Wednesday, March 28, 2012

Madchester

Madchester. Ni bukan salah eja tau. Ejaan ni betul iaitu "Madchester". Ok geng, kalau korang baca ni korang mesti terpikir aku salah eja nama tempat iaitu "Manchester" kan. Sebenarnya, perkataan "Madchester" adalah merujuk kepada scene muzik di Manchester, England masa pertengahan tahun 80'an sampai awal tahun 90'an. So, perkataan Manchester merujuk kepada nama sebuah tempat di England, dan Madchester lak merujuk kepada scene muzik di Manchester, England. Faham??? 

Grafitti bertulis Madchester kat salah satu lorong kat Bandaraya Manchester. Dah terkopak dan hampir hilang, kenangan untuk scene muzik paling berpengaruh kat England hampir 20 tahun lepas. *Cat-cat grafitti ni sepatutnya ok lagi, tak terkopak sebab cat ni adalah dari cat spray yang berkualiti. Tapi dikatakan budak-budak Liverpool dah kikis cat-cat tu sebab tak puas hati kugiran-kugiran dari Manchester lagi femes dari kugiran-kugiran dari Liverpool. Alkisahnya.......   

Kenapa yek scene muzik ni dorang bagi nama Madchester? Kenapa tak Crazychester ke, Ghostchester ke, Tenukchester ke ataupun Dugongchester? Ok kawan-kawan aku pun tak tau hehehe. Tapi secara common sense la, aku rase budak-budak Manchester masa time tu nak menggambarkan kegilaan dorang dengan muzik style dorang sendiri, so dorang pun namakan scene muzik yang berstylekan muzik ala-ala kugiran dari Manchester ni dengan nama "Madchester" atau pun dalam BM nya "Manchester Gila". Mad (gila) Chester (merujuk kepada Manchester).  Style muzik kugiran-kugiran dari scene Madchester ni adalah muzik adunan dari genre Alternative Rock, Psychedelic Rock dan Dance. So, nak tau macam mana muzik Madchester ni? Korang gi la dengar muzik-muzik dari kugiran-kugiran yang berpengaruh Madchester macam The Smiths, The Stone Roses, Happy Monday, Inspiral Carpets, 808 State, James, The Charlatans, The Fall dan banyak lagi la. Masa zaman Madchester ni tengah naik gila-gila, ada satu kelab malam kat Manchester namanya "The Hacienda" yang jadi tempat untuk kugiran-kugiran dari Manchester untuk buat gig. 


Gambar first tu gambar kelab The Hacienda dan gambar yang seken tu plak tertulis "The Hacienda" biar orang tak tersesat time cari kelab The Hacienda ni kot haha. Sekarang kelab ni dah tutup. Tak silap aku dah jadi hotel kot. 

Macam mana scene muzik Madchester ni wujud? Madchester wujud sebab pengaruh muzik punk yang menggila kat UK masa tahun 70'an. Masa Jun tahun 1976, ahli-ahli kugiran Buzzcocks buat gig kat Manchester dan jemput Sex Pistols main. Walaupun tak ramai yang gi tengok gig tu, tapi muzik Sex Pistols bagi impak yang agak besar kat budak-budak yang datang. Masa tu Buzzcocks tak main sebab dorang tak ready nak perform live haha. Sejak dari tu, Bandar Manchester jadi rumah kedua untuk muzik punk kt UK. Masa bulan Julai 1976 lak, Sex Pistols main lagi gig kat Manchester, kali ni ada 2 kugiran punk dari Manchester main sekali iaitu Buzzcocks dan Slaughter & The Dog. Lagu Anarchy in the UK dimainkan secara live kat Manchester untuk pertama kali. 

Zaman awal-awal Buzzcocks. Masing-masing kurus sebab tak cukup duit nak makan. Al maklumlah, belum femes, gig pun tak banyak. Dorang ni tengah dok tepi lorong, mana tau terjumpa 1-2 pound orang tercicir, boleh beli mee goreng mamak pancung 4 orang.

Ni lak Slaughter & the Dog. Antara kugiran punk dari Manchester selain dari Buzzcocks. Kerana terlalu hepi dapat main gig kali pertama, masing-masing terlupa nak mandi pagi dan tak gosok gigi. 

Sampai hujung 70'an, muncul lak 1 kugiran dari Manchester yang main muzik punk yang agak lain sikit. Nama kugiran ni Joy Division. Disebabkan kugiran ni naik hujung 70'an, so semua orang panggil genre kugiran punk time ni sebagai post-punk ataupun zaman selepas-punk, termasuklah Joy Division. Dulu aku ada cerita pasal vokalis Joy Division, klik sini untuk baca. Daripada muzik-muzik dari kugiran-kugiran punk dari Manchester macam Buzzcocks, Slaughter & the Dog dan Joy Division, so budak-budak Manchester makin kreatif untuk buat muzik yang best. Sampai la tahun 80'an, muncul la pulak kugiran berpengaruh dan best macam The Smiths dan The Fall dan secara tak langsung mewujudkan scene awal Madchester. Kemunculan The Smiths dan The Fall adalah sebab impak pengaruh muzik kugiran punk dari Manchester. 

 Joy Division amek gambar masa lepas perform. Walaupun suara vokalis kugiran ni tone rendah dan kurang merdu, tapi awek-awek tetap sapot Joy Division. 

 Kugiran The Smiths masa zaman dorang muda. Dorang dapat bunga kuning dari awek masa perform. Menurut Morrissey (vokalis The Smiths) bunga tu beliau bawak tidur malam-malam dengan harapan dapat mimpi jumpa awek yang bagi bunga tu.
Kugiran The Fall terduduk kepenatan lepas layan peminat yang nak mintak sain. Masing-masing hepi sebab dapat coklat roka dari peminat.

Sampai la pertengahan tahun 80'an dan awal 90'an, zaman ni dikira zaman kemuncak atau zaman keemasan kugiran-kugiran dari Manchester dan lengkaplah kegemilangan scene Madchester. Time ni la muncul kugiran-kugiran berpengaruh dan lejen macam The Stone Roses dan Happy Monday. Muzik pop atau dipanggil jangle pop ala The Stones Roses jadi rujukan utama kugiran pop dan Indie lepas zaman Madchester. (Budak-budak sekarang yang kononnya peminat muzik Indie tapi tak kenal The Stones Roses memang mintak pelempang hehe). Time ni kugiran-kugiran Madchester pun conquer carta-carta muzik UK. Masa tu budak-budak Manchester secara tak sengaja dah wujudkan fesyen dorang sendiri iaitu fesyen baggy atau pakaian londeh sikit. Bukan londeh sangat macam rappers. Jeans besar dan londeh sikit bagi pijak tumit. Memang style time tu kalau pakai kat Manchester. 

 The Stone Roses tengah buat kerja gila, main cat sambil simbah cat kat member. Idea awalnya dorang taknak main cat, dorang nak main lumpur sambil pakai boxer je. Tapi seksi sangat. So dorang cancel.

Kugiran Happy Monday yang bertulang belakangkan 2 orang adik beradik iaitu Paul Ryder dan Shaun Ryder. Semua ahli-ahli kugiran ni asik hepi je setiap hari isnin. So dorang pun letakla nama Happy Monday untuk kugiran dorang hehe. 

Setiap yang bermula mesti akan berakhir. Macam tu la jugak dengan scene Madchester. Scene Madchester berakhir lebih kurang masa pertengahan 90'an. Masa tu boleh la dikatakan Oasis adalah klimaks untuk keagungan Madchester. Oasis muncul lebih kurang tahun 1991 dan album first release tahun 1994. Oasis sebagai klimaks untuk Madchester agak unik. Kugiran ni main muzik pop ala-ala The Beatles dan dipengaruhi muzik The Stone Roses, tapi berpewatakan otai ala-ala Sex Pistols hehehe. Ok antara sebab berakhirnya scene Madchester ni termasuklah sebab kebangkitan pengaruh muzik grunge dari Amerika yang dikepalai oleh otainya Nirvana. Selain tu, kemunculan kugiran-kugiran yang main muzik Rock Shoegaze macam The London Suede dari selatan England pun menjadi penyebab berakhirnya Madchester yang berada di utara England. Time tu, tour The Stone Roses kat Amerika batal sebab dorang ada keluarkan statement "America doesn't deserve us yet" (amerika belum layak untuk kami lagi), kira statement macam poyo. Masalah dadah jugak menyumbang kepada berakhirnya Madchester. Time tu kelab The Hacienda jadi port budak-budak nak dapatkan "barang". Bila dah jadi port nak dapatkan "barang", gengster-gengster pun ramai la kat situ dan jenayah pun meningkat. Akhirnya The Hacienda pun terpaksa ditutup pada tahun 1997. Tu la dia antara penyebab berakhirnya keagungan Madchester pada suatu masa dulu. Salute untuk budak-budak Manchester yang menaikkan Madchester sebab masa zaman 80'an tu, dunia tengah kemaruk dengan muzik glam-rock macam Guns N Roses, Van Halen, Bon Jovi, Aerosmith dan yang seangkatan dengannya, tapi budak-budak Manchester kemaruk dengan scene Madchester dorang. 

This is Oasis and we are from Manchester. "Siapa kutuk kugiran gua, gua sumbat mulut dia dengan berus jamban", kata Noel Gallagher sambil berlagak otai.

*Entri ni agak panjang sebab aku peminat Madchester. Kalau korang bosan baca, korang boleh pergi tidur dulu dan aku anggap korang peminat Spice Girls ok kehkeh. Kalau nak tau lagi pasal Madchester, korang cari la kat internet. Kat ROTTW pun ada, kalau tak silap keluaran Oktober 2009 kot. Info-info yang aku tulis kat sini kebanyakannya dari bacaan aku kat majalah muzik Q (majalah muzik dari UK) volume 1 issue 13 tajuknya -Morrissey & The Story of Manchester-. Adios.............. 

Wednesday, March 21, 2012

Arc De Triomphe

Arc De Triomphe. Macam mana nak sebut benda ni ek? Lebih kurang macam ni kot bunyinya, "ak di tempe" huhu. Ni bahasa apa ni, susah gila nak sebut sampai terbelit lidah aku nak sebut. Aku dulu belajar bahasa Tonga pun tak susah macam ni. Apesal bunyinya ada sikit-sikit macam bunyi tempe? Aku rasa la kan kat tempat ni pusat jualan tempe terbesar kat Eropah kot. Yela kan, tempe ni kan makanan dari Asia Tenggara, maybe kalau orang Eropah nak try apa rasa tempe, dorang datang je sini je kot hehe. Ok kawan-kawan, tu aku saje je gebang lebih. Sebenarnya ni la dia bahasa Perancis huhu. Arc De Triomphe atau dalam BI nya The Triumphal Arch, so dalam BM lak maksudnya "Gerbang Kemenangan". Ok jom kita tengok dulu macam mana rupa bentuk si "ak di tempe" ni ye huhu..

Pemandangan ak di tempe Perancis diwaktu malam. Aku dengar persatuan mapley malaysia tengah plan nak  bina bangunan rumah kedai kat area-area sini. Katanya kalau ada rezeki boleh la bukak 2-3 cawangan mapley.   

Arc De Triomphe ni sebenarnya adalah nama untuk sebuah monumen fantastik dan antara tempat yang terfemes kat Paris. Nickname dia "Si Tempe". Tempat ni tempat wajib untuk dikunjugi oleh pelancong-pelancong asing dari seluruh dunia kalau travel gi Paris. Lokasi Si Tempe ni terletak kat "Place Charles De Gaulle", yang dulunya tempat ni dikenali sebagai "Place De I'Etoile". Ianya mula dibina pada 15 Ogos 1806 dan dirasmikan pada 29 Julai 1836. Hui kiranya 30 tahun masa diambil untuk siapkan Si Tempe ni. Lama tu. Si Tempe ni adalah monumen gerbang paling besar sekali kat dunia sampai la tahun 1982, bila Korea Utara pun berjaya bina monumen gerbang yang lagi besar dari Si Tempe ni kat Pyongyang. Si Tempe ni dibina untuk menghormati dan mengenang jasa-jasa pahlawan-pahlawan Perancis yang berjuang dan mati untuk Perancis semasa Revolusi Perancis (1792-1802) dan Perang Napoleon (1803-1815). Dan nama-nama dorang ada tercatat kat luar dan dalam permukaan Si Tempe ni. Kat bawah Si Tempe ni lak ada kubur-kubur askar-askar yang tak dikenali bermula dari askar-askar sejak Perang Dunia Pertama lagi.
Pemandangan diwaktu pagi. Menurut Zinedine Zidane, kawasan ni memberi beliau satu kenangan yang mempunyai nilai sentimental antara beliau dan bapak beliau dan tak mungkin dilupakan. Kat sini la beliau selalu kena pulas telingan dengan bapak beliau sebab main bola sampai maghrib dan tak ingat nak balik rumah.  
Jalan yang menunjukkan ke arah menuju Si Tempe. Memang sistematik jalan raya kat Paris ni.       

   Gambar dari udara yang menunjukkan bandaraya Paris, Si Tempe berada di tengah-tengah. Memang style dan terancang. Kalau sesat kat Paris nanti, cepat-cepat cari Si Tempe ni ye. Lepas tu mesti dah tak sesat lagi huhu.     

Ok aku gebang kencang kat sini berdasarkan pengetahuan dan bacaan aku je. Sebenarnya aku tak pernah sampai sini pun hehe. So sekarang ni aku pun tengah plan nak gi sana jugak. Duit aku dalam ASB sekarang ada RM 26.40. Semalam mak aku baru bagi RM 7.00. Pagi tadi bapak aku lak baru bagi RM 2.00. So kalau campur semua duit aku ada RM 35.40. Haish banyak lagi nak kena kumpul ni sebelum dapat pergi Paris. Takpa-takpa, kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi gunung everest hehe.            

Saturday, March 17, 2012

Tahniah kumpulan Shiro

Sape folo Raja Lawak 6? Ok tak ramai yg folo kan huhu. Ditambah lak sekarang ni Astro ada cenel Bella kan, fuh mesti ramai yg layan cenel Bella tu. Nak tengok awek latin huhu. Ok aku pun folo sikit-sikit je. Time balik kampung je aku layan RL 6 ni sebab kat rumah ada Astro Warna. Kenal la jugak peserta-peserta RL 6 ni dan malam tadi pertandingan akhir RL 6. Grup yg masuk akhir ialah Cuit dari Penang, 2yol dari Johor, Shiro jugak dari Johor dan Zero dari Sabah. Rata-rata lawak dorang ni memang best. Lawak dorang memang tahap cipan hehe. So malam tadi keputusannya Shiro juara, Zero kedua, Cuit ketiga dan 2yol keempat.

Masa sesi bergambar ni dikatakan mereka berdua bangun lambat dan tak sempat nak mandi pagi. Mamat yang riben oren tu macam Jep sepahtu pun ada huhu. 

Yeay kami dapat 100 ribu. Dikhabarkan mereka bercadang hendak memulakan bisnes ternak badak sumbu dengan menggunakan modal 100 ribu tu.

 Wajah-wajah juara dan naib juara. Mereka ibarat Manchester United dan Manchester City yang bersaing untuk menjadi yang terbaik. 

Mereka juga terbaik namun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga dan keempat. 

So kami dipihak Renjes Malaya ingin mengucapkan tahniah terutamanya kepada sang juara. Andalah juara sebenar wahai Sang Shiro. Tapi apa yang lagi penting kat sini, geng Shiro ni berasal dari Kluang, Johor. "Wei, orang Johor lagi wei juara". Hahaha kami di Renjes Malaya tumpang gembira kerana kami jugak orang Johor huhuhu. Senang cerita, orang Johor ni serba-serbi kreatif dan berbakat la huhu. Ok kepada kawan-kawan dari negeri lain tu jangan amek hati ye, aku gurau je hehehe. Kita rakyat Malaysia sebenarnya sama-sama kreatif dan berbakat. Yeay.............      

Friday, March 16, 2012

Seekor Serigala Jadian Amerika di London

Wow hebat dan menarik entri ni huhu. Apa yang serigalanya? Apa pulak jadiannya? Apa pulak Amerikanya? Dan apa pulak Londonnya? Waduh banyaknya persoalan. Ok kawan-kawan, sebenarnya tajuk entri ni adalah movie peberet aku tajuknya "An American Werewolf in London" atau dalam BM nya "Seekor Serigala Jadian Amerika di London". Movie ni release 31 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1981. Aku pun tak lahir lagi huhu.

Dek kerana terlalu obses dengan keropok Double Decker yang dijual 20 sen sebungkus di Amerika, mendorong mereka untuk pergi ke London semata-mata untuk menaiki bas 2 tingkat merah double decker. 

Movie ni mulanya macam ni, ada 2 orang sahabat ni, David dan Jack dari Amerika yang travel gi England. Dorang berdua ni plan nak travel gi Utara England lepas tu nak gi Itali lak. Dorang ni travel budget je, so masa nak sampai Utara England tu, dorang tumpang lori kambing untuk sampi ke sana. Drebar lori kambing tu drop dorang kat sebuah perkampungan terpencil, haaa kat perkampungan ni la segala-galanya bermula.

David (baju merah) dan Jack (baju hijau tua) tengah melepak. Jack berkata, "brader, sup kambing gear box 1". Orang kedai tu sound dia "woi bangang, ko ingat ni Malaysia ke nak order sup kambing gear box, ini England la. Kalau order Carlsberg ke, Jack Daniels ke ada la".

Sebab kat luar hujan, dorang singgah jap kat kopitiam kat situ. Nama kopitiam tu "The Slaughtered Lamb" (kambing yang disembelih). Orang kat sana agak pelik, macam nama kopitiam tu. Macam tak suka dorang berdua ni. Pandang dorang berdua ni semacam je. Dorang dah order teh, tapi rasa tak sedap hati, so dorang pun blah. Masa nak blah tu, orang kat kopitiam tu sound dia, "stay on the road" (terus berjalan atas jalan) dan "beware the moon" (hati-hati dengan bulan). Memang pelik. Tapi dorang berdua blah je terus. Dorang tak tau nak gi mana, so dorang jalan dan terus jalan di malam yang gelap gulita. Masa jalan tu dorang sedar yang dorang tak jalan atas jalan. Maksudnya jalan yang ber tar. Dorang jalan atas tanah. Malam tu lak bulan mengambang. So dorang cepat-cepat patah balik untuk gi jalan yang ber tar. Masa patah balik tu, dorang dengar ada bunyi, dorang buat tak tau je. Dorang dengar lagi, rupa-rupanya bunyi serigala jadian. Serigala jadian tu serang dorang. Jack kena serang sampai mati. David pun kena jugak tapi tak mati sebab serigala tu dah kena tembak. David bukak mata je dia dah ada kat hospital London, terdampar selama 3 minggu.   

"Eh bangun-bangan je gua dah ada kat London. Ini suatu perkara yang pelik," bisik David dalam hati. Beliau berbisik dalam hati lagi, "kan best kalau bukak-bukak mata je aku dah ada kat Las Vegas, boleh layan kasino".

Pihak doktor dan polis London tak dibagi tau yang dia ni kena serang dengan werewolf. Sebenarnya orang kat perkampungan terpencil tu yang tembak werewolf tu dan hantar David gi hospital. Dari repot yang polis dan hospital dapat, David kena serang dengan orang gila. So pihak hospital dan polis London pun kira kes dia kes biasa je. Sebenarnya kes dia ni luar biasa. Bila dia dah kena serang dengan serigala jadian tapi tak mati, dia ni kira dah jadi serigala jadian jugak. Separuh manusia separuh serigala. Kalau bulan mengambang dia akan henshin jadi werewolf. Wow hebat. Kawan dia Jack yang kena serang sampai mati lak rohnya tak aman. So dorang berdua ni dah terkena sumpahan werewolf. Rohnya akan selalu ganggu David dan suruh David bunuh diri. Kalau dorang 2-2 dah mati, baru la sumpahan werewolf tu habis. 

Wajah roh Jack yang tak aman. Cuma David je boleh nampak dia. "Woi David, ko bunuh la diri cepat, ko tau tak kita berdua ni terkena sumpahan werewolf dan ko akan jadi werewolf time bulan mengambang". David jawab, "ek eleh, sumpahan werewolf, gua ingat sumpahan khinzir hutan tadi".

Time bulan mengambang, David memang betul-betul henshin jadi serigala jadian atau werewolf. Ganas ni. Dia pun mengganas mencari mangsa. Dia bunuh beberapa orang masa malam bulan mengambang tu.

"Argh tidak, kenapa aku harus jadi werewolf. Jadi tenuk kan lagi best"

"Dia Isabella, lambang cinta yang lara". David sempat nyanyi lagu Isabella semasa muka beliau hampir berubah jadi werewolf.

 Semasa henshin jadi werewolf tu, David tak mampu kawal diri beliau dan beliau telah mengoyakkan baju sehingga tak sedar yang beliau sudah membuka aurat dikhalayak ramai.

"Alamak, woi jangan tengok, malunya. Dah tak boleh cover lagi ni"

Esoknya, gempar 1 London yang malam tadi ada ramai orang mati kena bunuh dengan binatang buas. Siapa binatang buas tu? Itulah dia David, seekor serigala jadian Amerika di London. Mula-mula bila dia dengar pasal kematian tu, dia buat bodoh je. Lepas tu nurse yang jaga dia cakap nak bawak dia gi hospital balik sebab nak kurung dia malam ni, takut dia henshin jadi werewolf lagi. David pun ok je. Tapi lepas tu dia nampak polis, tiba-tiba fikiran dia berubah. Dia gi kat polis tu, dia cakap dia yang bunuh semua orang malam tadi. Polis tak percaya, polis cakap dia gila. Lepas tu dia pun memang jadi separuh gila, dia pun lari sembunyi dalam wayang. Dia sembunyi dalam wayang tu sampai malam, maka malam tu henshin lah beliau sekali lagi sebagai serigala jadian. Habis dia mengamuk, kecoh 1 bandar London. Ramai orang mati. Polis kejar dia sampai masuk lorong dan akhirnya David pun mati kena tembak. Tamatlah riwayat beliau sebagai seekor serigala jadian Amerika di London.

 "Aaauuuummmmm eh salah itu bunyi pak belang. Roooaarrrr ok ni bunyi werewolf. Gua werewolf dari Amerika. Oi orang London, siapa berani jom lawan dam haji dengan gua hahaha"

      Inilah akibatnya kalau asik tipu je main dam haji. Kan dah kena tembak dengan polis London.

*Ok kawan-kawan, movie ni aku ada. Siapa nak boleh share, meh sini pen drive korang. Tapi kena bayar hahahah....... 

Selamat datang Renjes Biru

Di kesempatan yang sempit ini, ketika waktu maghrib yang hampir ke Isya' ini, ketika cinta bertasbih ini, ketika ombak rindu menghempas ke bumi ini, pihak Renjes Malaya ingin mengucapkan welkem kepada saudara Renjes Biru ke famili Renjes Malaya


Thursday, March 15, 2012

Poyo Tak Kena Tempat

hallo geng! ak tak tau nak tulis ape..kang tulis Renjes Putih gila, nanti touching plk menatang tu..haha! maklum la 1 tempat study la katakan..

ok, tak nak buang masa, sebab jap lagi aku nak p tadah air..nak mandi berak pe semua..tempat aku stay ni takde air..KIWAK !!! ok2, tempat aku study ni ade sorang mamat poyo tahap Renjes Putih..Ops! Sori...tak2, poyo tahap monyet jantan dok usha monyet betina..aku dgn kawan2 aku dh lama perhati budak ni...

Situasi Poyo LIF 1

aku dgn kawan2 aku naik lif + budak poyo + ade la beberapa org lg = MCM PREBET SAPU

budak poyo : ni anta ni dari mana? kad matrik mana?
budak hingusan : err..ade ni bang..ni ha..(sambil tunjuk kad matrik)

budak poyo : kad matrik apsal kalis dgn kad lain? course ape? degree ke diploma?

aku dgn kawan2 aku dah mula rimas..! bapak poyo ko ni..baru MPM je..kalau boleh 1 lif ni dia nak tanya gamaknye..haha! tp aku dgn kawan2 aku setia menunggu giliran nak kena tanye, tggu2 punya tunggu..pucuk dicita, ulam mendatang...

budak poyo : ha.. malam2 macam ni baru balik..dari mana?

renjes biru & rakan : kedai makan..(cilake!)

budak poyo : degree ke diploma? semester bape?

renjes biru & rakan : erm..ana amik degree je.. masa anta tgh orientasi, ana la fasi.. (senyum malu gaya shin chan)

budak poyo : .... (diam seribu bahasa)

lpas tu blh plk budak hingusan tu slow2 nyelit belakang kami...(nganjing balik) haha!
tak lama lepas tu, TING! aku dgn kawan2 aku keluar lif...tengah2 keluar tu kawan aku sempat bg kentut sedas dua sebelum pintu lif tu tutup...haha!

ok geng! aku nak p mandi..cheers!

p/s :- jgn poyo tak kena tempat, nanti aku poyo balik...haha!

Sunday, March 11, 2012

Cold War @ Perang Dingin

Di suatu pagi yang indah, di dalam sebuah bilik darjah yang wangi-wangi sikit, di sebuah universiti yang banyak melahirkan graduan-graduan yang %%$$#$%%, seorang professor sedang mengajar anak muridnya dengan penuh dedikasi. Beliau ialah seorang professor yang tersohor dan kecerdikannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau ialah Prof. Dr. Wan Pandir Hristoikovelic Almetovopov Giorkopulous (BA Arkeologi Zaman Batu (Hons.), MA Paleontologi Flinstones (Hons.) dan Ph.D Sejarah Antropologi Zimbabwe). Marilah kita sama-sama mendengar perbincangan kelas beliau.
Hai murid-murid, nama saya Prof. Dr. Wan Pandir Hristoikovelic Almetovopov Giorkopulous. Nickname saya Prof. Pak Pandir. Jangan lupa ye add saya di fesbuk kamu semua.      

S: Kenapa nama perang ni perang dingin, kenapa tak perang panas ke, perang salji ke atau perang winter sonata?
J: Sebab perang ni tak melibatkan perang bersenjata secara langsung atau perang secara depan-depan yang agak old skool (perang panas) dari kuasa-kuasa besar. Kiranya kuasa besar dok goyang kaki je. Arahkan negara kecik.
   Tentera-tentera negara kecik sedang warming up sebelum menghadapi Perang Dingin. 

S: Habis tu, kalau tak perang depan-depan, ni bukan perang la namanya Prof.?
J: Perang ni berlangsung melalui tekanan ekonomi, bantuan kuasa besar kepada negara yang dalam pengaruhnya, pergerakan diplomatik, perlumbaan senjata nuklear, propaganda dan perang proksi dari negara-negara kecik.
Letupan nuklear semasa tentera Amerika membuat latihan.

S: Perang proksi tu apa Prof.?
J: Perang proksi tu perang antara negara kecik dengan negara kecik yang di back up oleh kuasa besar. Negara-negara kecik tu akan dibantu oleh kuasa besar dari segi senjata, kelangkapan perang, strategi dan propaganda. Contohnya macam Vietnam Utara adalah proksi kepada kuasa besar Soviet Union dan Vietnam Selatan adalah proksi kepada kuasa besar Amerika. So, Vietnam Utara dan Vietnam Selatan berperang la sesama sendiri. Ni la namanya perang proksi. 
Seawal usia 5 tahun, kanak-kanak Vietnam Utara telah dilatih oleh tentera Soviet Union untuk menjadi tentera yang bukan hanya hebat berperang, tetapi juga hebat bergasak. 

S: Bila perang ni berlaku prof?
J: Perang ni berlaku lebih kurang sejak tamatnya Perang Dunia Kedua iaitu tahun 1945 sampai la runtuhnya kerajaan Soviet Union pada tahun 1991. Secara tak langsung Amerika menang la.
 Antara binatang yang dilatih untuk menjadi proksi-proksi tentera Amerika dan Rusia.

S: Soviet Union tu Rusia ke?
J: Soviet Union tu negara Rusia yang berkerajaan Komunis. Sekarang ni nama dah tukar Rusia sebab kerajaan Komunis dah jatuh, cuma pengaruh Komunis je ada kat sana. 
Hammer and sickle (tukul dan sabit) sebagai simbolik kerajaan Soviet Union dibina oleh golongan pekerja.

Yang ni lak bendera Rusia.

S: Dalam perang ni siapa geng siapa Prof.?
J:  Dalam perang ni, dunia terpecah kepada dua blok. Blok timur geng dengan Rusia dan blok barat geng dengan Amerika. 
Negara yang merah tu geng Rusia, yang biru lak geng Amerika dan yang hijau lak berkecuali.

S: Kira masa tu Malaysia berkecuali la Prof.?
J:  Masa zaman Tunku Abdul Rahman (1957-1970) Tanah Melayu pro blok barat. Tapi masa zaman Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir sampai tahun la tahun 1991, Malaysia berkecuali. Kira tak nak geng mana-mana. Time tu Tun Razak siap wujudkan hubungan diplomatik lagi dengan China (kerajaan Komunis) dan Malaysia negara Asia Tenggara pertama yang buat macam tu.  
Dikatakan semasa Perang Dingin berlaku, langit di negara kita dipenuhi oleh bintang-bintang yang berwarna merah. 

S: Macam mana lak Amerika dan Soviet Union boleh jadi 2 kuasa besar yang tak geng Prof.?
J: Sebab, sebelum Perang Dingin, Perang Dunia Kedua berlaku, masa tu Amerika dan Soviet Union ni geng. Tamat je Perang Dunia Kedua, Amerika dan Soviet Union ni la 2 negara yang tak banyak mengalami kemusnahan berbanding negara-negara lain. So 2 negara ni la yang masih ada lagi kekuatan ketenteraan. Time tu la masing-masing nak tunjuk tere. Sebab tu la masa Perang Dingin dorang tak geng. Lagi satu sebab 2-2 negara ni memegang ideologi yang berbeza. Satu dengan Komunis dan satu lagi dengan demokrasi.
Masa Perang Dunia Kedua, Amerika dan Soviet Union bukan main baik lagi. Sama-sama belasah Hitler sampai penyek muka Hitler dorang kerjakan hehe.

Ok la murid-murid, sampai sini je la ye kelas kita hari ni. Minggu depan jangan lupa datang kelas saya. Siapa ponteng kena denda, lompat katak keliling kelas sambil buat tangan berkepak macam itik huhu. Ok jumpa lagi. Babai.......... 
    
       

Saturday, March 10, 2012

Selamat hari lahir 10 Mac

Di hari yang indah, lagi cerah, tapi ada panas-panas sikit, jugak berangin sepoi-sepoi bahasa, pada tanggal 10 Mac bersamaan hari sabtu ini,  bersamaan jugak 17 Rabiul Akhir 1433, pihak Renjes Malaya dengan rasa rendah diri dan bersemangat kerenjesannya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada: 

 Angkel Sepp Blatter @ Joseph S. Blatter yang lahir pada 10 Mac 1936. Beliau adalah Presiden FIFA ke-8 yang tak tau bila entah nak letak jawatan. Beliau pernah menerima penghormatan gelaran "Datuk Seri" daripada Sultan Bola. 

 Brader Chuck Norris @ Carlos Ray "Chuck" Norris yang lahir pada 10 Mac 1940. Beliau adalah seorang pelakon dan pengamal seni bela diri. *Beliau sangat teringin nak jadi hero dalam cerita Star Wars, dapat gantikan tempat Yoda pun jadi la, tapi sampai sekarang tak dapat.   

Angkel Osama Laden @ Osman Bin Mohammed bin Awad Bin Laden yang lahir pada 10 Mac 1957 dan meninggal pada 2 Mei 2011. Adakah beliau seorang mujahideen atau pengganas?? Walaupun beliau dah takda, kami di Renjes Malaya tetap nak wish besday kat beliau kerana beliau lejen. Al Fatihah buat beliau.

Brader Jeff Ament @ Jeffrey Allen Ament yang lahir pada 10 Mac 1963. Beliau adalah bassist untuk kugiran Pearl Jam. Selain tu beliau jugak ada menyumbang tenaga untuk kugiran-kugiran seperti Green River, Mother Love Bone dan ada beberapa kugiran lagi. *Gambar diatas menunjukkan beliau tengah perform sambil menahan sakit perut sebab tak tahan nak memerut. Nasib baik tak terkincit setelah beliau diperdajal kawan-kawan yang letak julap kat cool blog peberet beliau.

Brader Chris Sutton @ Christopher Roy "Chris" Sutton yang lahir pada 10 Mac 1973. Pemain bola yang pernah main untuk Norwich City, Blackburn Rovers, Chelsea, Celtic, Birmingham City dan Aston Villa. Beliau adalah gandingan mantap Alan Shearer masa kat Blackburn Rovers. *Hobi beliau dihujung minggu adalah menari ballet.

Brader Samuel Eto'o @ Samuel Eto'o Fils yang lahir pada 10 Mac 1981. Pemain bola Cameron yang pernah main untuk Real Madrid, Leganes (loan), Espanyol (loan), Mallorca (loan), Barcelona, Inter Milan dan Anzhi Makhachkala. *Beliau pernah buat kerja gila iaitu cuba menjual apam balik, satu plastik 2 Euro kat atas padang semasa half time dalam satu perlawanan Serie A. 

Che'nelle @ Cheryline Lim yang lahir pada 10 Mac 1983. Seorang penyanyi kelahiran Sabah dan membesar di Australia. Sekarang ni berita pasal beliau agak kurang kedengaran. *Ada sumber menyatakan, beliau bukan menyepi, atau bukan takda lagu baru, atau bukan album tak laku, tapi sekarang ni beliau tengah bizi dengan kelas tarian Bhangra punjabi. 

Ok semoga individu-individu ni semua menyambut hari kelahiran mereka dengan happy dan asyik. Kami di Renjes Malaya pun tumpang gembira ok. 

Friday, March 9, 2012

Mapley durjana


Sekarang ni kau pergi ceruk mana kat Malaysia ni pasti kau akan terjumpe mapley. Tak kira la kecik ke besar ke yang penting mapley bersepah kat Malaysia ni. Kat bandar-bandar kecik pun mapley berjaya mengembangkan sayap perniagaan mereka. Apa makan mereka semua ni sehingga berjaya sebegini rupa?

Mapley kini berada di mana-mana saja. Dibuka setiap hari. Bak slogan perniagaan terhebat "365, 24/7". Paham tak nombor-nombor ekor tersebut? Tak paham? Ok, tak paham sila abaikan saja.

Tapi kan bukan itu yang aku nak cerita.

Aku bukan nak cerita pasal kejayaan bisnes mapley united dan bukan juga nak cerita pasal 365 atau 24/7. Bukan, bukan dan bukan tau.

Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni memang bersangkut-paut dengan mapley.

Ok. Aku nak mula cerita ni. Sila tumpukan perhatian. Jangan bising-bising tau. Kang sia-sia je aku cerita. Umpama bercerita dengan tiang pulak nanti. Kahkahkah

Orait. Kalau kau pergi ke damansara damai, jangan lupa singgah kat satu mapley ni. Dia punya environment memang terbaik bai. Tapi aku nasihatkan kau, kalau pergi mapley ni sila bawak ubat nyamuk, ridsect atau apa saja yang kau rasa mampu untuk menghalang nyamuk.

Kenapa? Sebab mapley tu banyak nyamuk bai. Serius aku tak tipu.

Kau bayangkan la sambil kau menjamu selera sambil main tepuk tampar dengan nyamuk. Sangat "seronok" bukan?

Kalau kau boleh bertahan memang kau champion. Aku salute kau. Hahaha

Aku pun pelik macam mana boleh ramai yang lepak kat situ walaupun bernyamuk. Tak takut ke kena aedes? Aku rasa mapley tu ada pakai mandrem, sebab tu ramai je yang datang makan kat situ walaupun terpaksa bertepuk bertampar dengan nyamuk. Kalau tak masakan orang ramai boleh lepak situ? Nak kata makanan sedap biasa-biasa je. Aku pasti itu semua kerja mandrem diorang.

Orang datang nak menjamu selera bukan nak dapat penyakit. Kang aku report kat pihak berkuasa sia-sia je kena tutup bisnes.

Sekarang ni, aku bagi tempoh 3 hari untuk mapley tersebut atasi masalah nyamuk tu. Kalau tak aku report kat pihak berkuasa dan nama mapley tu aku kantoi kan. Biar dia rasa. Benda-benda macam ni  diorang kena jaga. Dah la diorang untung banyak. Masalah nyamuk tu pun tak boleh nak settlekan.

Berniaga, berniaga gak. Keselesaan dan keselamatan pelanggan pun kena amik kira jugak.

Thursday, March 8, 2012

Cass Pennant

Cass Pennant?? Siapa mamat ni? Hensem tak? Dia ni pandai berfesyen ala K-Pop tak? Ke ni nama spesis tenuk? Apa yang aku boleh jawab cuma hahahahaha. Hehe ok la sebenarnya Cass Pennant ni nama seorang otai yang lejen dalam sukan bola sepak kat UK. Kat UK mamat ni femes la kat sini tak kot. Tapi mamat ni bukan pemain bola tau. Dia jadi otai sampai tahap lejen sebab dia ni masa tahun 70'an dan 80'an adalah ketua hooligan untuk kelab West Ham United. Ok korang tengok dulu muka Cass yang hensem lagi gelap melepak ni dulu ye..
 Ni gambar masa gua muda. Lu pehal pandang-pandang gua? Lu ingat gua mapley ke..... 

Ni pulak gambar gua yang terkini. Gua dah tau dah, korang mesti nak cakap yang muka gua ganas kan. Memang gua ganas pun. 

Jap-jap, hooligan?? Kuih apa pulak tu? Kalau bukak kamus, hooligan ni maksudnya samseng. So dia ni ketua samseng bola la? Kehkeh kalau translate terus memang maksudnya samseng bola. Tapi sebenarnya hooligan-hooligan kat UK tu takda la nak jadi samseng sangat sebenarnya, dorang ni lebih kepada penyokong fanatik, setia dan tegar kepada kelab-kelab bola yang dorang minat. Dorang sanggup buat apa saja untuk kelab bola dorang dan akan folo kat mana je kelab bola tu main. Sampai gaduh kerana kelab bola pun dorang sanggup. Haaa tu la hooligan. Maybe sebab tu kot dorang digelar hooligan. Kat UK, boleh kata semua kelab bola dia ada hooligan masing-masing. Dan setiap hooligan biasanya akan ada satu "pertubuhan" yang menggerakkan hooligan-hooligan ni untuk buat aktiviti-aktiviti macam mabuk-mabuk kat pub dulu sebelum tengok bola, nyanyi ramai-ramai kat stadium, nyanyi ramai-ramai sepanjang perjalanan ke stadium dan banyak lagi la. Pertubuhan yang menggerakkan hooligan ni lak dipanggil "firm". Kat UK, penyokong bola fanatik macam ni dipanggil hooligan. Kat Europe lak dipanggil Ultras. Kat Malaysia lak?? heheheh. Kalau nak tau lagi pasal hooligan, korang boleh cari movie macam Awaydays (2009), Green Street Hooligan 1 & 2 (2005 & 2009), The Firm (2009), The Football Factory (2004) dan banyak lagi la.   

Ok berbalik dengan kisah si mamat Cass ni tadi ye. Macam aku cakap tadi, dia ni ketua hooligan untuk kelab bola West Ham United kan. So dia ni antara orang-orang penting yang menggerakkan firm West Ham United yang dipanggil "Inter City Firm" masa tahun 70'an dan 80'an dulu. 

The pride of The Hammers. Kalau lu tak suka The Hammers, gua ketuk pakai tukul lu punya kepala. 

This is ICF. Don't run. Siapa run gua pukul...

The Brittania. Ni la dia port rasmi untuk budak-budak ICF mabuk-mabuk sebelum tengok game West Ham United.

Sebenarnya, yang lebih meunikkan lagi pasal mamat Cass ni ialah, mamat ni la antara mamat negro terawal jadi hooligan untuk firm West Ham United. Macam mana boleh join lak ni? Kenapa dia tak join pasukan pengakap London je, tak pun kadet polis, kan senang. Ok ceritanya macam ni. Cass ni sebenarnya anak angkat kepada sebuah famili kulit putih kat London. Mak bapak dia keturunan kulit hitam Jamaica yang berhijrah ke UK. Dia lahir kat UK, tapi ditinggalkan mak bapak dia masa dia baru 6 minggu. Famili angkat dia jumpa dan amek la dia jadi anak angkat. Masa dia kecik, dia selalu kena buli dengan kawan-kawan kulit putih. Dia sedih sampai satu masa tu dia nak berus tangan dia dengan sabun supaya jadi putih. Fuh sampai macam tu. Tapi dia ni sejak kecik lagi bapak angkat dia dah bawak dia gi lepak kat The Brittania. Dari situ dia kenal la dengan otai-otai ICF dan dorang jadi kamcing. Fuh padan la dah besar jadi otai, kecik-kecik dah terdedah dengan hooligan. Dia ni pernah masuk penjara 2 kali. Pernah kena tembak sekali kat depan Pub dan pernah kena tembak sekali kat peha. Nasib baik umur dia panjang. Fuh memang otai gila la dia ni. Sejak-sejak tahun 2000'an ni, dia dah slow dah dengan aktiviti ICF dia dan dia hidup bahagia dengan bini kulit putih dia. So sekarang dia ni jadi seorang penulis buku dan perunding filem. Buku-buku yang dia tulis semua pasal pengalaman hidup dia dan pasal hooligan. Kalau korang nak tau kisah hidup dia ni, korang kena tengok cerita tajuknya Cass. Tak pun lawat laman web dia kat sini. Ni gambarnya movie dia..

Gambar kecik tu dia tengah lead geng-geng ICF sebelum gaduh. Peh negro sorang kat depan, kulit putih folo belakang.

"Tak guna betul, berus gigi aku kena rembat. Memang nak kena mamat tu"

"Jom gi mapley, aku belanja roti sardin"

Buku-buku hasil tulisan beliau termasuklah 30 Years of Hurt: A History of England's Hooligan Army (2006), Cass (2002), Congratulations, You Have Just Met the ICF (2003), Want Some Aggro? (2007), Rolling With the 6.57 Crew: The True Story of Pompey's Lagendary Football Fans (2004), Terrace Lagends (2005), Top Boys: True Story of Football's Hardest Man (2006) dan Good Afternoon, Gentlemen, the name's Bill Gardner (2006). 

"Oh East London, is wonderful !!!!!!!"

*Aku bukan peminat West Ham United, aku peminat fanatik Pelita Jaya FC kehkeh. Tapi aku salute sama brader Cass Pennant ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...