Wow hebat dan menarik entri ni huhu. Apa yang serigalanya? Apa pulak jadiannya? Apa pulak Amerikanya? Dan apa pulak Londonnya? Waduh banyaknya persoalan. Ok kawan-kawan, sebenarnya tajuk entri ni adalah movie peberet aku tajuknya "An American Werewolf in London" atau dalam BM nya "Seekor Serigala Jadian Amerika di London". Movie ni release 31 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1981. Aku pun tak lahir lagi huhu.
Dek kerana terlalu obses dengan keropok Double Decker yang dijual 20 sen sebungkus di Amerika, mendorong mereka untuk pergi ke London semata-mata untuk menaiki bas 2 tingkat merah double decker.
Movie ni mulanya macam ni, ada 2 orang sahabat ni, David dan Jack dari Amerika yang travel gi England. Dorang berdua ni plan nak travel gi Utara England lepas tu nak gi Itali lak. Dorang ni travel budget je, so masa nak sampai Utara England tu, dorang tumpang lori kambing untuk sampi ke sana. Drebar lori kambing tu drop dorang kat sebuah perkampungan terpencil, haaa kat perkampungan ni la segala-galanya bermula.
David (baju merah) dan Jack (baju hijau tua) tengah melepak. Jack berkata, "brader, sup kambing gear box 1". Orang kedai tu sound dia "woi bangang, ko ingat ni Malaysia ke nak order sup kambing gear box, ini England la. Kalau order Carlsberg ke, Jack Daniels ke ada la".
Sebab kat luar hujan, dorang singgah jap kat kopitiam kat situ. Nama kopitiam tu "The Slaughtered Lamb" (kambing yang disembelih). Orang kat sana agak pelik, macam nama kopitiam tu. Macam tak suka dorang berdua ni. Pandang dorang berdua ni semacam je. Dorang dah order teh, tapi rasa tak sedap hati, so dorang pun blah. Masa nak blah tu, orang kat kopitiam tu sound dia, "stay on the road" (terus berjalan atas jalan) dan "beware the moon" (hati-hati dengan bulan). Memang pelik. Tapi dorang berdua blah je terus. Dorang tak tau nak gi mana, so dorang jalan dan terus jalan di malam yang gelap gulita. Masa jalan tu dorang sedar yang dorang tak jalan atas jalan. Maksudnya jalan yang ber tar. Dorang jalan atas tanah. Malam tu lak bulan mengambang. So dorang cepat-cepat patah balik untuk gi jalan yang ber tar. Masa patah balik tu, dorang dengar ada bunyi, dorang buat tak tau je. Dorang dengar lagi, rupa-rupanya bunyi serigala jadian. Serigala jadian tu serang dorang. Jack kena serang sampai mati. David pun kena jugak tapi tak mati sebab serigala tu dah kena tembak. David bukak mata je dia dah ada kat hospital London, terdampar selama 3 minggu.
"Eh bangun-bangan je gua dah ada kat London. Ini suatu perkara yang pelik," bisik David dalam hati. Beliau berbisik dalam hati lagi, "kan best kalau bukak-bukak mata je aku dah ada kat Las Vegas, boleh layan kasino".
Pihak doktor dan polis London tak dibagi tau yang dia ni kena serang dengan werewolf. Sebenarnya orang kat perkampungan terpencil tu yang tembak werewolf tu dan hantar David gi hospital. Dari repot yang polis dan hospital dapat, David kena serang dengan orang gila. So pihak hospital dan polis London pun kira kes dia kes biasa je. Sebenarnya kes dia ni luar biasa. Bila dia dah kena serang dengan serigala jadian tapi tak mati, dia ni kira dah jadi serigala jadian jugak. Separuh manusia separuh serigala. Kalau bulan mengambang dia akan henshin jadi werewolf. Wow hebat. Kawan dia Jack yang kena serang sampai mati lak rohnya tak aman. So dorang berdua ni dah terkena sumpahan werewolf. Rohnya akan selalu ganggu David dan suruh David bunuh diri. Kalau dorang 2-2 dah mati, baru la sumpahan werewolf tu habis.
Wajah roh Jack yang tak aman. Cuma David je boleh nampak dia. "Woi David, ko bunuh la diri cepat, ko tau tak kita berdua ni terkena sumpahan werewolf dan ko akan jadi werewolf time bulan mengambang". David jawab, "ek eleh, sumpahan werewolf, gua ingat sumpahan khinzir hutan tadi".
Time bulan mengambang, David memang betul-betul henshin jadi serigala jadian atau werewolf. Ganas ni. Dia pun mengganas mencari mangsa. Dia bunuh beberapa orang masa malam bulan mengambang tu.
"Argh tidak, kenapa aku harus jadi werewolf. Jadi tenuk kan lagi best"
"Dia Isabella, lambang cinta yang lara". David sempat nyanyi lagu Isabella semasa muka beliau hampir berubah jadi werewolf.
Semasa henshin jadi werewolf tu, David tak mampu kawal diri beliau dan beliau telah mengoyakkan baju sehingga tak sedar yang beliau sudah membuka aurat dikhalayak ramai.
"Alamak, woi jangan tengok, malunya. Dah tak boleh cover lagi ni"
Esoknya, gempar 1 London yang malam tadi ada ramai orang mati kena bunuh dengan binatang buas. Siapa binatang buas tu? Itulah dia David, seekor serigala jadian Amerika di London. Mula-mula bila dia dengar pasal kematian tu, dia buat bodoh je. Lepas tu nurse yang jaga dia cakap nak bawak dia gi hospital balik sebab nak kurung dia malam ni, takut dia henshin jadi werewolf lagi. David pun ok je. Tapi lepas tu dia nampak polis, tiba-tiba fikiran dia berubah. Dia gi kat polis tu, dia cakap dia yang bunuh semua orang malam tadi. Polis tak percaya, polis cakap dia gila. Lepas tu dia pun memang jadi separuh gila, dia pun lari sembunyi dalam wayang. Dia sembunyi dalam wayang tu sampai malam, maka malam tu henshin lah beliau sekali lagi sebagai serigala jadian. Habis dia mengamuk, kecoh 1 bandar London. Ramai orang mati. Polis kejar dia sampai masuk lorong dan akhirnya David pun mati kena tembak. Tamatlah riwayat beliau sebagai seekor serigala jadian Amerika di London.
"Aaauuuummmmm eh salah itu bunyi pak belang. Roooaarrrr ok ni bunyi werewolf. Gua werewolf dari Amerika. Oi orang London, siapa berani jom lawan dam haji dengan gua hahaha"
Inilah akibatnya kalau asik tipu je main dam haji. Kan dah kena tembak dengan polis London.
*Ok kawan-kawan, movie ni aku ada. Siapa nak boleh share, meh sini pen drive korang. Tapi kena bayar hahahah.......
No comments:
Post a Comment