Kawan-kawan tau tak ape menatang Groupie ni? Kalau korang peminat kugiran-kugiran rock dan suka dengar dengar lagu-lagu rock, takkan tak tau kot apa Groupie tu huhu. Kalau tak tau jugak, korang ni jenis yang ikut-ikut je kot, orang dengar rock, korang pun ikut la ye dengar rock. Tanya sikit apa tu Groupie, tak dapat jawab, hehehe poseur siot. Ok ni aku tunjuk sikit gambar Groupie, korang tengok la puas-puas.
Ha korang tengok gambar tu betul-betul. Ok gambar tu menunjukkan ahli-ahli sebuah kugiran dengan "awek-awek" dorang hahahaha. Dalam erti kata lain, "awek-awek" tu semua la Groupie. Groupie ni maksudnya peminat fanatik perempuan yang minat gila sampai lupa dunia kat kugiran-kugiran peberet dorang. Tak kira la kugiran rock ke, pop ke, artis solo ke, apa-apa jela. Janji artis femes, mesti Groupie ada yang folo. Groupie ni akan folo ke mana je kugiran peberet dorang ni buat konsert tour, folo sama-sama naik bas, naik flight dan naik kereta lembu pun Groupie ni akan folo. Groupie ni biasanya terdiri dari budak-budak perempuan muda, umur penghujung belasan dan awal 20'an. Kiranya budak-budak yang jadi Groupie ni masa zaman dia baru nak naik, baru nak kenal dunia hehehehe. Hubungan dorang ni bukan hubungan serius, just suka-suka sepanjang konsert tour dan lepas habis tour, masing-masing buat hal sendiri. Tapi ada jugak Groupie yang terus jadi awek kepada rockstar, contohnya macam Nancy Spungen, awek Sid Vicious. Tak silap aku, Yoko Ono, isteri John Lennon tu pun asalnya Groupie The Beatles jugak. Aktiviti Groupie ni dapat dikesan masa zaman Beatlemania, masa zaman pertengahan 60'an, masa The Beatles tengah naik. So, The Beatles ni ramai la yek Groupies-Groupies dorang, best siottt heheheheh. Kugiran-kugiran femes lepas zaman The Beatles pun ramai la Groupies-Groupies dorang macam Led Zeppelin, Kiss, Van Halen dan banyak lagi la.
So sepanjang tour, apa yang Groupie dan rockstar ni buat masa rockstar-rockstar ni ada free time? Hahahah mesti la Groupie ni layan rockstar gi minum-minum sampai mabuk, layan sepam dua heroin dan LSD (sejenis dadah yang femes masa tahun 60'an dan 70'an) dan berasmara di ranjang (best siot) hehehehe. Tapi korang perasan tak, kenapa zaman sekarang Groupie ni macam takde? Macam tak pernah dengar pun. Sebab, masa zaman 60'an dan 70'an, Groupie-Groupie boleh selambe je masuk bilik backstage kugiran peberet dorang masa lepas konsert, boleh selambe lepak-lepak dengan rockstar peberet dorang. Tapi lepas John Lennon mati kena tembak masa tahun 1980, kawalan keselamatan terhadap artis-artis femes dah diperketatkan, terutama sekali time rockstar buat tour. So sejak dari tu, Groupie-Groupie tak boleh la dengan selambe gi backstage, gi hotel penginapan rockstar peberet dorang ataupun gi folo konsert tour kugiran peberet dorang. Tapi sebenarnya ada je Groupie yang folo kugiran peberet dorang, terpulang la pada kugiran tu nak bagi folo ke tah huhu. So, zaman kegemilangan Groupie adalah zaman 60'an, 70'an dan 80'an.
Kalau korang suka tengok movie, banyak movie-movie yang memaparkan kehidupan Groupie. Korang try la cari.
Movie Rock N Roll High School (1979) lakonan ahli-ahli Ramones. Dalam movie ni ada tunjukkan Groupies-Groupies yang masih budak sekolah lagi sanggup buat apa saja semata-mata nak gi konsert Ramones.
Movie Almost Famous (2000). Movie ni pasal sorang budak laki ni kecik lagi (dalam 12-14 tahun), minat kat muzik rock dan bercita-cita nak jadi wartawan muzik rock. Tapi masalahnya dia susah nak gi interview kugiran rock, so dia pun kenal-kenal la dengan Groupie, so melalui Groupie ni dapat la dia gi interview kugiran-kugiran yang dia minat hehehe.
Ok sebenarnya ada banyak lagi movie-movie yang cerita pasal Groupie, korang gi la cari sendiri ye.......
No comments:
Post a Comment