebagai Ikon Budaya Amerika, sebab lakonan dia banyak menggambarkan budaya Amerika. Selain tu, James Dean adalah antara individu yang memfemeskan seluar jeans. Gaya brader ni yang sering berseluar jeans dalam movie Rebel Without A Cause (1955) jadi ikutan remaja Amerika tahun 50'an. Sejak dari tu, pemakaian seluar jeans di Amerika dianggap simbol rebel. Kuat betul pengaruh dia. 


Gaya macho berseluar jeans yang jadi ikutan. Memang beliau memfemeskan fesyen seluar jeans dan beliau truly ikon anak muda Amerika yang rebel. Memandu kereta dan join pertandingan racing kereta adalah hobi brader James. Faktor ni jugak la yang menyebabkan beliau maut. Sepanjang hidupnya, brader ni ada koleksi kereta sport mewah, antaranya 1955 Porsche 550 Spyder yang beliau gelar "Little Bastard", beliau eksiden semasa naik kereta ni pada petang Jumaat, 30 September 1955 lebih kurang pukul 5:45 petang. 

Ni la dia "Little Bastard"  brader James punya. 

Semasa eksiden tu, brader James mati kira-kira 1 kilometer ke timur dari pokok ini.

Kubur Brader James.

Selekoh tempat brader James eksiden.

Semasa kejadian.

Paper yang menulis mengenai eksiden brader James.

Sejak eksiden kereta tu, 1955 Porsche 550 Spyder @ Little Bastard bagaikan ada sumpahan kepada pemilik barunya. Perkara-perkara pelik telah berlaku, termasuklah:

1) Semasa Little Bastard di repair di dalam bengkel, enjinnya tiba-tiba melantun dan menghempap kedua-dua kaki mekanik tersebut dan kakinya patah. 
2) Lepas tu, Enjin tersebut dibeli oleh seorang doktor, beliau maut apabila keretanya dirempuh dan pemandu yang merempuhnya pun mati. 
3) 2 tayar asal Little Bastard dibeli oleh seorang pemuda, semasa memandu kereta yang menggunakan tayar asal Little Bastard, tiba-tiba kedua-dua tayar tersebut meletup. Nasib baik beliau memandu perlahan dan terlepas dari maut.
4) Bengkel yang digunakan untuk merepair Little Bastard terbakar teruk. Yang peliknya, bengkel dan barang-barang hangus tapi Little Bastard tak terbakar langsung.
5) Semasa dipamerkan di Sacremento, tiba-tiba Little Bastard rosak dan mengakibatkan seorang tercedera.
6) 1959, treler yang membawa Little Bastard  tiba-tiba rosak lalu melanggar kedai mengakibatkan Little Bastard berkecai kepada 11 kepingan.


Little Bastard berkecai 11 bahagian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...