Tuesday, February 28, 2012

Kepsi nyum-nyum...

Sekarang ni, sebut je kepsi, orang mesti ingat pasal pekerja dia ganas. Aaarrgghhhh go to hell tu semua. Kalau pasal kepsi ni, aku paling minat kentang putar dia dengan coleslaw dia. Peh bagi aku 20 pun aku boleh habiskan huhu. Ni dia aku tunjuk gambar makanan peberet kepsi aku...

               
Nyum-nyum. Kuah dia ni aku minum je macam minum air hehe.

Peh coleslaw yang sihat lagi berkhasiat. 

Ok kat sini aku nak sembang sikit pasal fakta-fakta menarik berkenaan kepsi. Nama pengasas kepsi ni ialah  Harland David Sanders a.k.a Colonel Sanders (9 September 1890 - 16 Disember 1980). Ni ha muka dia kalau korang sumua tak pernah tengok. Macho siot huhu. Bapak dia ni meninggal masa dia berumur 6 tahun
dan dia pulak berhenti sekolah. Nak tak nak, dia terpaksa la masak untuk famili dia sebab mak dia kena gi kerja, dia je la yang dok kat rumah. Maybe dari situ dia mempertajamkan skill masak dia kot. Lepas tu mak dia kahwin baru, bapak tiri dia selalu pukul dia dan menyebabkan dia lari dari rumah. Sebelum dia bukak kepsi, banyak la kerja yang dia buat macam jadi askar, petani, penjual insurans dan bomba stesen keretapi. Kerja last dia sebelum bukak kepsi ni ialah jadi budak pam minyak kat Corbin, Kentucky. Time tu umur dia dah masuk 40. Selain jadi budak pam minyak, dia jugak masak makanan untuk dijual kat stesen minyak tu. Kira nak cari duit lebih la. Lama-lama masakan dia jadi femes. Bila masakan dia dah femes apa lagi, dia pun bukak la restauran kat depan stesen minyak tempat dia kerja dengan menggunakan beberapa nama termasuklah "Harland Sanders Cafe & Museum" dan "Sanders Court & Cafe" sampai nama tu bertukar jadi kepsi atau "Kentucky Fried Chicken" yang femes dan lejen sampai hari ni. Dari pembukaan restauran tu, sejarah hebat kepsi pun bermula. Ni dia beberapa fakta best pasal kepsi ni...

1. Pada tahun 1930, restauran pertama beliau pun dibuka kat depan stesen minyak tempat beliau kerja sebelum ni. Ni gambar restauran first kepsi kat Kentucky, Amerika. Ni la kepsi first diatas muka bumi.    




2. "Original Recipe" beliau dicipta pada tahun 1940, lebih kurang 10 tahun lepas bukak restauran. Salah satu sebab ayam OR ni berjaya dicipta ialah dengan wujudnya teknologi penciptaan "pressure cooker" pada tahun 1939. Ni dia gambar pressure cooker. *Mula-mula Colonel Sanders tersalah beli pressure cooker. Dia tak tau macam mana yang dipanggil pressure cooker. Dia terbeli kawah besar yang orang buat masak gulai kawah tu.


3. Rangkaian Franchise pertama kepsi dibuka pada tahun 1952. Beliau dan rakan kongsi iaitu Pete Harman bersetuju yang Colonel Sanders ni akan terima 5 sen untuk setiap ayam yang dijual di restauran franchise ni. Ni ha restauran franchise first kepsi. Pete Harman tu siap letak nama dia lagi. *Masa awal-awal bukak restauran franchise ni, kawan-kawan Pete yang makan kat sini ramai hutang sebab dorang cakap terjumpa banyak benda kat celah-celah ayam goreng ni macam rambut, gigi, sepit rambut dan yang paling teruk terjumpa ikan bilis. So dorang pun tanak bayar.


4. Pada tahun 1957, kepsi mula start jual ayam dia dalam bucket. Sejak dari tu, Pelanggan tegar kepsi lebih suka beli ayam kepsi banyak-banyak dalam bucket. *Beliau dapat idea nak jual ayam dalam bucket ni masa beliau dalam toilet kena diarrhea. 








5. Lepas Colonel Sanders meninggal pada tahun 1980, kepsi ada masalah sikit. So kampeni RJR Nabisco Inc. beli kepsi ni pada tahun 1982. 






6. Tapi kampeni RJR Nabisco Inc. pegang kepsi tak lama., lepas tu kampeni PepsiCo lak beli kepsi ni pada tahun 1986.

7. Sampai hari ni, restauran franchise kepsi ni dah ada kat lebih 80 negara seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Restauran franchise pertama kepsi kat luar Amerika ialah kat England. Ni gambar restauran first kepsi kat luar Amerika yang kat England tu. *Time David Beckham kecik dulu, dia pernah nangis berguling-guling sambil tarik kain mak dia depan kepsi ni sebab mak dia tanak bawak dia makan kat kepsi ni.
Ha kawan-kawan, tu la dia sedikit-sebanyak info-info pasal kepsi kita yang tercinta ni. Papepun, peberet makanan kepsi aku ialah kentang putar dan coleslaw hehe. Aku cop dulu huhu. Fakta-fakta diatas adalah sahih dan benar 100%. Macam biasa, fakta-fakta yang didahului dengan tanda * korang faham-faham sendiri la ye. 


  
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...