Wednesday, January 9, 2013

Darul Takzim FC 2 - 3 Pahang

Wah Renjes Biru, beria-ria dia buat entri pasal Demba Ba score 2 biji masa main game first dengan menyarung jersi Chelsea. Aku pelik dengan secara tiba-tiba Renjes Biru telah mengupdate satu entri baru dalam keadaan yang tidak disangka-sangka dan aku syak, itu entri beliau yang terakhir untuk tahun ini. Sejarah dah membuktikan bahawa hanya beberapa kerat sahaja entri dari beliau untuk tahun lepas selebihnya aku dan Renjes Merah yang rajin mengupdate blog ni. Renjes Putih lagi lah. Haram nak menulis kat dalam blog ni. Entah-entah beliau telah lupa akan kewujudan blog ini.

Ok kita lupakan seketika "masa dalaman"admin-admin blog Renjes Malaya yang agak malas untuk mengupdate sesuatu kat blog ni termasuk aku. Haha!


Semua sedia maklum bahawa Liga Super Malaysia bagi tahun 2013 telah membuka tirainya malam tadi. Sebanyak 12 pasukan telah mengesahkan untuk beradu kekuatan untuk musim 2013. Antara pasukan yang bertanding untuk musim ini adalah Kelantan, Lion XII, Selangor, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS FC, T-Team, Darul Takzim FC ( dahulunya Johor FC), Felda United, ATM dan Pahang.

********

Malam tadi ada perlawanan melibatkan pasukan negeri aku iaitu Darul Takzim FC melawan Pahang di Stadium Darul Makmur. Keputusan telah berpihak kepada Pahang dengan kemenangan 3-2. Seriously aku tengok game tu kat astro arena tadi.

Darul Takzim FC berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Safiq Rahim dan Mat yo. Separuh masa kedua skripnya berbeza dengan Pahang melancarkan serangan bertali arus ke kubu Darul Takzim FC manakala Darul Takzim FC longlai di separuh masa kedua. Hasil serangan bertali arus dan permainan yang lebih kemas Pahang telah berjaya membuat "comeback" dengan menjaringkan 3 gol dan seterusnya memastikan 3 mata dalam genggaman.

Persoalannya sekarang, apakah punca kekalahan Darul Takzim FC kepada pahang? (10 markah)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...