Saturday, March 10, 2012

Selamat hari lahir 10 Mac

Di hari yang indah, lagi cerah, tapi ada panas-panas sikit, jugak berangin sepoi-sepoi bahasa, pada tanggal 10 Mac bersamaan hari sabtu ini,  bersamaan jugak 17 Rabiul Akhir 1433, pihak Renjes Malaya dengan rasa rendah diri dan bersemangat kerenjesannya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada: 

 Angkel Sepp Blatter @ Joseph S. Blatter yang lahir pada 10 Mac 1936. Beliau adalah Presiden FIFA ke-8 yang tak tau bila entah nak letak jawatan. Beliau pernah menerima penghormatan gelaran "Datuk Seri" daripada Sultan Bola. 

 Brader Chuck Norris @ Carlos Ray "Chuck" Norris yang lahir pada 10 Mac 1940. Beliau adalah seorang pelakon dan pengamal seni bela diri. *Beliau sangat teringin nak jadi hero dalam cerita Star Wars, dapat gantikan tempat Yoda pun jadi la, tapi sampai sekarang tak dapat.   

Angkel Osama Laden @ Osman Bin Mohammed bin Awad Bin Laden yang lahir pada 10 Mac 1957 dan meninggal pada 2 Mei 2011. Adakah beliau seorang mujahideen atau pengganas?? Walaupun beliau dah takda, kami di Renjes Malaya tetap nak wish besday kat beliau kerana beliau lejen. Al Fatihah buat beliau.

Brader Jeff Ament @ Jeffrey Allen Ament yang lahir pada 10 Mac 1963. Beliau adalah bassist untuk kugiran Pearl Jam. Selain tu beliau jugak ada menyumbang tenaga untuk kugiran-kugiran seperti Green River, Mother Love Bone dan ada beberapa kugiran lagi. *Gambar diatas menunjukkan beliau tengah perform sambil menahan sakit perut sebab tak tahan nak memerut. Nasib baik tak terkincit setelah beliau diperdajal kawan-kawan yang letak julap kat cool blog peberet beliau.

Brader Chris Sutton @ Christopher Roy "Chris" Sutton yang lahir pada 10 Mac 1973. Pemain bola yang pernah main untuk Norwich City, Blackburn Rovers, Chelsea, Celtic, Birmingham City dan Aston Villa. Beliau adalah gandingan mantap Alan Shearer masa kat Blackburn Rovers. *Hobi beliau dihujung minggu adalah menari ballet.

Brader Samuel Eto'o @ Samuel Eto'o Fils yang lahir pada 10 Mac 1981. Pemain bola Cameron yang pernah main untuk Real Madrid, Leganes (loan), Espanyol (loan), Mallorca (loan), Barcelona, Inter Milan dan Anzhi Makhachkala. *Beliau pernah buat kerja gila iaitu cuba menjual apam balik, satu plastik 2 Euro kat atas padang semasa half time dalam satu perlawanan Serie A. 

Che'nelle @ Cheryline Lim yang lahir pada 10 Mac 1983. Seorang penyanyi kelahiran Sabah dan membesar di Australia. Sekarang ni berita pasal beliau agak kurang kedengaran. *Ada sumber menyatakan, beliau bukan menyepi, atau bukan takda lagu baru, atau bukan album tak laku, tapi sekarang ni beliau tengah bizi dengan kelas tarian Bhangra punjabi. 

Ok semoga individu-individu ni semua menyambut hari kelahiran mereka dengan happy dan asyik. Kami di Renjes Malaya pun tumpang gembira ok. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...