Sunday, February 19, 2012

Moral of the Movie: Jumanji

Korang semua pernah tengok movie Jumanji tak? Ok movie ni aku minat gila khinzir hehe. Lagi-lagi kalau ada Robin Williams, movie-movie yang dia berlakon kan biasanya dia tambah dengan lawak-lawak cipan versi beliau yang tahap monyet hehe. Movie ni release tahun 1995. Ok ni dia gambar movie Jumanji tu...


Movie ni lebih kurang macam ni. Alan (lakonan Robin Williams) ni anak orang kaya. Bapak dia ada kilang kasut turun-temurun dari moyang dia. Parrish nama brand kasut family dia. Alan ni selalu kena buli dengan kawan-kawan sebaya dia. Kira hidup dia ni agak problematic la. Satu hari tu dia kena pukul kat area kilang bapak dia. Setel je dia kena pukul, dia dengar bunyi gendang. Bunyi tu datang dari construction area kat situ-situ jugak la. Cari punya cari sambil korek punya korek, dia pun jumpa dam namanya Jumanji., dia pun bawak balik rumah. Masa kat rumah tu bapak dia cakap nak hantar dia kat sekolah asrama sebab tak nak Alan bercampur atau kena buli dengan kawan-kawan dia. Lepas tu mak and bapak keluar rumah, kawan perempuan dia Sarah (lakonan Bonnie Hunt) datang rumah. Alan cerita la segala masalah dia. Masa dorang tengah sembang, dorang dengar bunyi gendang. So dorang bukak papan dam Jumanji tu terus main dam tu. Sebenarnya dorang tak ready lagi nak main. Time tu Alan baru je pegang token dam tu, tiba-tiba dia terlepas and token tu otomatik berdiri kat petak start. Berhantu dam Jumanji ni huhu. Ok tapi kan kenapa Alan and Sarah ni nak main Jumanji?? Haa tengok gambar ni..


Korang try zoom betul-betul kat gambar tu. Dia ada tulis "A game for those who seek to find a way to leave their world behind" (Permainan untuk mereka yang mencari jalan untuk lari dari dunianya) lebih kurang macam tu la maksudnya. So dam Jumanji ni untuk orang yang nak lari dari masalah. Maybe ayat ni menarik minat Alan. Tapi kat peraturan tepi tu ada tulis jugak "Do not begin unless you intend to finish. The exciting consequences of the game will vanish only when a player has reached Jumanji and called out his name" (Jangan mulakan kalau tak berniat nak habiskan. Permainan ini mempunyai akibat yang mendebarkan dan ianya hanya akan musnah sehingga pemain mencapai Jumanji dan namanya dipanggil). So bila token dah ready, Alan and Sarah kena la main jugak kan. Sepanjang permainan Jumanji ni, memang penuh pancaroba hehe (korang tau kalau korang dah tengok). Sampai Alan dan Sarah ni dah besar pun tak habis-habis. Bila dah besar game pun tak habis, game tu lak disambung oleh 2 orang adik-beradik iaitu Judy dan Peter sampai la game habis. Tengok gambar ni...




Kat atas tu antara babak pancaroba yang dihadapi sepanjang game. Habis tenuk, gajah, cipan, monyet dan makhluk-makhluk yang eksotik dan erotik keluar hahahaha. Makhluk eksotik je tau, erotik takda hehe. Ok kalau korang nak tau keseluruhan cerita ni, gi cari movie ni. Kat sini aku nak cerita pasal moral of the movie ni. Sebenarnya kan, mesej yang nak disampaikan dalam movie ni ialah, dalam hidup kita memang kita akan hadapi banyak masalah. So nak tak nak kita kena hadapi jugak. Tak boleh lari. Kalau kita lari dari masalah yang dihadapi, ada lagi masalah yang lagi susah kita akan hadapi. Macam dalam movie ni, hidup Alan agak problematic, tapi bila dia dah main dam Jumanji yang kononya untuk orang yang nak lari dari masalah, masalah yang dia hadapi lagi susah dan hardcore kata orang jawa hehe. Sampai besar pun tak setel-setel. So bersyukurlah dengan kehidupan yang kita ada. Tapi, kat movie ni korang mesti tak perasan kan siapa budak kecik perempuan yang jadi Judy dalam movie ni. Ni ha muka dia...


Ni la dia Kirsten Dunst. Tak kenal jugak siapa Kirsten? Ala heroin cerita Spiderman la yang jadi Mary Jane. Comel kan masa dia kecik-kecik. Ni aku compare muka dia dulu dengan sekarang...


      

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...