Saturday, March 3, 2012

Laluan motorsikal sebenarnya sangat berbahaya

Jalanraya kat KL dan Selangor kebanyakannya disediakan dengan laluan motorsikal. Bila dah ada laluan motorsikal, kita sebagai penunggang motorsikal kena ikut laluan tu kalau tak nak kena saman. Tapi kebanyakan penunggang memilih untuk menunggang di atas jalanraya saja berbanding laluan motorsikal. Kenape ye?



Memandangkan akhir-akhir ni aku selalu menggunakan laluan motorsikal [hampir setiap hari], maka aku dah dapat jawapannya kenapa penunggang motorsikal yang lain memilih untuk menunggang di atas jalanraya berbanding laluan motorsikal.

Jawapannya ialah sangat berbahaya!

Kenapa sangat berbahaya?

Ok. Selain daripada jalannya yang sunyi dan gelap [pada waktu malam] yang membuatkan peluang kita nak kena samun kat situ adalah tinggi, lain-lain faktor yang aku dapat ialah keadaan permukaan jalan tersebut. Sangat-sangat teruk ok!

Tak percaya sila tengok gambar yang aku jumpa kat google ni.


Teruk kan? Lubang sana lubang sini macam tak diselenggara pun ada.

Kalau kita perasan kan, laluan motorsikal ni biasanya dia agak terpencil sikit dari laluan utama dan kebiasaannya ia terletak di paras yang rendah. [Tak sama paras dengan jalan utama]. Pastu dia dekat dengan longkang-longkang besar atau sungai-sungai yang bilamana hujan lebat akan menyebabkan laluan tu dinaiki air.

Sebenarnya pagi tadi masa aku lalu kat laluan motorsikal area federal highway arah ke klang, ada satu area ni laluan motorsikal dia banjir. Memang tak boleh nak lalu. Nasib baik aku perasan. Dah la masa tu gelap.

Bila dah terang aku try la usha jalan tu balik. Nak tahu kenapa boleh banjir. Baru aku perasan yang kat sebelah laluan motorsikal tu ada sungai besar yang dah cukup nak membanjirkan kawasan tu. Aku ingat kat situ je tapi bila aku lalu depan lagi, ada pulak longkang besar yang kalau hujan lebat pun berupaya nak membanjirkan kawasan tu.

Cuba bayangkan ada orang lalu kat situ tetiba air mencanak. Tak ke arwah orang tu?

Banjir kira ok lagi. Tapi kalau jadi macam ni sape nak jawab?




Kadang-kadang aku takut nak lalu kat laluan motor. Dia punya bahaya toksah cerita weh. Tahap maksimum bahaya dia!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...