Cass Pennant?? Siapa mamat ni? Hensem tak? Dia ni pandai berfesyen ala K-Pop tak? Ke ni nama spesis tenuk? Apa yang aku boleh jawab cuma hahahahaha. Hehe ok la sebenarnya Cass Pennant ni nama seorang otai yang lejen dalam sukan bola sepak kat UK. Kat UK mamat ni femes la kat sini tak kot. Tapi mamat ni bukan pemain bola tau. Dia jadi otai sampai tahap lejen sebab dia ni masa tahun 70'an dan 80'an adalah ketua hooligan untuk kelab West Ham United. Ok korang tengok dulu muka Cass yang hensem lagi gelap melepak ni dulu ye..
Ni gambar masa gua muda. Lu pehal pandang-pandang gua? Lu ingat gua mapley ke.....
Ni pulak gambar gua yang terkini. Gua dah tau dah, korang mesti nak cakap yang muka gua ganas kan. Memang gua ganas pun.
Jap-jap, hooligan?? Kuih apa pulak tu? Kalau bukak kamus, hooligan ni maksudnya samseng. So dia ni ketua samseng bola la? Kehkeh kalau translate terus memang maksudnya samseng bola. Tapi sebenarnya hooligan-hooligan kat UK tu takda la nak jadi samseng sangat sebenarnya, dorang ni lebih kepada penyokong fanatik, setia dan tegar kepada kelab-kelab bola yang dorang minat. Dorang sanggup buat apa saja untuk kelab bola dorang dan akan folo kat mana je kelab bola tu main. Sampai gaduh kerana kelab bola pun dorang sanggup. Haaa tu la hooligan. Maybe sebab tu kot dorang digelar hooligan. Kat UK, boleh kata semua kelab bola dia ada hooligan masing-masing. Dan setiap hooligan biasanya akan ada satu "pertubuhan" yang menggerakkan hooligan-hooligan ni untuk buat aktiviti-aktiviti macam mabuk-mabuk kat pub dulu sebelum tengok bola, nyanyi ramai-ramai kat stadium, nyanyi ramai-ramai sepanjang perjalanan ke stadium dan banyak lagi la. Pertubuhan yang menggerakkan hooligan ni lak dipanggil "firm". Kat UK, penyokong bola fanatik macam ni dipanggil hooligan. Kat Europe lak dipanggil Ultras. Kat Malaysia lak?? heheheh. Kalau nak tau lagi pasal hooligan, korang boleh cari movie macam Awaydays (2009), Green Street Hooligan 1 & 2 (2005 & 2009), The Firm (2009), The Football Factory (2004) dan banyak lagi la.
Ok berbalik dengan kisah si mamat Cass ni tadi ye. Macam aku cakap tadi, dia ni ketua hooligan untuk kelab bola West Ham United kan. So dia ni antara orang-orang penting yang menggerakkan firm West Ham United yang dipanggil "Inter City Firm" masa tahun 70'an dan 80'an dulu.
The pride of The Hammers. Kalau lu tak suka The Hammers, gua ketuk pakai tukul lu punya kepala.
This is ICF. Don't run. Siapa run gua pukul...
The Brittania. Ni la dia port rasmi untuk budak-budak ICF mabuk-mabuk sebelum tengok game West Ham United.
Sebenarnya, yang lebih meunikkan lagi pasal mamat Cass ni ialah, mamat ni la antara mamat negro terawal jadi hooligan untuk firm West Ham United. Macam mana boleh join lak ni? Kenapa dia tak join pasukan pengakap London je, tak pun kadet polis, kan senang. Ok ceritanya macam ni. Cass ni sebenarnya anak angkat kepada sebuah famili kulit putih kat London. Mak bapak dia keturunan kulit hitam Jamaica yang berhijrah ke UK. Dia lahir kat UK, tapi ditinggalkan mak bapak dia masa dia baru 6 minggu. Famili angkat dia jumpa dan amek la dia jadi anak angkat. Masa dia kecik, dia selalu kena buli dengan kawan-kawan kulit putih. Dia sedih sampai satu masa tu dia nak berus tangan dia dengan sabun supaya jadi putih. Fuh sampai macam tu. Tapi dia ni sejak kecik lagi bapak angkat dia dah bawak dia gi lepak kat The Brittania. Dari situ dia kenal la dengan otai-otai ICF dan dorang jadi kamcing. Fuh padan la dah besar jadi otai, kecik-kecik dah terdedah dengan hooligan. Dia ni pernah masuk penjara 2 kali. Pernah kena tembak sekali kat depan Pub dan pernah kena tembak sekali kat peha. Nasib baik umur dia panjang. Fuh memang otai gila la dia ni. Sejak-sejak tahun 2000'an ni, dia dah slow dah dengan aktiviti ICF dia dan dia hidup bahagia dengan bini kulit putih dia. So sekarang dia ni jadi seorang penulis buku dan perunding filem. Buku-buku yang dia tulis semua pasal pengalaman hidup dia dan pasal hooligan. Kalau korang nak tau kisah hidup dia ni, korang kena tengok cerita tajuknya Cass. Tak pun lawat laman web dia kat sini. Ni gambarnya movie dia..
Gambar kecik tu dia tengah lead geng-geng ICF sebelum gaduh. Peh negro sorang kat depan, kulit putih folo belakang.
"Tak guna betul, berus gigi aku kena rembat. Memang nak kena mamat tu"
"Jom gi mapley, aku belanja roti sardin"
Buku-buku hasil tulisan beliau termasuklah 30 Years of Hurt: A History of England's Hooligan Army (2006), Cass (2002), Congratulations, You Have Just Met the ICF (2003), Want Some Aggro? (2007), Rolling With the 6.57 Crew: The True Story of Pompey's Lagendary Football Fans (2004), Terrace Lagends (2005), Top Boys: True Story of Football's Hardest Man (2006) dan Good Afternoon, Gentlemen, the name's Bill Gardner (2006).
"Oh East London, is wonderful !!!!!!!"
*Aku bukan peminat West Ham United, aku peminat fanatik Pelita Jaya FC kehkeh. Tapi aku salute sama brader Cass Pennant ni.
No comments:
Post a Comment