Di malam bulan ramadan yang mulia ini, setelah anda selesai berpuasa, berterawikh, bertadarus dan melakukan perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kita dengan tuhan, pastinya hati akan merasa satu ketenangan yang tenang setenang-tenangnya. Seterusnya, bolehlah kita masuk tidur. Tapi kalau tak boleh tidur nak buat apa? Buat apa lagi, jom baca blog Renjes Malaya ni hehehehe. Malam ni aku nak sembang lagi pasal muzik sebab aku suka muzik haha. Topik perbincangan kita malam ni adalah mengenai "Seattle Sound" atau dalam BM nya "Bunyi Seattle". Wow, macam mana Seattle itu boleh berbunyi???............
Ok kawan-kawan, kalau kita tengok gambar atas ni, mesti semua dah tau kan, tu gambar Kurt Cobain, vokalis Nirvana dan kata-kata keramat "Grunge is not dead". So apa kena mengena Kurt Cobain, Nirvana, genre muzik grunge dan Seattle Sound?? Ok dalam ayat yang paling mudah la, Seattle Sound adalah muzik terutamanya genre grunge yang telah dicipta dan dipopularkan oleh kugiran-kugiran dari Seattle, Washington, Amerika. Seattle Sound jugak sering dirujuk sebagai grunge. Cuma Seattle Sound ni adalah grunge buatan kugiran Seattle. Lebih kurang macam tu la maknanya. Nirvana dan Kurt Cobain pulak sering dikaitkan dengan grunge dan Seattle Sound ni sebab boleh la dikatakan Nirvana adalah antara kugiran grunge yang muziknya begitu pekat memainkan Seattle Sound. Mereka ni jugak antara salah satu kugiranyang mencipta Seattle Sound yang paling sukses di pentas mainstream (ahli-ahli Nirvana bukan kelahiran Seattle). Memang tak pelik la kalau bercakap pasal grunge, Nirvana adalah rujukan utama. Tapi kena ingat, Seattle Sound bukan merujuk kepada Nirvana sorang je ye, ada banyak lagi kugiran-kugiran dari Seattle yang menaikkan dan memfemeskan Seattle Sound. Korang cari la sendiri. Walaupun jangka hayat Nirvana tak lama, tapi impak grunge yang Nirvana tunjukkan kepada dunia memang besar. Tak percaya, tanyalah siapa-siapa peminat muzik yang membesar di era 90'an termasuk aku hahaha. Tapi kat sini aku bukannya nak sembang pasal Nirvana, tapi nak sembang pasal muzik dorang iaitu grunge buatan Seattle atau lebih khusus lagi "Seattle Sound".
Ni la dia lejen grunge dari Seattle iaitu Nirvana. Maybe budak-budak zaman sekarang tengok ganbar ni biasa je. Dorang mesti tak tau betapa gilanya remaja 90'an dan mungkin awal 2000'an terhadap Nirvana ni. Kalau boleh masing-masing nak jadi Kurt Cobain, nak pakai converse, rambut panjang, baju kotak-kotak, nyanyi suara serak-serak dan kalau boleh nak main gitar tangan kiri walaupun dilahirkan bertangan kanan hahahahha.....
Muzik Seattle sound ni sebenarnya bolehlah dikatakan wujud pada pertengahan 80'an sampai lah pertengahan 90'an. Akar Seattle Sound bolehlah dikatakan bermula dari kugiran-kugiran Alternatif rock 80'an yang mempunyai sedikit noise seperti Sonic Youth, Pixies dan Dinosaur Jr. (mereka bukan dari Seattle). Selain itu, kugiran hard rock 70'an seperti Black Sabbath dan Led Zeppelin juga membentuk akar muzik Seattle Sound (kugiran grunge Soundgarden banyak dipengaruhi muzik hard rock 70'an). Genre hardcore punk dan punk rock juga menyumbang kepada akar muzik Seattle Sound. Contohnya seperti kugiran Black Flag yang memainkan muzik hardcore punk banyak mempengaruhi bentuk asas muzik grunge ala Seattle Sound. Selain tu jugak, muzik rock ala Neil Young jugak antara elemen muzik Seattle Sound terawal.
Sonic Youth
Dinosaur Jr.
Pixies
Black Sabbath
Led Zeppelin
Black Flag
Neil Young a.k.a Godfather of Grunge
Dari gabungan genre-genre macam alternatif rock, hard rock 70'an, hardcore punk dan folk rock ala-ala Neil Young ni, wujudlah muzik grunge buatan kugiran dari Seattle yang dipanggil Seattle Sound. Seattle Sound dikenali dengan bunyi gitar elektrik yang kotor (dirty sound) dan kadang kala terlalu nyaring, rentak dram (beat) yang tidak banyak variasi dan temponya sedikit perlahan. Sesetengah ulama' muzik (cewah) berpendapat bahawa elemen hardcore punk dan punk rock adalah elemen muzik paling dominan dalam genre grunge. Ini dapat dilihat dari segi penyampaian vokal, bunyi gitar yang kasar dan mungkin jugak gaya penulisan lirik. Ulama' muzik juga ada mengatakan grunge ala Seattle Sound itu adalah "muzik punk yang dirosakkan" (broken punk). Grunge Seattle Sound jugak sering dirujuk sebagai muzik alternatif rock 90'an (untuk membezakan muzik rock 90'an dengan glam-rock 80'an).
Pertengahan 80'an hingga pertengahan 90'an merupakan zaman keemasan Seattle Sound. Antara faktor yang mendorong Seattle Sound ni jadi femes adalah wujudnya sebuah label (syarikat rakaman) independent yang bernama Sub-Pop yang berpusat di Seattle. Sub-Pop adalah label yang menjadi platform awal untuk kebanyakan kugiran-kugiran Seattle bertapak secara independent sebelum melangkah lebih jauh dalam pentas mainstream.
Logo label indenpendent Sub-Pop
Sampailah pertengahan 90'an, maka zaman grunge ala Seattle Sound pun boleh la dikatakan berakhir sedikit demi sedikit. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kejatuhan grunge. Antaranya termasuklah kebanyakan kugiran Seattle yang mengamalkan attitude anti populariti. Kebanyakan mereka tidak gemar untuk menghasilkan karya-karya yang mesra-radio (radio-friendly) seperti yang diarahkan oleh label mainstream. Mereka lebih gemar untuk bergerak secara sendiri bersama label independent. Selain itu, Wujudnya kugiran-kugiran selepas-grunge (post-grunge) yang muziknya agak "bersih" jika dibandingkan muzik Seattle Sound mendorong kepada berakhirnya Seattle Sound. Kebanyakan kugiran post-grunge cenderung untuk berada dibawah kontrak label mainstream dan lagu-lagu mereka jugak agak radio-friendly. Silverchair dari Australia adalah antara contoh kugiran post-grunge yang sukses. Masalah dadah jugak mendorong kepada berakhirnya riwayat Seattle Sound. Kematian Kurt Cobain yang dikatakan overdose pada 1994 sekali gus membuatkan Nirvana berpecah. Sama jugak seperti kematian Andrew Wood yang overdose sekali gus menamatkan kareer Mother Love Bone pada 1990.
Silverchair
Macam tu lah dia sedikit sebanyak kisah kegemilangan Seattle Sound di Amerika. Mereka secara tak langsung telah menggemparkan dunia muzik 90'an dengan Seattle Sound buatan mereka. Kalau Manchester boleh berbangga dengan Madchester, Seattle jugak boleh berbangga dengan Seattle Sound.
P/s- Sebelum ni aku ada sembang pasal scene muzik Manchester iaitu Madchester, baca sini. Aku pun ada sembang pasal kematian Kurt Cobain dan tempat kelahiran dia iaitu Aberdeen, baca sini dan sini. So enjoy membaca di bulan ramadan ye kawan-kawan..............
No comments:
Post a Comment