Sunday, February 19, 2012

Netherlands ke Holland??

Netherlands ke Holland?? Korang pilih yang mana 1? Siapa dapat jawab aku bagi Choki-choki huhu. Hehe saja je buat soalan awal-awal entri ni. Selalu kan kalau kita baca buku ke, tengok TV ke atau layan tenet, kita mesti jumpa 2 perkataan ni yang merujuk kepada negara Belanda. Tapi yang mana 1 betul, Netherlands ke Holland? Ke 2-2 salah heheh. Ok perkataan Belanda lak kita tolak tepi dulu sebab perkataan Belanda yang pakai cuma Malaysia dan Indonesia je. Mungkin Singapura dan Brunei pun guna perkataan tu. Tapi perkataan Netherlands dan Holland digunakan oleh makhluk seluruh dunia untuk merujuk kepada negara Belanda. Maybe makhluk dari Planet Zargus pun guna perkataan Belanda kot huhu. Ok kita tengok bendera Belanda dulu...


Simple je kan bendera dia. Berbalik pada soalan tadi, antara 2 perkataan tu, Netherlands adalah perkataan yang khusus merujuk kepada negara Belanda. Kenapa tak Holland? Sebab perkataan Holland hanya merujuk kepada bahagian barat negara Belanda sahaja. (Aku tanya aku yang jawab. Melepas korang semua nak merasa Choki-choki perisa durian hehe). Kira Holland ni macam nama negeri yang berada dalam negara Belanda la. Tengok peta ni..


Ha peta tu adalah peta negara Belanda. Yang warna kuning cair tu merujuk kepada Netherlands. Yang warna Oren lak merujuk kepada bahagian Holland. Holland ni lak terpecah kepada Holland Utara dan Holland Selatan. Tapi, kenapa lak perkataan Holland ni digunakan meluas oleh orang seluruh dunia untuk merujuk kepada negara Belanda. Sebab, mengikut cerita orang tua-tua Belanda, orang-orang yang berasal dari bahagian Holland (Holland Utara dan Selatan) ni, kalau dorang travel gi mana-mana, kalau ditanya dorang ni asal dari mana, dorang lebih selesa jawab asal dorang Holland atau Hollanders daripada jawab asal dorang Netherlands atau Dutch. Maybe kalau jawab dorang orang Holland lebih nampak cool, macho dan gagah kot huhu. So Holland digunakan secara meluas untuk merujuk kepada Belanda. Contohnya, kata la aku orang KL, aku travel gi London. Orang London tanya, aku asal dari mana. Aku jawab aku orang KL, aku tak nak cakap aku orang Malaysia. Lebih kurang macam tu la. 


Kalau sembang pasal Belanda mesti ingat mamat ni kan. Tapi sedih, team dia kena 4-0 hari tu hehe. Takpa bang, second leg ada lagi, boleh cuba huhu. Apa-apa pun, kita kat Malaysia ni guna perkataan Belanda kan. So tak payah la pikir sama ada Netherlands ke Holland hehehehe..... 
  




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...