Hari ni aku nak sembang pasal kasut boot. Bukan boot bola, tapi boot untuk kerja. Nama boot ni Dr. Martens. Boot ni nak kata femes kat Malaysia, boleh kata femes jugak la. Kat negara kita, boot ni nickname dia Doc Mart, DM, Martens dan macam-macam lagi la. Nickname ni sebenarnya bukan apa, biar senang orang nak panggil. Jahitan benang warna kuning kat tepi boot tu dah jadi satu trade mark boot ni untuk orang kenal. Kat luar negara, terutamanya kat UK, boot ni memang femes. Sebab boot ni memang originally made in the UK. Sebelum sembang panjang-panjang, jom kita tengok dulu macam mana rupa boot ni.
Design ni namanya 'Mary Jane'. Sesuai untuk awek-awek.
Ok memang style kan boot ni. Kat Malaysia ni, satu persepsi yang tak best mengenai boot ni ialah, boot ni selalunya akan dikaitkan dengan geng-geng Skinhead dan Punk. Bila dikaitkan dengan Skinhead dan Punk, boot ni jugak dikaitkan dengan something yang negatif. Sebenarnya tak, persepsi tu salah, pemikiran sempit tu kat Malaysia je, kalau kat luar negara boot ni bukan hanya dipakai oleh golongan-golongan tertentu je, boot ni untuk semua orang, lagi pulak boot ni sebenarnya sesuai dipakai untuk pergi kerja.
Gambar dari filem This Is England. Geng-geng Skinhead hensem berposing bersama boot Dr. Martens. Time ni diorang baru lepas buli Shawn, budak kecik yang nak sangat jadi Skinhead tu huhu.
Gambar ni pulak geng-geng Punk dengan boot Dr. Martens.
Yang ni pulak geng-geng biasa rambut ala Justin Bieber berfesyen dengan Dr. Martens. Kan aku dah cakap boot ni untuk semua. Peminat Justin Bieber pun pakai.
Sejarah boot ni bermula bila seorang doktor berbangsa Jerman bernama Klaus Martens yang tercedera di kaki masa dia asyik bermain ski. Dia ni seorang doktor untuk tentera Jerman masa Perang Dunia Kedua dan dia ni memang familiar la dengan boot-boot tentera ni. Sampai nak main ski pun pakai boot tentera. Bila kaki dia cedera time main ski, dia rasa dia kena design satu boot yang betul-betul selamat untuk buat aktiviti lasak. So, dia pun try la design satu boot yang di up grade dari boot tentera yang dia ada. Dia tambah la kulit yang lebih lembut kt tepi boot tu dan tapak boot tu dia modified supaya ada ruang untuk udara keluar masuk. Bila design dah ok, dia pun start la jual boot dia. Tapi masa awal-awal penjualan boot ni biasa je, tak memberangsangkan.
Ni dia muka Dr. Klaus Martens tu. Beliau sedang memandang ke tepi, berfikir dan bersedih sambil berkata dalam hati, "kenapakah ada boot Dr. Martens tiruan yang diberi nama Dr. Martini?"
Masa tahun 1947, Klaus Martens ni jumpa member lama time sama-sama belajar kat U, so diorang berdua ni start la design boot Dr. Marten untuk bagi style sikit. Ok usaha diorang berhasil apabila boot ni diterima di market Jerman dan antara golongan yang ramai beli boot ni ialah wanita berusia 40 tahun ke atas! Maybe design boot ni time tu unisex kot hehe.
Seterusnya diorang berdua ni terus fikir and fikir macam mana nak masuk market antarabangsa. Tak lama lepas tu, ada sebuah syarikat kasut dari UK, R. Griggs Group Limited yang berminat nak beli hak pengeluaran boot ni untuk market UK. So start dari situ, boot ni pun terus menguasai market boot UK setelah pemilik baru ni bagi design sikit dengan meletakkan trade mark jahitan kuning kat tepi dan design sikit bentuk dan tumit. Start dari tu la, nama boot ni ditambah 'Airwair' supaya kedengaran style. Boot ni memasuki market UK untuk pertama kalinya pada 1 April 1960.
Ni antara design original terawal Dr. Martens setelah memasuki market UK dan masa tahun 1960 tu, nama boot ni ialah 'Dr. Marten Airwair 1460'. Kenapa namanya ada nombor 1460 bukan 1960, aku pun tak tau. Agak-agaknya kalau design ni sampai kat Malaysia tahun 60-an dulu, mesti pemuda-pemuda 60-an Malaya pakai boot ni sambil naik Vespa. Memang style.
Tadi kan aku ada cakap yang boot ni sering dikaitkan dengan geng-geng Skinhead dan Punk, macam mana pulak geng-geng ni boleh dikaitkan?? Sebenarnya masa awal-awal boot ni masuk market UK, boot ni sagat femes dipakai oleh posmen, anggota polis, pekerja kilang, geng-geng Mods (asal-usul Skinhead), pekerja limbungan dan golongan-golongan working class. Bila Skinhead wujud sekitar tahun 1969, geng-geng Skinhead ni kebanyakkannya terdiri dari Mods (masa pertengahan 1960-an, geng-geng Mods selalu mendapat reaksi negatif terutamanya dari media UK sehingga geng-geng Mods cuba mencari identiti baru, wujudlah Skinhead) dan pekerja limbungan. So kat sini secara tak langsung menjadikan boot ni boot untuk geng-geng Skinhead. Selain tu jugak, boot ni adalah boot mampu milik dengan harga yang berpatutan terutamanya untuk golongan working class, so boot ni la yang jadi pilihan. Seterusnya, masuk tahun 70-an dan 80-an, bila gelombang muzik Punk menggegar dunia, fesyen Punk pun menggegar jugak. So boot ni jadi pilihan Punker-Punker time tu dan menjadikan boot ni sangat sinonim dengan sub-budaya (subculture) untuk budaya yang menentang (counter culture) di UK time tu.
Selain selalu dikaitkan dengan geng-geng Skinhead dan Punk, Jenama Dr. Marten jugak selalu dikaitkan dengan bola sepak. Kat atas tu jersi untuk team West Ham United (warna maroon), Dr. Martens pernah menjadi sponsor utama untuk team ni dari musim 1998-1999 sampai la musim 2002-2003. Lebih kurang 5 musim la Dr. Martens sponsor. Disebabkan tu jugak, kat stadium Upton Park milik West Ham ni ada bahagian tempat duduk (stand) yang diberi nama 'Dr. Martens Stand'. Stand tersebut diberi nama nama Dr. Martens Stand dari tahun 2001-2009. Sekarang Dr. Martens dah tak sponsor West Ham United lagi. So nama stand tu dah bertukar kepada The Alpari Stand. Selain tu jugak, Dr. Marten pun ada sponsor kelab bawahan di liga bola sepak Inggeris. Kelab tu ialah Rushden & Diamond FC (jersi warna kuning).
So tu la dia sedikit sebanyak kisah boot Dr. Martens. So harap kita kat Malaysia ni takda lafikir sempit sangat. Asal boot Dr. Martens je mesti nak dikaitkan dengan geng-geng Skinhead dan Punk. So lepas ni kita beli boot ni and pakai bawak pergi kerja huhu.
29 comments:
Boss..mana nk cari boot dr martens made in england?sbb skg ni byk made in china..kalo de kedai2 yg jual bgtau la..
Aku pun tak sure la boss, port nak beli martens yang harga ok bundle je la kot. Cuma nak dapatkan made in England tu kena rajin gi bundle yang kat ceruk2. Tapi tu yang 2nd hand la. Nak 1st hand punya g kat butik dia kat KL. Kat The Gardens, sebelah Midvalley.........
Hye. Nk tnya yg marry jane punya boot tu kat mana boleh beli ek? Kt The Garden ada gk ke? :)
Hye. Nk tnya yg marry jane punya boot tu kat mana boleh beli ek? Kt The Garden ada gk ke? :)
salam bos... Doc mart ni mmg dh femes at malaysia ni en.. so banyak yang amik kesempatan tuk hasilkan doc mart tiruan ni... kalo tgk dari luaran semua tampak sama je.. soalan saya disini, boleh saya tahu bagaimana ingin membezakan yang asli dan yang tiruan?
Orked: yg mary jane tu, bundle pun ada. cume kena pandai cari bundle la. try cri bundle kt FB yg jual pakai mail order ke. yup, the garden memang ada. aku pernah nmpak dulu. tapi harga memang cantik la hehe.
gam bait: aku pun tak sure la nak cakap macam mana nak kenal ori ke tak ori. sebab kadang2 made in siam pun ori jugak kan. so link ni ada bg tau skit2 mcm mana nak kenal yg ori dan tak ori http://www.ebay.com/gds/How-to-Spot-Fake-Dr-Martens-Boots-/10000000177465423/g.html
Bru ps bli dr martens made in england.rege bdarah idung rm899.sbb yg rm339 china xde size.meterial xsama.1st masuk aku rse mcm aku pencurik sbb sume 7-8org sales pndg smcm
Bru ps bli dr martens made in england.rege bdarah idung rm899.sbb yg rm339 china xde size.meterial xsama.1st masuk aku rse mcm aku pencurik sbb sume 7-8org sales pndg smcm
Ada nama fb yg jual bundle mary jane tak ?
aku pernah pakai low cut office doc mart ni masa tahun 90an, pemberian pakcik aku yg dok london ms tu, tp lps kena rembat , sedih sampai x teringin nk pakai. tp skrg nak carik balik laa...adooii..rega mmg berdarah ...
orked: try join group fb ni. maybe boleh mary jane kat sini https://www.facebook.com/groups/141734019294407/
https://www.facebook.com/groups/229748787080328/
https://www.facebook.com/groups/399144070130205/
boss mau tanya..
DM ni sekarang ada made in thailand, china dan aku dengar dah ada made in vietnam...
ada member aku di china, dia kata made in china kualiti ok..
nak tau which one original DM, how to compare between original and pirate.. (nak beli buat pi kerja hari2)
Fa T: Kalau made in england, China n Thai, semua tu ori. Made in England tentulah ori kan. Yg made in China n thai ni pun ori jugak sebab kat dua-dua negara tu memang ada kilang DM yg berlesen n legal. Vietnam aku tak tau pulak huhu.
Contohnya macam skrng ni banyak kasut converse made in indon kan. tp consverse tu still ori sbb ada kilang converse kt sane.
Nak tau DM ori ke tak tgk sini http://www.ebay.com/gds/How-to-Spot-Fake-Dr-Martens-Boots-/10000000177465423/g.html
Aku baru lepas pergi satu jualan gudang ni jual Dr. Martens England brand new dalam 180 gitu kat johor.
Msih mncari boot dr mrtens made in england? Kwn sy de jual. Bundle..
Aku dok jb bro. Tang mana tu ? Gua nak angkut satu ni.
Aku dok jb bro. Tang mana tu ? Gua nak angkut satu ni.
Aku dok jb bro. Tang mana tu ? Gua nak angkut satu ni.
Aku dok jb bro. Tang mana tu ? Gua nak angkut satu ni.
Bro ni ada jual dotmat kondisi cun2..
Dotmat 100pratus england.aku beli sepasang aritu..pompan n lki..mmg terbaik lah.wasap je dia..
0199945748
sya mau dotmat dri england perempuan nya ya nhe whatsapp 01125675419
saya mau beli kasut bha dotmat dri england warna hitam whatsapp 01125675419
Tumpng info.. kat shah alam padang jawa blmbak jual dcmart bundle..converse.. harga berpatutan sangat.. sekian.. kalo dari england baru rare. Skang da takde made in england. Semua dri china. Klo nk made in england kna bli bundle je.
Mrsnzam, mmbr pon dah pegi bundle shop katbklang katanya, probably padang jawa kot. Tapi dia xmo plak share.. Hihi Ada address tak?
Hi bole contact saya 0135995670..Dr martens original from england
Hi kawan2..saya Ada Dr martens original from england..banyak stok baru.bole contact saya 0184099624
Hi kawan2..saya Ada Dr martens original from england..banyak stok baru.bole contact saya 0184099624
Post a Comment