Friday, July 13, 2012

Movie Retro: Total Recall

Entri kali ni aku nak cerita pasal movie retro yang agak femes di awal tahun 90an dulu. Movie retro tersebut bertajuk Total Recall. Siapa yang ingat cerita ni sila angkat tangan. Anda layak menerima hadiah kereta vios di dalam mimpi nanti. Acah je. Haha!

Total Recall ni telah diriliskan pada 1 Jun 1990. Movie yang berunsurkan sains fiksyen ni dibintangi oleh pelakon yang femes pada tahun 90an iaitu Arnold Schwarzenegger yang kini merupakan datuk bandar California. Selain daripada Arnold turut membintangi movie ini ialah Rachel Tikotin, Sharon Stone, Micheal Ironside dan Ronny Cox. Selain daripada Arnold, aku tak berapa kenal sangat dengan pelakon lain. Ntah berlakon lagi atau tak selepas movie ni.


Movie ini telah diarahkan oleh Paul Verhoeven yang pernah mengarahkan filem Robocop (1987), Basic Instinct (1992), Starship Troopers (1997) dan Hollow Man (2000).

Total Recall (1990) 

Movie ni konon-konon mengisahkan kehidupan manusia di tahun 2084 dimana ketika itu manusia dah mula tinggal dan buat penempatan kat Planet Marikh. Kehidupan di Planet Marikh serupa dengan kehidupan di Bumi. Macam-macam benda ada kat sana seperti pub, disko, hotel, rumah, rumah pelacuran dan banyak lagi. Kira serba lengkap la kat sana.

Dalam bangunan semua dilengkapi dengan oksigen, so jika ada orang yang keluar dari bangunan mereka akan mati. Mati kepanasan dan takde oksigen.

Salah satu adegan dalam Total Recall

Watak utama dalam cerita ni ialah Douglas Quaid lakonan Arnold yang teringin sangat nak pergi bercuti kat Planet Marikh. Itupun setelah beliau selalu bermimpi yang beliau hidup di Marikh bersama-sama dengan seorang perempuan yang beliau sendiri tak tahu namanya.

Sebenarnye cerita ni memang nampak bohong giler. Dia punya tipu tak agak-agak. Boleh plak ada satu syarikat nama dia "Rekall" buat pakej percutian ke Marikh dengan bermimpi. Siap boleh pilih nak jadi ape kat sana, nak awek macam mana.

Tapi style giler la movie ni. Banyak peralatan canggih dan pelik-pelik ada. Movie ni buatkan aku sedar yang si Arnold ni suka berlakon movie yang sains fiksyen sebagai contoh predator dan terminator.

Oklah. Aku pun dah tak tahu nak cerita apa lagi. Kalau nak tahu movie ni macam mana, sila lah menonton sendiri. Kalau malas sangat nak tengok, boleh baca sinopsis dia kat sini.

Ok bai!

2 comments:

Renjes Merah said...

pengarah citer robocop pun sama dengan citer ni, mmg minat sains fiksyen la pengarah ni........

Renjes Hitam said...

tau takpe..bile aku buat review citer ni..baru aku tau dia pengarah robocop..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...