Tuesday, July 3, 2012

Movie Retro: Back To The Future

Jika entri lepas aku buat pasal movie retro kelakar iaitu Home Alone, kali ni aku nak buat entri pasal movie retro sains fiksyen pulak. Tak lain dan tak bukan ialah movie back to the future. Movie yang menjadi kegilaan kanak-kanak pada tahun 80an dan 90an. Maklum je lah, jika movie yang ada unsur-unsur berkaitan  dengan sains dan canggih budak-budak laju je, terutama Renjes Hijau. Tak dapat tengok movie ni mau kena bahan dengan budak-budak yang sebaya dengannya. Takut kena bahan ketinggalan zaman! Hihihi

Ok, movie ni kalau tak silap aku ada 3 sekuel dan movie yang pertama telah dirilis pada tahun 3 Julai 1985 iaitu kira-kira 27 tahun yang lepas. Eh kejap-kejap. 3 Julai 1985 bukan ke besday Renjes Merah? Jom kita nyanyikan lagu "Happy Besday" kat dia dulu. Kebetulan plak. Alang-alang kan?


Kita teruskan lagi ok?


Movie ni diarahkan oleh Robert Zemeckis dan pelakon utamanya ialah Christopher Lloyd yang memegang watak sebagai Dr Emmet "Doc" Brown dan Micheal J.Fox yang memegang watak sebagai Marty McFly.

Marty McFly & Dr Emmet Brown

Movie ni memang top bai time aku kecik-kecik dulu. Memang layan giler movie ni. Sampai sekarang kalau ada masa aku layan movie ni balik. Nasib baik sekarang ni zaman download je, movie-movie lama senang nak dapat. Kalau tak, harapkan tv tayangkan je la. Tu pun kalau tv nak tayang la.

Ni la rupa Micheal J. Fox yang memegang watak Marty McFly dalam movie ni.

Micheal J. Fox 

Beliau menghidap penyakit parkinson sejak dari tahun 1990an lagi. Beliau juga telah menubuhkan The Michael J.Fox Foundation untuk membantu orang yang menghidap penyakit parkinson sepertinya. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku dan buku pertama beliau bertajuk Lucky Man.

Ni plak gambar Christopher Lloyd yang memegang watak Dr Emmet Brown.

Christopher Lloyd

Pasal orang tua ni, aku tak berapa tahu sangat sebab dia jarang muncul di khalayak ramai. Low-profile kot orang tua ni. Boleh baca kat sini pasal orang tua ni.

Aku rasa cukup setakat ni dulu. Ok bai!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...