Friday, March 9, 2012

Mapley durjana


Sekarang ni kau pergi ceruk mana kat Malaysia ni pasti kau akan terjumpe mapley. Tak kira la kecik ke besar ke yang penting mapley bersepah kat Malaysia ni. Kat bandar-bandar kecik pun mapley berjaya mengembangkan sayap perniagaan mereka. Apa makan mereka semua ni sehingga berjaya sebegini rupa?

Mapley kini berada di mana-mana saja. Dibuka setiap hari. Bak slogan perniagaan terhebat "365, 24/7". Paham tak nombor-nombor ekor tersebut? Tak paham? Ok, tak paham sila abaikan saja.

Tapi kan bukan itu yang aku nak cerita.

Aku bukan nak cerita pasal kejayaan bisnes mapley united dan bukan juga nak cerita pasal 365 atau 24/7. Bukan, bukan dan bukan tau.

Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni memang bersangkut-paut dengan mapley.

Ok. Aku nak mula cerita ni. Sila tumpukan perhatian. Jangan bising-bising tau. Kang sia-sia je aku cerita. Umpama bercerita dengan tiang pulak nanti. Kahkahkah

Orait. Kalau kau pergi ke damansara damai, jangan lupa singgah kat satu mapley ni. Dia punya environment memang terbaik bai. Tapi aku nasihatkan kau, kalau pergi mapley ni sila bawak ubat nyamuk, ridsect atau apa saja yang kau rasa mampu untuk menghalang nyamuk.

Kenapa? Sebab mapley tu banyak nyamuk bai. Serius aku tak tipu.

Kau bayangkan la sambil kau menjamu selera sambil main tepuk tampar dengan nyamuk. Sangat "seronok" bukan?

Kalau kau boleh bertahan memang kau champion. Aku salute kau. Hahaha

Aku pun pelik macam mana boleh ramai yang lepak kat situ walaupun bernyamuk. Tak takut ke kena aedes? Aku rasa mapley tu ada pakai mandrem, sebab tu ramai je yang datang makan kat situ walaupun terpaksa bertepuk bertampar dengan nyamuk. Kalau tak masakan orang ramai boleh lepak situ? Nak kata makanan sedap biasa-biasa je. Aku pasti itu semua kerja mandrem diorang.

Orang datang nak menjamu selera bukan nak dapat penyakit. Kang aku report kat pihak berkuasa sia-sia je kena tutup bisnes.

Sekarang ni, aku bagi tempoh 3 hari untuk mapley tersebut atasi masalah nyamuk tu. Kalau tak aku report kat pihak berkuasa dan nama mapley tu aku kantoi kan. Biar dia rasa. Benda-benda macam ni  diorang kena jaga. Dah la diorang untung banyak. Masalah nyamuk tu pun tak boleh nak settlekan.

Berniaga, berniaga gak. Keselesaan dan keselamatan pelanggan pun kena amik kira jugak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...