Thursday, April 5, 2012

In loving memory of the 90's generation spokesman

Hari ni 5 April 2012, genap 18 tahun hero anak-anak muda generasi 90'an pergi meninggalkan kenikmatan dunia buat selama-lamanya. Beliau ialah bro Kurt Cobain, vokalis kugiran Nirvana yang dipercayai mati menembak diri sendiri sebab tekanan hidup. Kugiran bro Kurt ni telah meninggalkan impak besar terhadap muzik dunia, terutamanya muzik 90'an dan selain tu gak bro Kurt ni sendiri secara tak langsung jadi ikutan dari segi fesyen dia, persembahan pentas dia yang huru-hara, keselambean cara dia nyanyi, gaya penulisan lirik dan macam-macam lagi. Walaupun masa bro Kurt ni pergi ke alam barzakh aku baru darjah 3 dan cuma seorang budak sekolah rendah yang naif dan cuma dengar lagu Nirvana sebab ikut-ikut, tapi impak Nirvana aku dapat rasa masa aku membesar, dari sekolah rendah sampaila sekolah menengah, dan sekarang ni pun masih ada ada pengaruh Nirvana kan. Kuat kan pengaruh Nirvana dan bro Kurt. Semua kawan-kawan yang membesar di era 90'an dan awal 2000'an mesti dapat rasa kan betapa kuatnya pengaruh Nirvana, lagi-lagi lepas bro Kurt mati ni wujud lak penyambung warisan grunge kat Malaysia yang bergelar Butterfingers. Nirvana = suara generasi rebel 90'an, Kurt Cobain = ikutan anak muda 90'an dan Smells Like Teen Spirit = anthem anak muda 90'an. Ok thank you for your wonderful music and RIP bro Kurt Donald Cobain.........

Surat khabar pasal kematian bro Kurt

Sijil mati bro Kurt. Mayat beliau dijumpai mati pada 8 April 1994, tapi beliau dipercayai mati pada 5 April 1994.

Nota terakhir bro Kurt sebelum pergi buat selama-lamanya. Kat nota ni beliau bagi semangat kat Courtney Love (isteri beliau) untuk terus hidup dan beliau sayang anak perempuan beliau iaitu Frances Cobain.  

* K-Pop = suara generasi sekarang dan Justin Bieber = ikutan anak muda sekarang kehkehkeh..... 

2 comments:

Unknown said...

Nice post ni gan...

Renjes Merah said...

Terima kasih majalah siantar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...