Woooow apa itu Bahasa Tagalog??? Adakah ianya seperti kambing golek?? Hehehe Tagalog tu bahasa orang Filipina la huhu. Ok kawan-kawan, kat sini aku nak sembang gebang bagi kencang sikit pasal Bahasa Tagalog ni. Sebanarnya kan, sama ada kita sedar ke tak, orang Filipina tu adalah tergolong dalam rumpun Melayu jugak tau. Ala kira macam antara kita dengan orang Indonesia, Singapura dan Brunei jugak la. So bila dah serumpun mesti ada persamaan kan. Ok pada aku persamaan antara kita dengan Filipina ialah persamaan makna perkataan yang digunakan dalam bahasa masing-masing. Tapi bukan 100% sama tau, ada sikit persamaan. Ayat dalam bahasa dorang dengan kita memang dah lain gila. Macam ayat Bahasa Malaysia dengan Bahasa Indonesia kan kita still boleh paham lagi kan. Haa antara bahasa kita dengan Tagalog, ayat langsung tak sama tapi perkataan yang digunakan ada sesetengah sama makna. Ada sesetengah perkataan lak sebutan hampir sama. Benda ni aku dapat rasa masa aku gi sana dulu. Bila aku duduk dalam komuniti orang Filipina, aku dapat rasakan persamaannya antara mereka dan kita (ceeewahh) hehehe.
Ok apa perkataan Bahasa Tagalog dan Bahasa Malaysia yang sama makna tu. Yang tulisan senget tu dalam dalam Bahasa Tagalog (perkataannya sama makna dengan BM cuma sesetengah ejaan lain), yang dalam kurungan tu lak maknanya BI. Dan ada lak yang sebutannya hampir-hampir sama. Ok ni dia...
mahal (expensive), murah (cheap), kanan (right), sepak (kick), buaya (crocodile), mangga (mango), inum (drink), lalaki (male), pasok (enter), taon (year), apat (four), lima (five), anim (six), anak (child), tisu (tissue), tainga (ear), sabon (soap), pinggan (plate), payong (umbrella), mangkok (bowl), kambing (goat)
Ok tu semua perkataan yang sama erti yang 2-2 bahasa pakai. Selain tu jugak, ada jugak perkataan yang digunakan dalam Bahasa Tagalog dan Bahasa Malaysia, perkataannya sebutan sama tapi maksudnya lain. Ok ni dia...
Tagalog - salamat (thank you) Malaysia - selamat (save)
Tagalog - ingat (take care) Malaysia - ingat (remember)
Tagalog - kain (eat) Malaysia - kain (cloth)
Tagalog - langit (heaven) Malaysia - langit (sky)
Tagalog - mula (from) Malaysia mula - (start)
Tagalog - lawa (lake) Malaysia lawa - (beautiful)
Memang penat hari ni aku sembang gebang bagi kencang dengan korang. Ok dah penat sembang, jom aku belanja korang makanan peberet orang Filipina. Masa gi sana dulu aku tak sempat try, sebab besar sangat la. Ok ni aku bagi korang je la try, nah amekaw huhuhuh......
nyum-nyum makanan peberet Filipina untuk anda semua hehe...
No comments:
Post a Comment