Thursday, July 19, 2012

Led Zeppelin

Hari ni aku nak sembang pasal Led Zeppelin (LZ). Kugiran ni memang tak payah cakap la, memang otai. Aku memang minat gila sampai boleh jadi gila haha. Mereka ni main muzik rock di era 70'an yang dicampurkan elemen muzik Folk, Eksperimental dan Blues dalam muzik rock mereka. Tu la antara elemen yang membentuk identiti tersendiri muzik LZ. Mereka memang antara kugiran-kugiran power dan berpengaruh di era 70'an walaupun di era tu pengaruh muzik disko tengah menggila di seluruh dunia. Selain tu, antara keunikan LZ ni ialah kugiran ni tak pernah mengalami fenomena keluar masuk ahli. 4 orang ahli rasmi yang dah ada sejak penubuhan LZ tahun 1968 dulu terus stay dalam kugiran sampailah mereka berpecah secara rasmi masa tahun 1980. 12 tahun aktif dalam dunia rock, 9 buah album yang power berjaya dihasilkan. Lagi satu, biasanya design-design t-shirt LZ memang style dan rare. Design t-shirt tu kebanyakannya diambil dari cover album-album LZ. Kepada peminat LZ yang ada koleksi album-album mereka, memang dah tau la betapa style, mistik, misteri dan peliknya cover-cover album mereka tu kan. Ok geng, sebagai peminat tegar LZ, ni dia aku share antara fakta menarik mengenai LZ.  

1) Secara rasmi, ahli-ahli LZ ni ada 4 orang sejak dari 1968-1980,takda yang keluar dan takda yang masuk. Cuma kat konsert je kadang-kadang pakai sessionist. Ahli-ahli LZ ialah Jimmy Page (gitar), John Paul Jones (Bass), Robert Plant (vokalis) dan John Bonham (Dram). Selepas mereka berpecah pada tahun 1980, mereka dah buat reunion sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1985, 1988, 1995 dan 2007.  

2) 12 tahun aktif sebagai kurgiran rock, mereka telah melahirkan 9 buah album yang berjaya dan berpengaruh. Album-album tersebut ialah Led Zeppelin (1969), Led Zeppelin II (1969), Led Zeppelin III (1970), Led Zeppelin IV (1971), Houses of the Holy (1973), Physical Graffiti (1975), Presence (1976), In Through the Out Door (1979) dan Coda (1982). 
Album pilihan aku Led Zeppelin IV (1971), korang????

3) LZ ialah kombinasi daripada pecahan kugiran-kugiran The Yardbirds, Hobbstweedle dan Band of Joy. 
The Yardbirds

Band of Joy

4) Nama LZ diperolehi daripada gurauan John Entwistle (The Who) tentang angan-angannya untuk menubuhkan sebuah kugiran bersama Keith Moon (The Who), Steve Winwood dan Jimmy Page. Menurut John, kugiran itu pasti akan hancur seperti "going down like a Lead Zeppelin (ejaan lead ditukar kepada led)". 
  Sebuah Zeppelin yang hancur

5) Konsert pertama mereka diadakan pada 15 Oktober 1968. 2 bulan kemudian, mereka berjaya mengadakan konsert di Amerika dan menjadi kugiran pembukaan untuk Vanilla Fudge dan Mc5.
Vanilla Fudge

Mc5

6) Kugiran ini dibubarkan selepas kematian John Bonham (dram) pada 25 September 1980 ketika baru berusia 32 tahun. Kematian beliau dikatakan kerana terlalu banyak mengambil minuman keras jenis Vodka. Namun 3 tahun sebelum itu, Robert Plant (vokalis) hampir-hampir meninggalkan LZ kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya yang ketika itu baru berusia 5 tahun. Beliau berkira-kira mahu berhenti menyanyi dan menjadi guru tadika.

7) Selepas album Physical Grafitti (1975) diterbitkan, kelima-lima album LZ yang terdahulu kembali memasuki carta. LZ merupakan kugiran pertama yang mana kesemua album-album mereka memasuki carta serentak.
Cover album Physical Graffiti

8) LZ mempunyai jet peribadi yang dipanggil "The Starship". Dikatakan bahawa Groupies mereka akan bersama-sama menaiki The Starship untuk ke konsert jelajah. Baca sini untuk mengetahui makna Groupies.

9) Jimmy Page adalah seorang yang cerewet dalam memilih design cover album LZ. Itu menjadi antara sebab album-album LZ sering lambat diterbitkan.

10) LZ memang jarang sekali muncul di TV kerana dikatakan mereka ingin kekal sebagai sebuah kugiran yang mistik dan misteri.
Antara lambang pelik yang digunakan oleh LZ untuk menjadikan mereka mistik dan misteri.

11) Semasa Aktif, mereka langsung tidak pernah memenangi Anugerah Grammy. Namun pada tahun 2005, mereka dianugerahkan "Lifetime Achievement Award".

P/S-Sumber-sumber untuk entri kali ni banyak diperolehi melalui majalah ROTTW, Vol. 124, keluaran Mac 2007. Enjoy......................  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...