Madchester. Ni bukan salah eja tau. Ejaan ni betul iaitu "Madchester". Ok geng, kalau korang baca ni korang mesti terpikir aku salah eja nama tempat iaitu "Manchester" kan. Sebenarnya, perkataan "Madchester" adalah merujuk kepada scene muzik di Manchester, England masa pertengahan tahun 80'an sampai awal tahun 90'an. So, perkataan Manchester merujuk kepada nama sebuah tempat di England, dan Madchester lak merujuk kepada scene muzik di Manchester, England. Faham???
Grafitti bertulis Madchester kat salah satu lorong kat Bandaraya Manchester. Dah terkopak dan hampir hilang, kenangan untuk scene muzik paling berpengaruh kat England hampir 20 tahun lepas. *Cat-cat grafitti ni sepatutnya ok lagi, tak terkopak sebab cat ni adalah dari cat spray yang berkualiti. Tapi dikatakan budak-budak Liverpool dah kikis cat-cat tu sebab tak puas hati kugiran-kugiran dari Manchester lagi femes dari kugiran-kugiran dari Liverpool. Alkisahnya.......
Kenapa yek scene muzik ni dorang bagi nama Madchester? Kenapa tak Crazychester ke, Ghostchester ke, Tenukchester ke ataupun Dugongchester? Ok kawan-kawan aku pun tak tau hehehe. Tapi secara common sense la, aku rase budak-budak Manchester masa time tu nak menggambarkan kegilaan dorang dengan muzik style dorang sendiri, so dorang pun namakan scene muzik yang berstylekan muzik ala-ala kugiran dari Manchester ni dengan nama "Madchester" atau pun dalam BM nya "Manchester Gila". Mad (gila) Chester (merujuk kepada Manchester). Style muzik kugiran-kugiran dari scene Madchester ni adalah muzik adunan dari genre Alternative Rock, Psychedelic Rock dan Dance. So, nak tau macam mana muzik Madchester ni? Korang gi la dengar muzik-muzik dari kugiran-kugiran yang berpengaruh Madchester macam The Smiths, The Stone Roses, Happy Monday, Inspiral Carpets, 808 State, James, The Charlatans, The Fall dan banyak lagi la. Masa zaman Madchester ni tengah naik gila-gila, ada satu kelab malam kat Manchester namanya "The Hacienda" yang jadi tempat untuk kugiran-kugiran dari Manchester untuk buat gig.
Gambar first tu gambar kelab The Hacienda dan gambar yang seken tu plak tertulis "The Hacienda" biar orang tak tersesat time cari kelab The Hacienda ni kot haha. Sekarang kelab ni dah tutup. Tak silap aku dah jadi hotel kot.
Macam mana scene muzik Madchester ni wujud? Madchester wujud sebab pengaruh muzik punk yang menggila kat UK masa tahun 70'an. Masa Jun tahun 1976, ahli-ahli kugiran Buzzcocks buat gig kat Manchester dan jemput Sex Pistols main. Walaupun tak ramai yang gi tengok gig tu, tapi muzik Sex Pistols bagi impak yang agak besar kat budak-budak yang datang. Masa tu Buzzcocks tak main sebab dorang tak ready nak perform live haha. Sejak dari tu, Bandar Manchester jadi rumah kedua untuk muzik punk kt UK. Masa bulan Julai 1976 lak, Sex Pistols main lagi gig kat Manchester, kali ni ada 2 kugiran punk dari Manchester main sekali iaitu Buzzcocks dan Slaughter & The Dog. Lagu Anarchy in the UK dimainkan secara live kat Manchester untuk pertama kali.
Zaman awal-awal Buzzcocks. Masing-masing kurus sebab tak cukup duit nak makan. Al maklumlah, belum femes, gig pun tak banyak. Dorang ni tengah dok tepi lorong, mana tau terjumpa 1-2 pound orang tercicir, boleh beli mee goreng mamak pancung 4 orang.
Ni lak Slaughter & the Dog. Antara kugiran punk dari Manchester selain dari Buzzcocks. Kerana terlalu hepi dapat main gig kali pertama, masing-masing terlupa nak mandi pagi dan tak gosok gigi.
Sampai hujung 70'an, muncul lak 1 kugiran dari Manchester yang main muzik punk yang agak lain sikit. Nama kugiran ni Joy Division. Disebabkan kugiran ni naik hujung 70'an, so semua orang panggil genre kugiran punk time ni sebagai post-punk ataupun zaman selepas-punk, termasuklah Joy Division. Dulu aku ada cerita pasal vokalis Joy Division, klik sini untuk baca. Daripada muzik-muzik dari kugiran-kugiran punk dari Manchester macam Buzzcocks, Slaughter & the Dog dan Joy Division, so budak-budak Manchester makin kreatif untuk buat muzik yang best. Sampai la tahun 80'an, muncul la pulak kugiran berpengaruh dan best macam The Smiths dan The Fall dan secara tak langsung mewujudkan scene awal Madchester. Kemunculan The Smiths dan The Fall adalah sebab impak pengaruh muzik kugiran punk dari Manchester.
Joy Division amek gambar masa lepas perform. Walaupun suara vokalis kugiran ni tone rendah dan kurang merdu, tapi awek-awek tetap sapot Joy Division.
Kugiran The Smiths masa zaman dorang muda. Dorang dapat bunga kuning dari awek masa perform. Menurut Morrissey (vokalis The Smiths) bunga tu beliau bawak tidur malam-malam dengan harapan dapat mimpi jumpa awek yang bagi bunga tu.
Kugiran The Fall terduduk kepenatan lepas layan peminat yang nak mintak sain. Masing-masing hepi sebab dapat coklat roka dari peminat.
Sampai la pertengahan tahun 80'an dan awal 90'an, zaman ni dikira zaman kemuncak atau zaman keemasan kugiran-kugiran dari Manchester dan lengkaplah kegemilangan scene Madchester. Time ni la muncul kugiran-kugiran berpengaruh dan lejen macam The Stone Roses dan Happy Monday. Muzik pop atau dipanggil jangle pop ala The Stones Roses jadi rujukan utama kugiran pop dan Indie lepas zaman Madchester. (Budak-budak sekarang yang kononnya peminat muzik Indie tapi tak kenal The Stones Roses memang mintak pelempang hehe). Time ni kugiran-kugiran Madchester pun conquer carta-carta muzik UK. Masa tu budak-budak Manchester secara tak sengaja dah wujudkan fesyen dorang sendiri iaitu fesyen baggy atau pakaian londeh sikit. Bukan londeh sangat macam rappers. Jeans besar dan londeh sikit bagi pijak tumit. Memang style time tu kalau pakai kat Manchester.
The Stone Roses tengah buat kerja gila, main cat sambil simbah cat kat member. Idea awalnya dorang taknak main cat, dorang nak main lumpur sambil pakai boxer je. Tapi seksi sangat. So dorang cancel.
Kugiran Happy Monday yang bertulang belakangkan 2 orang adik beradik iaitu Paul Ryder dan Shaun Ryder. Semua ahli-ahli kugiran ni asik hepi je setiap hari isnin. So dorang pun letakla nama Happy Monday untuk kugiran dorang hehe.
Setiap yang bermula mesti akan berakhir. Macam tu la jugak dengan scene Madchester. Scene Madchester berakhir lebih kurang masa pertengahan 90'an. Masa tu boleh la dikatakan Oasis adalah klimaks untuk keagungan Madchester. Oasis muncul lebih kurang tahun 1991 dan album first release tahun 1994. Oasis sebagai klimaks untuk Madchester agak unik. Kugiran ni main muzik pop ala-ala The Beatles dan dipengaruhi muzik The Stone Roses, tapi berpewatakan otai ala-ala Sex Pistols hehehe. Ok antara sebab berakhirnya scene Madchester ni termasuklah sebab kebangkitan pengaruh muzik grunge dari Amerika yang dikepalai oleh otainya Nirvana. Selain tu, kemunculan kugiran-kugiran yang main muzik Rock Shoegaze macam The London Suede dari selatan England pun menjadi penyebab berakhirnya Madchester yang berada di utara England. Time tu, tour The Stone Roses kat Amerika batal sebab dorang ada keluarkan statement "America doesn't deserve us yet" (amerika belum layak untuk kami lagi), kira statement macam poyo. Masalah dadah jugak menyumbang kepada berakhirnya Madchester. Time tu kelab The Hacienda jadi port budak-budak nak dapatkan "barang". Bila dah jadi port nak dapatkan "barang", gengster-gengster pun ramai la kat situ dan jenayah pun meningkat. Akhirnya The Hacienda pun terpaksa ditutup pada tahun 1997. Tu la dia antara penyebab berakhirnya keagungan Madchester pada suatu masa dulu. Salute untuk budak-budak Manchester yang menaikkan Madchester sebab masa zaman 80'an tu, dunia tengah kemaruk dengan muzik glam-rock macam Guns N Roses, Van Halen, Bon Jovi, Aerosmith dan yang seangkatan dengannya, tapi budak-budak Manchester kemaruk dengan scene Madchester dorang.
This is Oasis and we are from Manchester. "Siapa kutuk kugiran gua, gua sumbat mulut dia dengan berus jamban", kata Noel Gallagher sambil berlagak otai.
*Entri ni agak panjang sebab aku peminat Madchester. Kalau korang bosan baca, korang boleh pergi tidur dulu dan aku anggap korang peminat Spice Girls ok kehkeh. Kalau nak tau lagi pasal Madchester, korang cari la kat internet. Kat ROTTW pun ada, kalau tak silap keluaran Oktober 2009 kot. Info-info yang aku tulis kat sini kebanyakannya dari bacaan aku kat majalah muzik Q (majalah muzik dari UK) volume 1 issue 13 tajuknya -Morrissey & The Story of Manchester-. Adios..............
No comments:
Post a Comment