Hari ni aku nak sembang pasal port kencing. Semua orang mesti akan kencing tiap-tiap hari kan. Itu normal. Sedangkan lembu dan kambing pun kencing tiap-tiap hari, ini kan pulak kita umat manusia yang dicipta lengkap mempunyai akal fikiran haha. Lepas kencing mesti rasa heaven kan. Nikmat heaven tak terhingga huhu. Tapi yang akan mengheavenkan lagi kita kencing ialah port kita kencing tu. Kalau port kencing tu bersih, cantik dan wangi, lepas kencing tidur dekat port kencing tu pun takpa huhu. Tapi, kalau port kencing tu *$&$%^#*##(#@#*&^%$$%%%$####@@!@@#$$%^^* gila, mesti korang kencing sambil tutup hidung pakai tangan sambil tutup muka pakai baju sekali kan hahahah.
Ok dulu aku pernah pergi Filipina (entri sebelum ni aku ada cerita pasal pondan kat Filipina, baca kat sini ), masa jalan-jalan kat sana aku ada terjumpa port untuk kencing paling heaven untuk kaum adam. Untuk kaum hawa aku tak jumpa lagi huhu. Kenapa aku cakap heaven? Sebab port kencing tu wangi, bersih, indah, boleh makan minum kat dalam tu dan tidur dalam tu pun boleh. Heaven kan kawan-kawan. So kawan-kawan kalau pergi Filipina jangan lupa cari port ni untuk kencing ye hahaha. Ok kawan-kawan tataplah keindahan port kencing kat Filipina ni ye huhu (baca entri ni untuk belajar bahasa Tagalog lak).....
"Eh male urinal, port kencing ni, bau limau kasturi lak tu" Kalau ada female urinal mesti ramai kaum adam lepak-lepak kat area tu nak skodeng hehe.
"Fuyoooo port kencing free siot, kat tempat gua kena bayar 20 sen"
"Arrghhh wanginya bau kat sini, seharum semerbak kasturi"
"Ok la gua try kencing kat sini, kat tempat gua kena 20 sen. Sini free. Pehh heaven siot"
Ok kawan-kawan, tu la dia gambar yang begitu heaven hehe. Kalau korang pergi Filipina sekarang, tak tau la jumpa tak lagi port heaven macam ni sebab Filipina sekarang dah makin berubah dek kepesatan pembangunan. Kalau korang jumpa memang korang bertuah haha.
No comments:
Post a Comment