Thursday, July 26, 2012

Movie Retro: Robocop

Entri kali ni aku nak cerita pasal movie retro yang bertajuk Robocop. Movie robocop ni juga antara salah satu movie yang paling fames di penghujung tahun 80an. Kanak-kanak sangat teruja bila menonton movie ni sebab movie ni ada robot. Bukankah kanak-kanak suka pada robot?

Bila aku tengok balik movie robocop baru aku sedar yang movie ni agak ganas dan tak sesuai sebenarnya untuk kanak-kanak menonton.

Ok. Kita teruskan lagi tentang robocop. Movie robocop ni merupakan movie yang berunsurkan aksi sains fiksyen. Dah nama pun robot mesti lah sains fiksyen kan? Takkan komedi plak.

Robocop

Movie ini mempunyai 3 sekuel yang dimana movie pertama diriliskan pada 17 Julai 1987 bersamaan tahun aku lahir kedunia. Ini bermakna sudah 25 tahun robocop telah diriliskan untuk movie yang pertama. Movie kedua dirilis pada tahun 1990 dan movie yang ketiga pada tahun 1993. Ini bermakna movie robocop diterbitkan setiap 3 tahun.

Setiap movie robocop telah diarahkan oleh tiga orang pengarah yang berbeza. Robocop pertama (1987) telah diarahkan oleh Paul Verhoeven yang kebanyakan filem yang diarahkannya berunsurkan sains fiksyen seperti Total Recall (1990), Basic Instinct (1992), Starship Troopers (1997) dan Hollow Man (2000).

Manakala untuk movie yang kedua (1990) ia telah diarahkan oleh Irvin Kershner yang telah mengarahkan filem Star Wars yang ke-5 iaitu The Empire Strikes Back (1980).

Movie ketiga (1993) pula telah diarahkan oleh  Fred Dekker yang telah mengarahkan filem Night Of The Creeps (1986) dan The Monster Squad (1987) yang kedua-duanya filem berunsurkan cerita hantu.


Part-part robocop

Watak utama dalam movie ini ialah Peter Weller yang memegang watak sebagai Alex Murphy/Robocop dan Nancy Allen yang memegang watak Anne Lewis. Kedua-dua pelakon ini telah membintangi ketiga-tiga movie robocop.

Wajah sebenar robocop

Movie pertama robocop menggunakan bajet sekitar $13 juta dan bila diriliskan mencatat pulangan sebanyak $53,424,681 juta. Movie kedua pula menggunakan bajet sekitar $35 juta dan bila ianya diriliskan mencatat pulangan sebanyak $45,681,173 juta dan untuk movie yang ketiga pula menggunakan bajet sekitar $22 juta dan tidak mencatat pulangan kerana hanya mencatat kutipan sebanyak $10,600,00 juta sahaja apabila ia diriliskan.

Jika dilihat pada statistik pulangan modal untuk ketiga-tiga movie robocop, movie robocop yang pertama mencatat pulangan dengan skala yang begitu besar.

Ini bermakna setelah movie robocop pertama diriliskan, movie robocop yang seterusnya telah menurun popularitinya dan ianya dapat dilihat pada movie robocop yang ketiga dimana mencatat kerugian dan tidak balik modal langsung.

Ok itu sahaja. Selesai!


p/s: Aku rasa ni lah kali pertama aku menaip entri menggunakan ayat yang agak skema. Kehkehkeh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...