Monday, March 5, 2012

Edward Si Tangan Gunting

Edward Si Tangan Gunting?? Apa kejadahnya ni?? Mana ada orang tangan dia gunting heheheh. Ok kawan-kawan sebenarnya tajuk entri ni ialah tajuk movie peberet aku time kecik-kecik huhu. Tajuknya "Edward Scissorhands". Movie ni release tahun 1990, pernah tengok tak?
  
Dikatakan 3 bilah gunting kat tangan Edward tu dipinjam dari kedai jahit milik kakak pengarah cerita ni. Sampai sekarang tak pulang-pulang. Buat harta ke apa??

Siapa-siapa yang membesar di era 90'an mesti pernah punya tengok cerita ni kan. Movie ni fantasi je, sebab tu tangan mamat Edward (lakonan Johnny Depp) tu gunting huhu. Ceritanya macam ni, ada seorang pencipta tua tu. Dia ni dok sorang kat rumah old skool macam istana lama kat pinggir sebuah kawasan perumahan. 
Aku dengar dulu cerita Khufarat shamsul nak shoot kat rumah ni tapi cancel. Tak tau kenapa. Mungkin ada sesuatu.... 

Bukit ni pernah dijadikan tempat persembunyian raksasa dalam cerita otromen taro. 

Lebih kurang macam tu la keadaan rumah besar ala istana old skool Edward dan pencipta tua tu tinggal. Pencipta tua ni nak cipta satu benda yang kelihatan macam manusia. So dia ciptalah Edward. Tapi masa Edward hampir siap, design tangan dia tak siap lagi so pencipta tua tu letak la tangan Edward dengan gunting buat sementara. Tapi sebelum pencipta tua tu sempat tukar gunting kat tangan Edward jadi tangan, pencipta tu kena heart-attack dan meninggal. Maka tinggallah Edward keseorangan kat rumah ala istana old skool tu bertangankan gunting. Sedih sungguh sobsob. Satu hari, ada seorang promoter barangan kecantikan Avon  datang rumah Edward nak promot barang Avon. Dia tengok Edward ni luar biasa so dia ajak la Edward dok sekali dengan famili dia. Masa dok sekali dengan famili promoter Avon ni, famili dia perasan yang Edward ni ada satu kelebihan tersendiri iaitu dia ni pandai design pokok jadi menarik, pandai ukir ais dan pandai gunting rambut. Pokok dia boleh design jadi dinosaur, ais dia boleh ukir jadi bentuk orang menari dan pandai gunting rambut manusia dan bulu anjing jadi stylo. 

Beliau sedang mengdesign pokok berbentuk famili. Memang cantik. Tapi sebab kehebatan beliau ni la beliau selalu kena marah sebab pandai design je, tapi tak tau nak bersihkan balik.  

Beliau cuba nak ukir ais jadi macam suasana dalam zoo tapi tak jadi. Sebab time tu beliau tak tau nak design tenuk, kambing, pak belang, cipan dan khinzir hutan. 

"Woi ko pehal design anjing aku jadi macam singa? Aku suruh design jadi macam tenuk la"

Ha ni dia hasil tangan Edward. Power siot. Dengan hasil tangan dia ni dia jadi femes kat sekitar kawasan kediaman tu. Satu lagi kelebihan dia ni, dia boleh bukak pintu yang berkunci dengan gunting kat tangan dia. Bila dah lama-lama dok sekali dengan promoter Avon tu, Edward dengan anak promoter Avon tu dah tangkap cintan. Nama anak promoter tu Kim (lakonan Winona Ryder). Sampai satu masa boipren kim jeles dengan dorang berdua.

"Sayang jangan peluk abe kuat-kuat, sakit dada abe ni. Sayang tau kan abe kan ada semput"

Aaarrgghhhh how romantic hehe!!!!

Bila dah jeles, boipren Kim saje je nak kena kan, ajak Edward buat projek. Boipren Kim suruh Edward bukak pintu rumah parent dia masa parent dia takda sebab nak rembat duit parent dia (gila ke apa rompak rumah parent sendiri hehe). Bila dah dapat masuk, dorang tak sempat nak rembat duit lagi sebab alarm dah bunyi. Boipren Kim dapat keluar tapi Edward terperangkap tak dapat lari dari rumah tu. So Edward kena tangkap dengan polis. Tapi lepas tu mak Kim jamin dia. So reputasi Edward jadi buruk la kat kawasan kediaman tu. Semua dah tak suka dia. Masa nak sambut Krismas, boipren Kim cakap Edward nak cederakan dia. So Edward pun sedih, dia lari la gi rumah old skool ala istana lama dia tu balik. Kim tau pasal ni, dia pun clash dengan boipren dia dan kapel dengan Edward. Boipren Kim kejar Edward. Lepas tu Edward gaduh dengan boipren Kim kat dalam rumah istana Edward. Jiran-jiran pun folo sekali, kepung rumah tu. Gaduh punya gaduh boipren Kim pun mati kena tikam dengan Edward depan mata Kim. Kim takut la kalau jiran-jiran nanti tuduh Edward pembunuh, so dia keluar dari rumah Edward lepas tu cakap kat semua orang yang 2-2 dah mati. So masing-masing pun balik dengan perasaan yang bercampur-campur. 

Gambar setelah beliau berjaya bunuh boipren Kim. Ganas sungguh. Design kostum ni hampir membuatkan beliau batu karang sebab susah nak pergi buang air kecik. Ditambah pulak dengan tangan yang bergunting. "Kau ni beristinjak macam mana der?"

Kat penghujung cerita, Kim dah tua dan dia berkongsi cerita pasal Edward dengan cucu dia. Kim cakap sejak dari hari tu dia dah takda lagi melawat Edward kat rumah besar tu. Kenapa tak melawat? Sebab dia kata dia nak Edward ingat dia masa dia muda dan jelita je, dia tak nak bagi Edward tengok dia tua. Dia jugak cakap kat cucu dia yang Edward masih hidup dan akan hidup sampai bila-bila sebab Edward bukan manusia. Dia kata sebelum ni kawasan perumahan tu takda salji. Lepas kejadian tu salji pun turun. Sebab apa baru turun salji? Sebab kata Kim bila Edward ukir ais, ais yang jatuh dari bukit tu akan jatuh ke kawasan perumahan dia dan jadi salji. Kim anggap seolah-olah Edward yang cipta salji untuk kawasan perumahan dia. Last sekali Kim cakap kat cucu dia, "sometimes you still can catch me dancing in it" (kadang-kadang kau boleh lihat aku menari dibawah salji tu). Sweet dan asyik nya percintaan dorang ni hehe. Tu la dia sinopsis cerita Edward Si Tangan Gunting cerita fantasi peberet aku masa kecik. (Baca kat sini untuk baca pasal movie peberet aku Jumanji).   



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...