Arc De Triomphe. Macam mana nak sebut benda ni ek? Lebih kurang macam ni kot bunyinya, "ak di tempe" huhu. Ni bahasa apa ni, susah gila nak sebut sampai terbelit lidah aku nak sebut. Aku dulu belajar bahasa Tonga pun tak susah macam ni. Apesal bunyinya ada sikit-sikit macam bunyi tempe? Aku rasa la kan kat tempat ni pusat jualan tempe terbesar kat Eropah kot. Yela kan, tempe ni kan makanan dari Asia Tenggara, maybe kalau orang Eropah nak try apa rasa tempe, dorang datang je sini je kot hehe. Ok kawan-kawan, tu aku saje je gebang lebih. Sebenarnya ni la dia bahasa Perancis huhu. Arc De Triomphe atau dalam BI nya The Triumphal Arch, so dalam BM lak maksudnya "Gerbang Kemenangan". Ok jom kita tengok dulu macam mana rupa bentuk si "ak di tempe" ni ye huhu..
Pemandangan ak di tempe Perancis diwaktu malam. Aku dengar persatuan mapley malaysia tengah plan nak bina bangunan rumah kedai kat area-area sini. Katanya kalau ada rezeki boleh la bukak 2-3 cawangan mapley.
Arc De Triomphe ni sebenarnya adalah nama untuk sebuah monumen fantastik dan antara tempat yang terfemes kat Paris. Nickname dia "Si Tempe". Tempat ni tempat wajib untuk dikunjugi oleh pelancong-pelancong asing dari seluruh dunia kalau travel gi Paris. Lokasi Si Tempe ni terletak kat "Place Charles De Gaulle", yang dulunya tempat ni dikenali sebagai "Place De I'Etoile". Ianya mula dibina pada 15 Ogos 1806 dan dirasmikan pada 29 Julai 1836. Hui kiranya 30 tahun masa diambil untuk siapkan Si Tempe ni. Lama tu. Si Tempe ni adalah monumen gerbang paling besar sekali kat dunia sampai la tahun 1982, bila Korea Utara pun berjaya bina monumen gerbang yang lagi besar dari Si Tempe ni kat Pyongyang. Si Tempe ni dibina untuk menghormati dan mengenang jasa-jasa pahlawan-pahlawan Perancis yang berjuang dan mati untuk Perancis semasa Revolusi Perancis (1792-1802) dan Perang Napoleon (1803-1815). Dan nama-nama dorang ada tercatat kat luar dan dalam permukaan Si Tempe ni. Kat bawah Si Tempe ni lak ada kubur-kubur askar-askar yang tak dikenali bermula dari askar-askar sejak Perang Dunia Pertama lagi.
Pemandangan diwaktu pagi. Menurut Zinedine Zidane, kawasan ni memberi beliau satu kenangan yang mempunyai nilai sentimental antara beliau dan bapak beliau dan tak mungkin dilupakan. Kat sini la beliau selalu kena pulas telingan dengan bapak beliau sebab main bola sampai maghrib dan tak ingat nak balik rumah.
Jalan yang menunjukkan ke arah menuju Si Tempe. Memang sistematik jalan raya kat Paris ni.
Gambar dari udara yang menunjukkan bandaraya Paris, Si Tempe berada di tengah-tengah. Memang style dan terancang. Kalau sesat kat Paris nanti, cepat-cepat cari Si Tempe ni ye. Lepas tu mesti dah tak sesat lagi huhu.
Ok aku gebang kencang kat sini berdasarkan pengetahuan dan bacaan aku je. Sebenarnya aku tak pernah sampai sini pun hehe. So sekarang ni aku pun tengah plan nak gi sana jugak. Duit aku dalam ASB sekarang ada RM 26.40. Semalam mak aku baru bagi RM 7.00. Pagi tadi bapak aku lak baru bagi RM 2.00. So kalau campur semua duit aku ada RM 35.40. Haish banyak lagi nak kena kumpul ni sebelum dapat pergi Paris. Takpa-takpa, kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi gunung everest hehe.
1 comment:
meh aku nak bagi buang sekupang dua.
Post a Comment