Sunday, March 11, 2012

Cold War @ Perang Dingin

Di suatu pagi yang indah, di dalam sebuah bilik darjah yang wangi-wangi sikit, di sebuah universiti yang banyak melahirkan graduan-graduan yang %%$$#$%%, seorang professor sedang mengajar anak muridnya dengan penuh dedikasi. Beliau ialah seorang professor yang tersohor dan kecerdikannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau ialah Prof. Dr. Wan Pandir Hristoikovelic Almetovopov Giorkopulous (BA Arkeologi Zaman Batu (Hons.), MA Paleontologi Flinstones (Hons.) dan Ph.D Sejarah Antropologi Zimbabwe). Marilah kita sama-sama mendengar perbincangan kelas beliau.
Hai murid-murid, nama saya Prof. Dr. Wan Pandir Hristoikovelic Almetovopov Giorkopulous. Nickname saya Prof. Pak Pandir. Jangan lupa ye add saya di fesbuk kamu semua.      

S: Kenapa nama perang ni perang dingin, kenapa tak perang panas ke, perang salji ke atau perang winter sonata?
J: Sebab perang ni tak melibatkan perang bersenjata secara langsung atau perang secara depan-depan yang agak old skool (perang panas) dari kuasa-kuasa besar. Kiranya kuasa besar dok goyang kaki je. Arahkan negara kecik.
   Tentera-tentera negara kecik sedang warming up sebelum menghadapi Perang Dingin. 

S: Habis tu, kalau tak perang depan-depan, ni bukan perang la namanya Prof.?
J: Perang ni berlangsung melalui tekanan ekonomi, bantuan kuasa besar kepada negara yang dalam pengaruhnya, pergerakan diplomatik, perlumbaan senjata nuklear, propaganda dan perang proksi dari negara-negara kecik.
Letupan nuklear semasa tentera Amerika membuat latihan.

S: Perang proksi tu apa Prof.?
J: Perang proksi tu perang antara negara kecik dengan negara kecik yang di back up oleh kuasa besar. Negara-negara kecik tu akan dibantu oleh kuasa besar dari segi senjata, kelangkapan perang, strategi dan propaganda. Contohnya macam Vietnam Utara adalah proksi kepada kuasa besar Soviet Union dan Vietnam Selatan adalah proksi kepada kuasa besar Amerika. So, Vietnam Utara dan Vietnam Selatan berperang la sesama sendiri. Ni la namanya perang proksi. 
Seawal usia 5 tahun, kanak-kanak Vietnam Utara telah dilatih oleh tentera Soviet Union untuk menjadi tentera yang bukan hanya hebat berperang, tetapi juga hebat bergasak. 

S: Bila perang ni berlaku prof?
J: Perang ni berlaku lebih kurang sejak tamatnya Perang Dunia Kedua iaitu tahun 1945 sampai la runtuhnya kerajaan Soviet Union pada tahun 1991. Secara tak langsung Amerika menang la.
 Antara binatang yang dilatih untuk menjadi proksi-proksi tentera Amerika dan Rusia.

S: Soviet Union tu Rusia ke?
J: Soviet Union tu negara Rusia yang berkerajaan Komunis. Sekarang ni nama dah tukar Rusia sebab kerajaan Komunis dah jatuh, cuma pengaruh Komunis je ada kat sana. 
Hammer and sickle (tukul dan sabit) sebagai simbolik kerajaan Soviet Union dibina oleh golongan pekerja.

Yang ni lak bendera Rusia.

S: Dalam perang ni siapa geng siapa Prof.?
J:  Dalam perang ni, dunia terpecah kepada dua blok. Blok timur geng dengan Rusia dan blok barat geng dengan Amerika. 
Negara yang merah tu geng Rusia, yang biru lak geng Amerika dan yang hijau lak berkecuali.

S: Kira masa tu Malaysia berkecuali la Prof.?
J:  Masa zaman Tunku Abdul Rahman (1957-1970) Tanah Melayu pro blok barat. Tapi masa zaman Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir sampai tahun la tahun 1991, Malaysia berkecuali. Kira tak nak geng mana-mana. Time tu Tun Razak siap wujudkan hubungan diplomatik lagi dengan China (kerajaan Komunis) dan Malaysia negara Asia Tenggara pertama yang buat macam tu.  
Dikatakan semasa Perang Dingin berlaku, langit di negara kita dipenuhi oleh bintang-bintang yang berwarna merah. 

S: Macam mana lak Amerika dan Soviet Union boleh jadi 2 kuasa besar yang tak geng Prof.?
J: Sebab, sebelum Perang Dingin, Perang Dunia Kedua berlaku, masa tu Amerika dan Soviet Union ni geng. Tamat je Perang Dunia Kedua, Amerika dan Soviet Union ni la 2 negara yang tak banyak mengalami kemusnahan berbanding negara-negara lain. So 2 negara ni la yang masih ada lagi kekuatan ketenteraan. Time tu la masing-masing nak tunjuk tere. Sebab tu la masa Perang Dingin dorang tak geng. Lagi satu sebab 2-2 negara ni memegang ideologi yang berbeza. Satu dengan Komunis dan satu lagi dengan demokrasi.
Masa Perang Dunia Kedua, Amerika dan Soviet Union bukan main baik lagi. Sama-sama belasah Hitler sampai penyek muka Hitler dorang kerjakan hehe.

Ok la murid-murid, sampai sini je la ye kelas kita hari ni. Minggu depan jangan lupa datang kelas saya. Siapa ponteng kena denda, lompat katak keliling kelas sambil buat tangan berkepak macam itik huhu. Ok jumpa lagi. Babai.......... 
    
       

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...