Ok kawan-kawan, bersempena bulan Julai iaitu bulan Back To The Future (BTTF) ni dirilis 27 tahun lepas, aku pun nak sembang jugak pasal movie yang best peberet aku ni. Hari tu Renjes Hitam dah share sikit-sikit pasal movie best BTTF ni kan. Hari ni lak aku nak sambung lagi pasal pelakon tambahan dalam movie ni. Dorang jadi pelakon tambahan dalam BTTF dan ada antara dorang yang dah femes dan ada yang still suam-suam kuku je nak femes. Dah nama pun pelakon tambahan kan hehe. So kat sini aku letak gambar dorang time belakon BTTF dan gambar dorang yang latest. Bandingkan la sendiri, mana lagi hensem hehe. So korang perasan dan kenal tak dorang ni semua????
1) Elijah Wood
Babak Elijah Wood ni tak silap aku masa kat BTTF 2 kot, kat dalam kafe. Sekarang mamat ni dah femes pun.
2) Jason Hervey
Ok mamat ni aku tak kenal sangat. Pelakon tak femes kot. Babak dia pun aku tak perasan yang mana satu tah.
3) Billy Zane
Babak mamat ni pulak tak silap aku yang masa samseng poyo tahun 1955 kejar Marty dalam BTTF 1. Untuk mengenali mamat ni, dia ni belakon dalam movie Titanic, jadi orang kaya jahat yang kena ludah dengan Kate Winslate.
4) Casey Siemaszko
Mamat ni pun aku tak kenal sangat. Tak tau kalau mamat ni sekarang pelakon femes tapi aku sorang je tak kenal haha. Babak mamat ni pun kalau tak silap aku jadi samseng 1955 kat BTTF 1.
5) Huey Lewis
Babak mamat ni lak kat BTTF 1, dia jadi pengadil untuk kugiran Marty. Mamat ni pelakon, pemuzik dan penulis lagu. Dia ni pun tak femes sangat.
6) Charles Fleischer
Babak mamat ni kat BTTF 2, masa zaman anak Marty 2015. Mamat ni pelakon dan pelawak. Dia ni pun agak kurang femes. Tak tau la kalau kat Malaysia tak femes tapi kat US femes kan.
7) Flea a.k.a Michael Peter Balzary
Mamat ni pulak memang dah femes dari dulu sampai sekarang. Mamat ni ialah kutu (Flea) hahahah. Ni la dia pemain bass untuk kugiran Red Hot Chili Peppers. Maybe masa time jadi pelakon tambahan BTTF ni dia cari side income lebih sikit kot huhu. Babak mamat ni masa kat BTTF 2, jadi kawan Marty masa zaman 2015, Marty dah ada famili.
8) Deborah Harmon
Pasal minah ni lak no komen, aku pun tak kenal hahahah. Tapi dia banyak jugak la belakon filem. Babak dia ni masa BTTF 1, jadi pembaca berita pasal kehilangan Plutonium yang dirembat oleh Doc. Emmett Brown.
Ok tu la dia sikit info pasal pelakon tambahan dalam movie BTTF ni. Sesetengah pelakonnya ada yang femes dan ada yang tak. Ada yang dah femes dan masih femes dan ada yang dari dulu sampai sekarang pun tak femes-femes. Ada yang dulu hensem, sekarang lagiiiiiiiiiii hensem hahahahaha.............
P/S-Movie ni rilis masa hari aku lahir so aku baby Back To The Future kehkehkeh...........
2 comments:
Billy zane ni eh yg kena ludah dgn kate winslet kat filem titanic?Aku ingatkan ben affleck..hihi
ha ah mamat ni yg jadi pelakon kaya jahat tu. ben affleck tak cukop hensem nak jadi org kaye dlm titanic kot kehkehkeh
Post a Comment