Thursday, March 1, 2012

Air mineral vs Air R.O

Renjes Putih telah menitahkan Renjes-Renjes Malaya untuk menulis entri tentang air mineral dan air r.o [ reverse osmosis]. Itu tak menjadi hal sebenarnya untuk menulis entri tentang air ni. Yang menjadi halnya, kenapa beliau tidak mahu menulis sendiri? Apakah kerana kedua belah tangannya telah kudung akibat dipotong oleh raksasa yang dihantar oleh kepala penjahat?

Disebabkan aku ialah seorang Renjes yang berwawasan, aku dengan ikhlas dan jujurnya menyambut titah duli yang maha mulia Renjes Putih untuk menulis tentang air mineral dan air r.o ni.


Ok. Kekadang kita sendiri keliru diantara air mineral dengan air r.o kan? Toksah kencing la. Kadang-kadang nak pegi beli air yang kat mesin tu pun main belasah je. Asal ada air dalam mesin itu air mineral. Padahal kita tak sedar yang kadang-kadang kita beli tu air r.o.

Tu kira boleh dimaafkan lagi kalau beli dekat mesin sebab kadang-kadang kita tak perasan apa yang dia tulis kat mesin tu. Tapi kalau beli yang botol punya kat super market? Maklum je la sekarang ni macam-macam jenama ada. Air mineral timah kemban la, air tapisan syabas la dan sampai satu tahap nama yang ntah hape-hape pun ada.

Air mani? Itu air lain. Sila tanya Renjes Putih. Beliau lebih mengetahui. Hakhakhak

Sambung cerita. Air mineral ni ialah air yang terhasil daripada sumber semulajadi sebagai contoh dari gunung-gunung, air terjun, celah-celah batu dan bermacam-macam lagi. Asalkan ia terhasil daripada sumber semulajadi maka ianya ialah air mineral.

Air mani pun semulajadi jugak kan? Adakah ianya air mineral jugak?

Ok. Air mineral yang dimaksudkan di sini ialah air yang telah ditapis segala kekotorannya seperti kuman, habuk-habuk dan mungkin bakteria. Walaupun ianya ditapis dan menghilangkan kekotoran tetapi ianya tetap ada mineral, elektrolit mineral, zat-zat dan oksigen. Manakala air mani ialah air daripada badan kita sendiri yang mengandungi sperma. Faham tak adik-adik? Kalau tak faham sila tanya Renjes Putih, beliau lebih pakar bab-bab air mani ni.

Teruskan cerita. Manakala air r.o ialah air mati [bukan air mani tau] atau boleh disebut juga air kosong. Ini kerana air r.o tidak mempunyai mineral dan zat.


Memang air r.o ni bersih dan bebas dari kuman dan bakteria tetapi air r.o tidak mempunyai zat yang memberi manfaat kepada kesihatan kita. Kita hendaklah minum air yang berzat untuk kesihatan bukannya air kosong dan tidak mempunyai zat.

Aku ada terbaca satu artikel pasal air r.o ni. Dalam artikel tu menyatakan bahawa air r.o ialah sesuai untuk orang yang menghidap penyakit buah pinggang sahaja dan tidak sesuai untuk mereka yang sihat dan tidak mempunyai masalah buah pinggang.

Sejauh mana kebenarannya aku pun tak tahu.

Tapikan, cuba kita bayangkan zaman atuk dengan nenek kita dulu-dulu. Mereka hidup sihat dan umur panjang sebab banyak minum dan bergantung dari  air-air dari sumber semulajadi seperti air-air gunung, air sungai dan air-air hujan [hujan zaman dulu tak macam hujan zaman sekarang. Kotor!]

Zaman dulu mana ada penapis macam sekarang ni. So air yang dia orang minum ialah air semulajadi atau air mineral.

Jadi, apa sebenarnya yang aku cuba nak sampaikan dalam entri kali ni? Aku sendiri pun tak tahu. Mungkin apa yang aku cuba sampaikan dalam entri kali ni ialah keburukan air r.o. Mungkin la, sebab aku yang menulis ni pun tak pasti sebenarnya.

Mungkin Renjes Putih dan Renjes Merah ada apa-apa nak tambah?

2 comments:

Renjes Hitam said...

cilake ape aku tulis aku yg komen..hakhakhak

Renjes Merah said...

huhuhuhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...