Impian seluruh umat manusia untuk melihat 2 teams Sepanyol berentap sesama sendiri di pentas akhir UCL 2011/2012 musnah awal pagi tadi apabila harapan terakhir umat Sepanyol, pasukan yang penuh kemewahan melimpah ruah tewas iaitu Kelab Bola Sepak Diraja Madrid. Masalahnya sekarang, team-team Spanyol ni dah dapat bantuan tambahan, tu pun kalah jugak ke kehkeh. Ke Barcelona dan Real Madrid ni nak kena bantu melalui BR1M baru boleh menang kehkehkeh. Dalam hal ni, refree-refree tak boleh disalahkan, kat semi-final kedua tu refree-refree dah mainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan Chelsea dan Beyern kalah haha, tapi yang kalah Barca dan Real. Macam mana ni? Maka refree pun berkata "GUA DAH TOLONG LU DER, LU NAK APE LAGI", kepala bana hahahahah............
Masa Barca vs Chelsea, bantuan tambahan dari refree sehingga menyebabkan Kapten Marvel Chelsea setel dipancung dengan kad merah hahahaha. Cech, Ivanovic, Ramirez, Lampard, Obi Mikel dan Meireles lak dicabuli kehormatannya dengan kad kuning. Barca lak dapat sebiji penalti, tu pun tak masuk hahahah. Tapi Chelsea masih mampu bertahan dengan gaya permainan bertahan ala Itali Roberto Di Matteo. Sampai Torres yang tak tere tu pun boleh score hehehe. Keputusan seri 2-2, tapi agregat Chelsea menang 3-2 dan ke final. Maka refree pun berkata "GUA DAH TOLONG LU DER, LU NAK APE LAGI", kepala bana hahahahah............
Real Madrid vs Bayern Munich, refree masih juga ingin membantu team Sepanyol, tak tau kenapa. Sebiji penalti diperolehi oleh Real, dan golllllll nampaknya Real tak sekepala bana Barca yang gagal dalam penalti hehehe. Tapi Bayen jugak bijak dalam mendapatkan penalti dan Robben pun score penalti untuk Bayern. Tapi macam biasa la bantuan refree pasti tiba, 4 player Bayern kena kad kuning iaitu Robben, Alaba, Badstuber dan Gustavo. Keputusannya Real menang 2-1, aggregat 3-3, tapi Bayern ke final sebab menang penalti 3-1. Maka refree pun berkata "GUA DAH TOLONG LU DER, LU NAK APE LAGI", kepala bana hahahahah............
"Ek eleh, gua kena kad merah lak, ni BR1M untuk Barca ke ape reff???"
Messi memang betul-betul messy apabila beliau langsung tidak bertanggungjawab kerana mensia-siakan BR1M buat pasukan beliau
"Ek eleh Barca, lu ingat gua heran sangat ke dengan BR1M lu tu?"
"Yes penalti gua membawa team gua ke final, babai Real"
Bayern Munich vs Chelsea, 19 Mei 2012, Sabtu, di Fußball Arena München, jumpa disana......