Saturday, February 18, 2012

Aku & pelakon peberet: Keanu Reeves dulu & kini

Korang semua mesti ada pelakon peberet kan. Sama jugak macam aku. Pelakon peberet aku ada ramai. Ni salah satunya la, Keanu Reeves. Tak kenal Keanu Reeves?? Ni ha aku tunjuk muka dia....



Ha tu la dia muka Keanu Reeves. Saja je aku letak 2 gambar. Nak tunjuk dia masa dulu sampai sekarang. Tajuk entri ni kan dulu dan kini huhu. Maybe ramai yang kenal dia sebab femes belakon cerita Matrix kan. Tapi aku dah folo cerita dia sejak aku kecik lagi. Masa tu time cerita Bill & Ted. Best siot cerita tu. Cerita sains fiksyen pasal dorang berdua ni, Bill dan Ted. Ceritanya start bila dorang berdua ni suka muzik. So bila dah asyik jamming je, dorang fail paper sejarah kat sekolah. So nak dijadikan cerita ada orang dari masa depan datang and bagi dia pondok talipon ajaib. Dengan pondok talipon tu dorang boleh pergi ke zaman dulu. Suka hati dorang la zaman apa nak pergi. Kiranya dorang ni boleh la setadi sejarah kan huhu. Macam-macam zaman la dorang pergi, jumpa tokoh-tokoh macam Bethoveen, Socrates, Napolean Benoparte, Billy The Kid, Abraham Lincoln, Joan Of Arc etc. Tapi tujuan asal orang masa depan tu bagi dorang ni pondok talipon ajaib sebab orang masa depan tu cakap, masa Bill & Ted dah besar nanti, muzik dari kugiran dorang ni akan menjadi penyelamat dunia. Gila kentang lah kugiran dorang ni huhu. So orang masa depan tu cakap lagi, dorang ni tak boleh fail dalam hidup. So pondok talipon tu sebagai pertolongan la untuk dorang berjaya dalam hidup. So nanti time nak buat kugiran takda la masalah. 



Ha ni la dia movie-movie terawal yang buat aku kenal Keanu Reeves. Setail dia berlakon time 2-2 cerita ni memang cool gila lah. Yang gambar first tu tajuknya Bill & Ted's Excellent Adventure tahun 1989, yang lagi 1 tu tajuknya Bill & Ted's Bogus Journey tahun 1991. Selain dari 2 movie, aku minat tengok dia berlakon kat movie-movie macam Point Break, Bram Stoker's Dracula, Speed, The Matrix, Constantine dan banyak lagi la. 

Tengah kena rewang dengan pontianak dalam movie "Bram Stoker's Dracula".

Beliau sedang berlagak macho dalam movie "Constantine".

Beliau sedang melakukan aksi lagak bohong dalam movie pujaan ramai iaitu "Matrix".

So tu la dia info sikit pasal Keanu Reeves dari dulu sampai sekarang. Aku ada terbaca kat tenet yang tahun 2013 ni movie Bill & Ted 3 akan keluar. Mesti best ni. So kat bawah ni aku letak sikit gambar-gambar yang agak setail dalam movie Bill & Ted.





  

   

   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...