Friday, July 6, 2012

Metallica

Hari ni aku nak sembang sikit pasal kugiran metal mainstream kegemaran aku iaitu Metallica. Sape-sape yang minat muzik metal mesti kenal dengan Metallica kan. Kugiran ni adalah kugiran metal paling awal aku kenal. First time aku dengar Metallica sekitar tahun 93-94, album The Black Album, masa tu aku kecik lagi. The Black Album release tahun 1991, kira aku dah lambat la layan album tu. Ok takpe la, lambat ke cepat ke yang penting dapat layan Metallica. Jom kita layan fakta menarik pasal Metallica ni...................

1) Metallica ditubuhkan pada sekitar Oktober 1981 selepas James Hetfield (vokalis + gitaris) terbaca iklan yang ditampal oleh Lars Ulrich (drummer) mencari seseorang yang boleh berjamming bersama di Los Angeles.
Metallica diawal penubuhan


2) Lagu Suicide & Redemption (Album Death Magnetic, 2008) adalah lagu terpanjang Metallica iaitu 9:57 minit manakala lagu Motorbreath (Album Kill 'Em All, 1983) adalah lagu terpendek Metallica iaitu 3:08 minit.



3) Gitaris asal Metallica, Dave Mustaine telah meninggalkan Metallica pada tahun 1983 dan menubuhkan Megadeth.

4) Secara rasminya, 8 orang ahli pernah bermain bersama Metallica, 4 ahli masih bersama dan 4 ahli lagi sudah meninggalkan Metallica.
Barisan Metallica terkini James Hetfield (vokalis + gitaris 1981 - kini), Lars Ulrich (pemain dram 1981 - kini), Kirk Hammett (gitaris utama 1983 - kini) dan Robert Trujillo (pemain bass 2003 - kini)

Manakala ahli-ahli lain yang pernah bersama Metallica pula termasklah Ron Mcgovney (pemain bass 1982), Dave Mustaine (gitaris utama 1982-1983), Cliff Burton (pemain bass 1982 - 1986) dan Jason Newsted (pemain bass 1986 - 2001).

5) Secara kasar, album-album Metallica telah terjual sebanyak 100 juta salinan di seluruh dunia sepanjang 31 tahun aktif.

6) Album The Black Album (1991) adalah album mereka yang paling laris terjual di seluruh dunia. Di Amerika sahaja, album ini terjual sebanyak 15 620 000 salinan.

7) Sepanjang 31 tahun aktif, mereka telah merakamkan 10 album studio yang berjaya.

8) Dari tahun 1981-2011, Metallica telah bermain sebanyak 1724 persembahan di seluruh dunia.

9) Secara puratanya, mereka telah bermain sebanyak 57.5 persembahan setiap tahun. 

10) San Francisco merupakan bandar yang paling banyak bagi Metallica mengadakan persembahan iaitu sebanyak 51 persembahan.

11) Sepanjang tempoh aktif, Metallica pernah bermain di 60 buah negara di seluruh dunia. Dari 60 buah negara tersebut, 104 persembahan adalah di Jerman, dan Jerman merupakan negara paling banyak Metallica mengadakan persembahan selepas Amerika.


12) Bekas pemain bass Metallica, Cliff Burton terbunuh dalam satu kemalangan bas yang membawa kugiran mereka semasa konsert jelajah di Sweden pada 27 September 1986. Bas yang membawa semua ahli Metallica itu hilang kawalan dan tergelincir menyebabkan Metallica kehilangan seorang pemain bass yang hebat.

R.I.P Cliff Burton

13) Kirk Hammett (gitaris utama Metallica) adalah antara gitaris terhandal dunia. Beliau pernah berguru untuk mempelajari teknik-teknik gitar dengan Joe Satriani, iaitu seorang lagi gitaris handalan dunia. Kirk Hammett juga seorang vegetarian.

1 comment:

ril3x said...

teringat kat memeber dulu..salah request lagu metallica..rock u like hurricane...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...