Saturday, March 17, 2012

Tahniah kumpulan Shiro

Sape folo Raja Lawak 6? Ok tak ramai yg folo kan huhu. Ditambah lak sekarang ni Astro ada cenel Bella kan, fuh mesti ramai yg layan cenel Bella tu. Nak tengok awek latin huhu. Ok aku pun folo sikit-sikit je. Time balik kampung je aku layan RL 6 ni sebab kat rumah ada Astro Warna. Kenal la jugak peserta-peserta RL 6 ni dan malam tadi pertandingan akhir RL 6. Grup yg masuk akhir ialah Cuit dari Penang, 2yol dari Johor, Shiro jugak dari Johor dan Zero dari Sabah. Rata-rata lawak dorang ni memang best. Lawak dorang memang tahap cipan hehe. So malam tadi keputusannya Shiro juara, Zero kedua, Cuit ketiga dan 2yol keempat.

Masa sesi bergambar ni dikatakan mereka berdua bangun lambat dan tak sempat nak mandi pagi. Mamat yang riben oren tu macam Jep sepahtu pun ada huhu. 

Yeay kami dapat 100 ribu. Dikhabarkan mereka bercadang hendak memulakan bisnes ternak badak sumbu dengan menggunakan modal 100 ribu tu.

 Wajah-wajah juara dan naib juara. Mereka ibarat Manchester United dan Manchester City yang bersaing untuk menjadi yang terbaik. 

Mereka juga terbaik namun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga dan keempat. 

So kami dipihak Renjes Malaya ingin mengucapkan tahniah terutamanya kepada sang juara. Andalah juara sebenar wahai Sang Shiro. Tapi apa yang lagi penting kat sini, geng Shiro ni berasal dari Kluang, Johor. "Wei, orang Johor lagi wei juara". Hahaha kami di Renjes Malaya tumpang gembira kerana kami jugak orang Johor huhuhu. Senang cerita, orang Johor ni serba-serbi kreatif dan berbakat la huhu. Ok kepada kawan-kawan dari negeri lain tu jangan amek hati ye, aku gurau je hehehe. Kita rakyat Malaysia sebenarnya sama-sama kreatif dan berbakat. Yeay.............      

3 comments:

Unknown said...

Mari saling follow yuk.

YattAkasah said...

tak folo pon RL nie..

Renjes Merah said...

Jgn mare ye cik adik, dah folo ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...