Thursday, December 20, 2012

Ramones

Pada malam yang dingin di musim tengkujuh selepas hujan ini, aku nak tulis sikit entri pasal kugiran Punk peberet aku iaitu Ramones. Aku minat Ramones ni sejak time sekolah lagi. Time-time aku sekolah dulu, genre yang paling aku minat sekali mesti lah genre Punk. Tapi time tu aku lebih minat kat subgenre Punk Oi dan Ska Punk. Selain dari subgenre tu, aku dengar biasa-biasa je huhu. Tapi kalau Ramones, kugiran ni lain sikit, aku tak dengar biasa-biasa, tapi aku menghayati muzik Ramones seolah-olah aku lah Joey Ramone yang tengah perform live atas pentas (cewah) huhuhuh.

Apa yang best pasal Ramones ni kan, aku suka sebab vokalis dia dengan selamba badak je nyanyi walaupun secara jujurnya aku cakap yang suara Joey langsung tak sedap! ehehehehe. Maksudnya kat sini, Ramones ni tak pentingkan sangat suara sedap atau tak, apa yang penting mesej melalui lirik mengenai kotornya politik dan pergolakan dunia mesti sampai ke telinga peminat mereka dan muzik Punk yang pantas ciptaan mereka dihayati oleh penggemar muzik Punk dari seluruh dunia. Ok jom kita baca fakta-fakta best pasal Ramones.

1) Ramones adalah sebuah kugiran Punk yang berasal dari Forest Hills, Queens, New York, ditubuhkan pada tahun 1974. Mereka juga adalah antara kugiran Proto-Punk (asal atau terawal) yang wujud pada zaman tu.
Antara barisan Ramones yang terawal, circa 1970'an.

2) Empat anggota asal Ramones (Joey, Johnny, Dee Dee dan Tommy) kenal antara satu sama lain sebab mereka bersekolah di sekolah yang sama, Forest Hills High School.
Sekolah ni patut tukar nama, "Ramones High School" hehehe.

3) Mereka aktif sebagai pemuzik Punk selama 22 tahun, dari 1974-1996. Berjaya menghasilkan sebanyak 14 album studio yang berpengaruh.
Antara koleksi album-album Ramones.

4) Sepanjang tahun-tahun aktif, seramai 8 orang ahli pernah menganggotai Ramones. Mereka ialah Joey, Johnny, Tommy dan Dee Dee (anggota asal) dan Marky, C.J, Elvis dan Richie (anggota yang ganti). Kesemua mereka menggunakan surname (nama keluarga) "ramone" dihujung nama masing-masing.
Lambang Ramones yang paling femes, tertera nama ahli asal Ramones.

5) Anggota Ramones menggunakan surname "ramone" dihujung nama masing-masing sebab mereka adalah peminat The Beatles, terutamanya Paul McCartney. Masa zaman awal The Beatles, Paul McCartney menggunakan nama "Paul Ramone". So ahli Ramones pun letak surname "ramone" sebagai penghormatan kepada individu yang telah memberi mereka inspirasi untuk bermain muzik..
Paul Ramone setelah bergelar Paul McCartney

6) Joey dan Johnny adalah 2 anggota Ramones yang tak pernah keluar.
Joey dan Johnny Ramone.

7) Pada tahun 2002, Spin Magazines meletakkan Ramones sebagai kugiran kedua terbaik sepanjang zaman dibelakang The Beatles.

8) Pada tahun 2002, Ramones telah diangkat sebagai kugiran lagenda oleh Rock n Roll Wall of Fame.
Anggota Ramones yang tinggal menerima anugerah.

9) Joey Ramone meniggal dunia pada 15 April 2001 pada usia 49 tahun di Hospital New York-Presbyterian kerana mengalami sakit Lymphoma.
  
10) Dee Dee Ramone meninggal dunia pada 5 Jun 2002 pada usia 50 tahun kerana overdose.

11) Johnny Ramone meninggal dunia pada 15 September 2004 pada usia 55 tahun di rumahnya di Los Angeles setelah 5 tahun bertarung dengan penyakit kanser prostat.

Monday, October 8, 2012

Hugh Hefner

Ok kawan-kawan, malam ni aku nak sembang sikit pasal seorang lejen. Brader ni memang lejen. Sape-sape tak kenal brader ni pergi la terjun lombong hehehe. Brader ni memang dikagumi oleh kaum-kaum adam dari seluruh dunia dan digilai oleh kaum-kaum hawa jugak dari seluruh dunia. Ok persoalannya, sapekah brader tersebut?? Kita tengok dulu ye muka brader ni hehehe...........
Ok ni muka gua muda dan masih suci, ketika gua masih lagi belum mimpi basah.

Ni lak gambar gua yang terkini. Tak dinafikan gua masih hensem dengan mengenakan topi ala-ala tentera laut.

Brader yang lejen ni sebenarnya adalah Hugh Hefner, iaitu pengasas majalah puncak nikmat hidup di dunia bagi kaum adam, iaitu majalah permainan budak lelaki a.k.a  Playboy. Tahun 2012 ni, usia Hefner sudah mencapai 86 tahun. Memang panjang usia brader ni. Mungkin ada hikmah disebalik usia beliau yang panjang. Mungkin tuhan memberi beliau peluang untuk bertaubat kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka. Ok berbalik kepada cerita majalah lejen brader ni iaitu Playboy, majalah lejen tu pulak dah berusia 59 tahun pada tahun 2012 ni, edisi pertama memasuki pasaran pada tahun 1953. Ok memang tak dapat nak disangkal lagi mengenai majalah ni, memang lejen dan survive. 
Logo femes untuk majalah lejen permainan budak lelaki.

Muka depan edisi pertama majalah permainan budak lelaki pada Disember 1953. Pergghh gambar Marilyn Monroe tu..

Untuk mengenali brader Hugh Hefner dengan lebih lanjut, jom kita baca fakta-fakta best mengenai beliau.

1) Nama sebenar brader ni ialah Hugh Marston Hefner. Dilahirkan pada 9 April 1926 di Chicago, Illinois. 
Ni gua masa time sekolah. Hobi gua time tu ngurat awek.

2) Nama Hefner diambil sempena nama sub-spesis arnab jenis marsh (aku pun tak tau ni arnab spesis mana). Nama spesis arnab tu ialah Sylvilagus Palustris Hefneri. Maybe sebab tu la kot dia letak logo kepala arnab sebagai logo rasmi Playboy.
Ni ha dia gambar arnab marsh ber sub-spesis Sylvilagus Palustris Hefneri.

3) Hefner memulakan empayar Playboy beliau dengan hanya menggunakan modal $ 8000 sahaja. $ 1000 pinjam dari mak, $ 1000 pinjam dari abang dan selebihnya beliau menjual perabot milik beliau sendiri dan membuat pinjaman persendirian.
Yeah inilah hasil dari gua pinjam-menimjam duit, maka lahirlah Playboy edisi pertama.

4) Hefner sudah menempah liang lahad (crypt) untuk beliau. Lokasinya bersebelahan dengan liang lahad Marilyn Monroe. 
Walaupun hidup Hefner bergelumang dengan dosa, namun beliau tidak pernah lupa untuk mengingati mati.

5) Stag Party adalah nama asal majalah Playboy. Namun Hefner terpaksa menukarnya untuk mengelakkan kekeliruan dengan majalah Stag, sebuah majalah mengenai kisah perang dahulu kala.

6) Pada tahun 1996, Hefner membeli sebuah rumah besar gedabak untuk dijadikan kediaman rasmi beliau. Kini beliau menetap di rumah tersebut dan disitulah lokasi beliau untuk mengadakan parti liar. 
   
7) Pada tahun 2010, Hefner mendermakan sebanyak $ 900 000 untuk menyelamatkan papan tanda tulisan Hollywood dari dimusnahkan oleh pihak pemaju tanah.

8) Menurut Hefner, beliau sudah lama berhenti mengira berapa ramai jumlah gadis-gadis yang sudah beliau setubuhi. Namun jika dikira semula, jumlah tersebut sudah melebihi 2000 orang gadis.

Tidak syak lagi, Hefner memang juara di dalam bidang yang beliau ceburi. 

 9) Menurut beliau lagi, hadiah hari jadi yang tak dapat beliau lupakan ialah mandi bersama-sama 17 gadis di dalam kolam dan seterusnya bersetubuh disekitar kawasan kolam tersebut. Ia juga merupakan penngalaman seksual yang tak dapat Hefner lupakan sepanjang hidup beliau.
Kolam (grotto) di kawasan rumah Hefner.

Saturday, September 22, 2012

Oppa Gangnam Style

Sekarang ni semua orang tengah kemaruk Gangnam. Aku pun tak tau apa Gangnam ni sebenarnya. Gangnam ni sejenis kuih popia ke? Hehehe yang aku tau Gangnam ni tarian dari Korea (agaknya la hehehe) Yang aku tak boleh blah, orang satu dunia layan Gangnam ni huhuhu. Akibat penangan Gangnam yang maha hebat ini, maka makhluk bernama manusia di seluruh dunia pun buat la video parodi yang ala-ala video klip Oppa Gangnam Style ni, termasuk la peminat-peminat kepop di Malaysia huhu. So disebabkan semua dah layan Gangnam, aku pun layan la sikit-sikit dan aku cari la info-info sikit pasal Gangnam ni. Sebenarnya lagu bertajuk "Oppa Gangnam Style" adalah lagu rap dari Korea Selatan yang sekarang ni tengah femes meletup-letup yang dinyanyikan oleh seorang rappers Korea Selatan bernama PSY (bunyinya "sai"). Macam mana boleh femes 1 dunia lagu ni? Aku pun tak tau hehehe. Maybe gaya PSY menari dalam video klip lagu ni lain dari yang lain kot. Maybe sebab tu orang buat video parodi menari macam kat dalam video klip lagu ni. Selain tu jugak, orang suka dengan lirik lagu ni. Lirik lagu ni sebenarnya menyindir pasal kehidupan mewah orang-orang Korea Selatan yang tinggal di sebuah kawasan elit bernama Gangnam District. Orang-orang kaya Korea Selatan majotinya duduk kat area sini la. Lirik ni jugak menyindir sesetengah golongan kelas pertengahan Korea Selatan yang sanggup berhabis duit semata-mata nak tiru gaya hidup orang-orang Gangnam heheheh. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal lirik lagu ni, korang Google la terjemahan lagu ni dalam BI, baru jelas huhu. Jom kita layan dulu video klip Oppa Gangnam Style dari PSY.


Ha tu dia video klip Oppa Gangnam Style yang original. Macam aku dah cakap tadi, penangan Gangnam ni dah merebak ke seluruh dunia. Orang satu dunia layan lagu ni dan buat video parodi lagu ni huhu. Sampai Britney Spears ada tweet dalam akaun Tweeter dia pasal Gangnam ni. Dia cakap dia nak belajar menari macam kat dalam video klip lagi ni. Lepas tu masa kat dalam rancangan bual bicara Ellen, pengacara rancangan ni saja nak bagi seprais kt Britney, dia panggil PSY betul-betul kat dalam rancangan tu, suruh PSY ajar Britney menari Gangnam ahahahahah.

Ni dia Tweeter Britney, dia nak cari orang suruh ajar dia menari Gangnam hehehehe.

PSY ajar Britney menari Gangnam dalam rancangan bual bicara Ellen.

Untuk penangan Gangnam kat Malaysia ni, setelah aku layan bermacam-macam video parodi Oppa Gangnam Style versi Malaysia, ada yang ok dan ada yang ko hehehehe. Pada pendapat aku la, video yang paling ok, enjoy dan lirik dia lawak sikit ialah video parodi "Super Kampung Style". Video ni dj-dj Fly Fm yang buat. Ok ni dia video nya. Enjoy.......  


Friday, September 21, 2012

Movie Retro - Sikit Punya Gila

Entri kali ni, gua nak sambung lagi tentang movie-movie retro. Gua ni memang suka dengan benda-benda retro dan vintage ni. Bila gua tengok atau dengar lagu-lagu retro terasa macam gua hidup kat zaman tu. Ok, tanpa mahu melengahkan masa lagi jom kita layan entri movie retro kali ni. Kali ni gua buat entri movie retro tanah air plak. Asyik layan movie retro luar negara pun tak elok sangat. Kita kena balance. Ye dak?

Movie retro kali ni bertajuk Sikit Punya Gila.

Sikit Punya Gila 

Sikit Punya Gila ni ialah sebuah movie komedi. Ianya telah diriliskan pada tahun 1982 dan berdurasi selama 94 minit.  Movie ini telah diterbitkan oleh Zain dan Zaharan dari  Indra Filem Production & Distributions Sendirian Berhad. Movie ini telah diarahkan oleh Raja Ismail.

Banyak bintang filem yang terkenal pada zaman tersebut telah membintangi movie ini antaranya ialah Dharma Harun Al-Rashid, Hamid Gurkha, Allahyarham Ibrahim Pendek, Nora Shamsuddin, Norlia Ramlee (kini dikenali dengan Norlia Ghani) dan Allahyarham Yusni Jaafar.

Turut membintangi movie ini ialah Yusof Haslam dan Kuswadinata.

Hamid Gurkha & Dharma Harun Al-Rashid

Movie ini mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Dharma dan Hamid yang merantau dari kampung dan mencari kekayaan di bandar.

Di bandar diorang telah menyewa sebuah rumah daripada pasangan suami isteri iaitu Ibrahim Pendek dan Yusni Jaafar. Kat sana diorang telah berjiran dengan Nora dan Norlia yang bermata duitan. Hamid telah bekerja sebagai penjual jagung rebus manakala Dharma pula ialah seorang penjaga lif. Hidup diorang di bandar telah dilanda dengan masalah kewangan akibat tak tahu menguruskan duit dengan betul. Dalam bahasa mudahnya ialah boros.

Diorang berdua ni sering memikirkan cara untuk mendapatkan duit yang banyak dan telah berusaha dengan pelbagai cara tidak kira halal atau haram. Salah satunya ialah dengan berjudi. Diorang ni memang kuat main judi. Judi paling best yang diorang main ialah kuda longkang.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari diorang telah terjumpa duit RM 1 di tengah jalan. Diorang telah bersetuju untuk membeli nombor ekor dengan duit tersebut. Nombor ekor yang dibeli oleh diorang ialah 3755 kalau tak silap aku la dan last-last nombor diorang pun kena. Tapi disebabkan Dharma telah meletakkan kertas nombor ekor tersebut kat dalam bajunya yang dibasuh di dobi maka diorang pun melepas nak jadi kaya.

*********

Gua dulu masa kecik-kecik rasa macam pernah tengok movie ni. Gua ada jugak cari movie Hamid Gurkha basuh ikan dengan sabun. Rupa-rupanya movie ni. Layan beb movie ni!

Sunday, September 16, 2012

Movie Retro - Hail The Judge

Entri pertama untuk bulan september. Masing-masing bizy dengan agenda peribadi membuatkan blog ni kurang diupdate. Biasa lah masing-masing ada komitmen sendiri. Komitmen dengan belajar, komitmen dengan kerja. Macam-macam lah. Ok, tanpa membuangkan masa, harini gua nak cerita pasal movie retro lagi. Kali ni movie retro dari Hong Kong plak. Asik movie dari omputih je tak best gak.

Movie retro kali bertajuk Hail The Judge lakonan bintang komedi yang tidak asing lagi di Hong Kong dan Malaysia iaitu Stephen Chow ataupun nama penuh cina dia Chow Sing Chi.

 Stephen Chow aka Chow Sing Chi

Hail The Judge ni telah dirilis pada tahun 1994 dan berdurasi selama 106 minit. Movie ini telah ditulis dan diarahkan oleh pengarah yang bernama Wong Jing. Aku pun tak tahu siapa dia Wong Jing ni. Korang boleh search sendiri kat google ok.

Selain daripada Stephen Chow, movie ini juga telah dibintangi oleh pelakon terkenal Hong Kong seperti Ng Man Tat (Uncle Tat) yang selalu berlakon dengan Stephen Chow. Dalam movie Shaolin Soccer dia jadi coach untuk team Shaolin. Selain itu, Cheung Man dan Christy Chung juga berlakon di dalam movie ni. Cheung Man ni jugak selalu berlakon dengan Stephen Chow jadi dia punya heroin.


Hail The Judge

Movie ni mengisahkan tentang seorang hakim yang korup iaitu Bao Sing lakonan Stephen Chow. Bao Sing seringkali menyalahgunakan kuasanya sebagai hakim dan selalu menerima rasuah. Beliau bagaimanapun telah berubah apabila melihat Chi Siu Lin lakonan Cheung Man yang telah dirogol dan telah difitnah membunuh kesemua ahli keluarganya oleh seorang peguam terkenal yang ingin menyelamatkan anak guamannya. Malah Bao Sing sendiri telah diperangkap oleh peguam tersebut dan telah dipecat dari jawatannya dan kes tersebut ditutup.

Sejak dari hari tersebut, beliau telah berazam untuk membantu Chi Siu Lin dan seterusnya membersihkan namanya.

Bao Sing telah mengembara ke Ibu kota untuk bertemu dengan kawan bapanya yang merupakan seorang hakim diraja bagi membantu beliau untuk membuka kembali kes tersebut tetapi malangnya rakan bapanya juga ialah seorang hakim yang korup dan telah berpakat dengan bapa si perogol Chi Siu Lin.

Di ibukota beliau terpaksa bekerja di sebuah rumah pelacuran akibat tidak mempunyai wang dan di sana lah nasib beliau berubah.

*******

Gua rasa mesti korang penah tengok movie ni, cuma ingat tak ingat je kan? Gua pun sama sebenarnya. Heh Heh Heh!

Thursday, August 16, 2012

Spencer Elden-The Nevermind Baby

Bagi peminat gila khinzir kepada kugiran Nirvana, mesti ingat ke-sukses-an album Nevermind lebih kurang 21 tahun lepas. Kat kulit album tu, ada gambar baby seolah-olah tengah berenang dan kat depan baby tu ada duit dollar US. Album Nevermind Nirvana diterbitkan pada September 1991 sebagai album kedua Nirvana selepas album Bleach yang diterbitkan pada tahun 1989. Album tu boleh dikatakan album Nirvana paling berjaya selepas 4 single dari album tu dapat sambutan gila khinzir dari peminat terutamanya Smells Like Teen Spirit. Pada aku, Nevermind adalah masterpiece dari Nirvana.


Ok tu dia gambar kulit album Nevermind. Album ni terbit tahun 1991, dah 21 tahun pun. Korang terpikir tak siapa baby yang tengah berenang tu dan macam mana agaknya rupa dia sekarang? Haaaaaaaaa baby tu mesti la dah besar sekarang kan. Baby tu nama dia Spencer Elden. Umur mamat ni sama dengan umur album Nevermind tu, 21 tahun dah. Masa amek gambar tu, dia baru 3 bulan. Idea untuk letak kulit album ni sebenarnya datang dari Kurt Cobain dan Dave Grohl. Dorang dapat idea ni mase tengok program mengenai bersalin dalam air di TV. So bila dah dapat idea ni, Kurt dan Dave bagi tau kat boss Geffen Record (label Nirvana masa tu) iaitu Robert Fisher pasal benda ni dan boss pun ok je. Robert Fisher pun upah seorang jurugambar untuk amek gambar baby yang macam tengah berenang dan baby tu pulak adalah anak kepada kawan jurugambar tu. So, macam mana rupa Spencer Elden sekarang? Jom kita tengok........





Haaa tu dia baby dalam kulit album Nevermind yang dah besar. Ada gambar dia rambut panjang dan rambut pendek. Aku rasa mesti mamat ni tak percaya kan time kecik-kecik dulu dia jadi model untuk album Nirvana yang paling sukses................. 

Tuesday, August 7, 2012

James Bond-Watak James Bond dalam filem

Kalau sebut pasal James Bond (JB) kan, apa yang muncul dalam kepala otak korang?? Kalau aku la, sebut JB je aku mesti terfikir pasal JB ni tere gaduh, hensem, bijak, cool, relax, ada gadget pelik-pelik dan mulut manis bila pikat wanita seksi (mohon jangan berimaginasi lebih-lebih, ni bulan puasa ni, tak baik hehehe). Tu semua la yang akan muncul dalam kepala aku bila sembang pasal JB. 


Ok tu dia gambar JB lakonan Sean Connery. Memang cukup macho dan cool brader ni. Beliau adalah pelakon pertama yang melakonkan watak JB dalam filem. Aku memang minat filem-filem JB ni. Memang kebanyakan filem-filem JB ni aku simpan. Sebenarnya JB ni adalah watak rekaan (fiction) yang dicipta oleh Ian Fleming pada tahun 1953 di dalam bentuk novel. Beliau telah menulis 12 buah novel JB dan 2 cerita pendek sehingga tahun 1964 dan seterusnya novel JB disambung penulisannya oleh beberapa orang lagi penulis. Selain diadaptasi dalam bentuk novel, watak JB juga dihasilkan dalam bentuk drama TV, drama radio, komik, permainan video dan tentunya dalam bentuk filem. 

Watak JB ciptaan Ian Fleming ni adalah seorang pegawai dan merangkap ajen perkhidmatan perisikan rahsia British (British secret intelligence service agent a.k.a M16). Untuk tak nak bagi terkantoi yang JB ni seorang ajen, JB diberi tugas sebagai komander tentera laut Britain, supaya orang ingat dia ni tentera laut bukan ajen. 007 (double O seven) adalah kod rahsia untuk mengenali beliau, supaya musuh-musuh JB susah nak kesan. Contohnya, kalau boss JB suruh seseorang bagi something kat JB, boss akan cakap "bagi benda ni pada double O seven", boss tak kan cakap "bagi benda ni pada JB". Lebih kurang macam tu la.

Malam ni aku nak sembang pasal watak utama yang berlakon sebagai JB dalam filem-filem JB. Setakat ni, 6 orang brader macho telah melakonkan watak JB dengan jayanya dari tahun 1962-2012. Brader-brader macho tersebut ialah:
Sean Connery (watak utama dalam 6 filem JB)
1962 - Dr. No
1963 - From Russia With Love
1964 - Goldfinger
1965 - Thunderball
1967 - You Only Live Twice
1971 - Diamonds Are Forever

George Lazenby (watak utama dalam 1 sahaja filem JB)
1969 - On Her Majesty's Secret Service

Roger Moore (watak utama dalam 7 filem JB)
1973 - Live & Let Die
1974 - The Man With The Golden Gun
1977 - The Spy Who Loved Me
1979 - Moonraker
1981 - For Your Eyes Only
1983 - Octopussy
1985 - A View To A Kill

Timothy Dalton (watak utama dalam 2 filem JB)
1987 - The Living Daylights
1989 - Licence To Kill

Pierce Brosnan (watak utama dalam 4 filem JB)
1995 - Golden Eye
1997 - Tomorrow Never Dies
1999 - The World Is Not Enough
2002 - Die Another Day

Daniel Craig (watak utama dalam 3 filem JB)
2006 - Casino Royale
2008 - Quantum Of Solace
2012 - Skyfall

Ok tu la dia watak-watak brader macho yang menjadi JB dalam siri-siri filem JB. Ok semua JB tu memang mempunyai dan menepati ciri-ciri seorang JB yang kalau gaduh memang tak pernah kalah. Beliau sentiasa  akan menang dan kontrol hensem walaupun bergolek-golek dalam lumpur heheheheh. Dari keenam-enam JB ni, George Lazenby cuma dapat jadi JB dalam 1 filem je. Kenapa?? Adakah beliau tak cukup macho? Adakah ayat beliau tak cukup manis untuk memikat wanita seksi?? Tu semua boleh tanya sendiri pada dia hahaha. Roger Moore pulak telah membolot watak hero untuk 7 filem JB. Banyak tu. Maybe pada pendapat pengarah filem JB brader Roger Moore ni la pelakon paling sesuai untuk jadi JB kot.  

Dalam koleksi filem-filem JB aku, filem yang Sean Connery dan Roger Moore berlakon aku ada semua. Sebab 2-2 JB ni aku minat. Pada aku la, 2-2 JB tu memang menepati ciri-ciri seorang JB yang macho gagah bergasak, kontrol hensem dan berketrampilan metroseksual yang menjadi idaman dan dambaan wanita (cewah hahahah). Ok korang punya peberet JB yang mana pulak??????                 

Sunday, July 29, 2012

Seattle Sound

Di malam bulan ramadan yang mulia ini, setelah anda selesai berpuasa, berterawikh, bertadarus dan melakukan perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kita dengan tuhan, pastinya hati akan merasa satu ketenangan yang tenang setenang-tenangnya. Seterusnya, bolehlah kita masuk tidur. Tapi kalau tak boleh tidur nak buat apa? Buat apa lagi, jom baca blog Renjes Malaya ni hehehehe. Malam ni aku nak sembang lagi pasal muzik sebab aku suka muzik haha. Topik perbincangan kita malam ni adalah mengenai "Seattle Sound" atau dalam BM nya "Bunyi Seattle". Wow, macam mana Seattle itu boleh berbunyi???............ 

Ok kawan-kawan, kalau kita tengok gambar atas ni, mesti semua dah tau kan, tu gambar Kurt Cobain, vokalis Nirvana dan kata-kata keramat "Grunge is not dead". So apa kena mengena Kurt Cobain, Nirvana, genre muzik grunge dan Seattle Sound?? Ok dalam ayat yang paling mudah la, Seattle Sound adalah muzik terutamanya genre grunge yang telah dicipta dan dipopularkan oleh kugiran-kugiran dari Seattle, Washington, Amerika. Seattle Sound jugak sering dirujuk sebagai grunge. Cuma Seattle Sound ni adalah grunge buatan kugiran Seattle. Lebih kurang macam tu la maknanya. Nirvana dan Kurt Cobain pulak sering dikaitkan dengan grunge dan Seattle Sound ni sebab boleh la dikatakan Nirvana adalah antara kugiran grunge yang muziknya begitu pekat memainkan Seattle Sound.  Mereka ni jugak antara salah satu kugiranyang mencipta Seattle Sound yang paling sukses di pentas mainstream (ahli-ahli Nirvana bukan kelahiran Seattle). Memang tak pelik la kalau bercakap pasal grunge, Nirvana adalah rujukan utama. Tapi kena ingat, Seattle Sound bukan merujuk kepada Nirvana sorang je ye, ada banyak lagi kugiran-kugiran dari Seattle yang menaikkan dan memfemeskan Seattle Sound. Korang cari la sendiri. Walaupun jangka hayat Nirvana tak lama, tapi impak grunge yang Nirvana tunjukkan kepada dunia memang besar. Tak percaya, tanyalah siapa-siapa peminat muzik yang membesar di era 90'an termasuk aku hahaha. Tapi kat sini aku bukannya nak sembang pasal Nirvana, tapi nak sembang pasal muzik dorang iaitu grunge buatan Seattle atau lebih khusus lagi "Seattle Sound".

Ni la dia lejen grunge dari Seattle iaitu Nirvana. Maybe budak-budak zaman sekarang tengok ganbar ni biasa je. Dorang mesti tak tau betapa gilanya remaja 90'an dan mungkin awal 2000'an terhadap Nirvana ni. Kalau boleh masing-masing nak jadi Kurt Cobain, nak pakai converse, rambut panjang, baju kotak-kotak, nyanyi suara serak-serak dan kalau boleh nak main gitar tangan kiri walaupun dilahirkan bertangan kanan hahahahha.....

Muzik Seattle sound ni sebenarnya bolehlah dikatakan wujud pada pertengahan 80'an sampai lah pertengahan 90'an. Akar Seattle Sound bolehlah dikatakan bermula dari kugiran-kugiran Alternatif rock 80'an yang mempunyai sedikit noise seperti Sonic Youth, Pixies dan Dinosaur Jr. (mereka bukan dari Seattle). Selain itu, kugiran hard rock 70'an seperti Black Sabbath dan Led Zeppelin juga membentuk akar muzik Seattle Sound (kugiran grunge Soundgarden banyak dipengaruhi muzik hard rock 70'an). Genre hardcore punk dan punk rock juga menyumbang kepada akar muzik Seattle Sound. Contohnya seperti kugiran Black Flag yang memainkan muzik hardcore punk banyak mempengaruhi bentuk asas muzik grunge ala Seattle Sound. Selain tu jugak, muzik rock ala Neil Young jugak antara elemen muzik Seattle Sound terawal. 

Sonic Youth

Dinosaur Jr.

Pixies

Black Sabbath

Led Zeppelin

Black Flag

Neil Young a.k.a Godfather of Grunge

Dari gabungan genre-genre macam alternatif rock, hard rock 70'an, hardcore punk dan folk rock ala-ala Neil Young ni, wujudlah muzik grunge buatan kugiran dari Seattle yang dipanggil Seattle Sound. Seattle Sound dikenali dengan bunyi gitar elektrik yang kotor (dirty sound) dan kadang kala terlalu nyaring, rentak dram (beat) yang tidak banyak variasi dan temponya sedikit perlahan. Sesetengah ulama' muzik (cewah) berpendapat bahawa elemen hardcore punk dan punk rock adalah elemen muzik paling dominan dalam genre grunge. Ini dapat dilihat dari segi penyampaian vokal, bunyi gitar yang kasar dan mungkin jugak gaya penulisan lirik. Ulama' muzik juga ada mengatakan grunge ala Seattle Sound itu adalah "muzik punk yang dirosakkan" (broken punk). Grunge Seattle Sound jugak sering dirujuk sebagai muzik alternatif rock 90'an (untuk membezakan muzik rock 90'an dengan glam-rock 80'an). 

Pertengahan 80'an hingga pertengahan 90'an merupakan zaman keemasan Seattle Sound. Antara faktor yang mendorong Seattle Sound ni jadi femes adalah wujudnya sebuah label (syarikat rakaman) independent yang bernama Sub-Pop yang berpusat di Seattle. Sub-Pop adalah label yang menjadi platform awal untuk kebanyakan kugiran-kugiran Seattle bertapak secara independent sebelum melangkah lebih jauh dalam pentas mainstream. 
Logo label indenpendent Sub-Pop

Sampailah pertengahan 90'an, maka zaman grunge ala Seattle Sound pun boleh la dikatakan berakhir sedikit demi sedikit. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kejatuhan grunge. Antaranya termasuklah kebanyakan kugiran Seattle yang mengamalkan attitude anti populariti. Kebanyakan mereka tidak gemar untuk menghasilkan karya-karya yang mesra-radio (radio-friendly) seperti yang diarahkan oleh label mainstream. Mereka lebih gemar untuk bergerak secara sendiri bersama label independent. Selain itu, Wujudnya kugiran-kugiran selepas-grunge (post-grunge) yang muziknya agak "bersih" jika dibandingkan muzik Seattle Sound mendorong kepada berakhirnya Seattle Sound. Kebanyakan kugiran post-grunge cenderung untuk berada dibawah kontrak label mainstream dan lagu-lagu mereka jugak agak radio-friendly. Silverchair dari Australia adalah antara contoh kugiran post-grunge yang sukses. Masalah dadah jugak mendorong kepada berakhirnya riwayat Seattle Sound. Kematian Kurt Cobain yang dikatakan overdose pada 1994 sekali gus membuatkan Nirvana berpecah. Sama jugak seperti kematian Andrew Wood yang overdose sekali gus menamatkan kareer Mother Love Bone pada 1990. 
Silverchair

Macam tu lah dia sedikit sebanyak kisah kegemilangan Seattle Sound di Amerika. Mereka secara tak langsung telah menggemparkan dunia muzik 90'an dengan Seattle Sound buatan mereka. Kalau Manchester boleh berbangga dengan Madchester, Seattle jugak boleh berbangga dengan Seattle Sound. 

P/s- Sebelum ni aku ada sembang pasal scene muzik Manchester iaitu Madchester, baca sini. Aku pun ada sembang pasal kematian Kurt Cobain dan tempat kelahiran dia iaitu Aberdeen, baca sini dan sini. So enjoy membaca di bulan ramadan ye kawan-kawan..............           
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...