Idea untuk menulis entri ni tercetus bila aku baca entri "Kecik-kecik dulu aku berangan nak jadi otromen" hasil nukilan kencang Renjes Merah.
Kalau dia citer pasal otromen, aku nak jadi tamak giler babeng kali ni. Aku bukan nak cerita pasal otromen je tapi aku nak cerita pasal semua superhero yang aku pernah tengok masa kecik-kecik. Biar tamak sikit takpe. Renjes Putih tak marah punya. Kah kah kah
Robocop tiru gua punya kostum der!
Ni superhero pertama yang aku tengok masa aku baru kenal dunia, baru tau tengok tv, baru tau panggil mak ayah, baru tau main fesbuk dan baru tau tengok video lucah. Ok dua yang terakhir ni aku tipu. Saje nak gebang kencang sikit.
Sape tak tau gaban ni minatang ape, baik kau orang tak payah jadi kanak-kanak. Jadi orang tua terus. Lagi bermakna hidup kau. >.< (bajet comel letak icon macam ni).
Gaban ni, dia polis angkasa. Kerja dia hapuskan orang jahat. Biasalah, nama pun superhero mesti la kerja dia hapuskan orang jahat. Takkan dia nak hapuskan orang yang baik plak? Kalau dia hapuskan orang baik, macam mana dunia nak aman? Kalau dunia tak aman, macam mana nak pergi makan mekdi dengan kepsi kat BP Mall? Weh ape kena mengena mekdi dengan kepsi ni dalam citer ni? Tetiba je?
Errrrr lupakan je ok. Kita terus ke superhero yang kedua.
Gua dulu penghantar pizza tau! Nama gua Azroy!
Ya ini lah dia suria perkasa hitam. Bukan dang suria zainuddin tau. Suria perkasa hitam ni juga boleh dipanggil suria baja hitam ataupun kamen rider. Ikut suka kau nak panggil dia ape. Nak panggil dia Suria di Cordoba pun boleh. Tak pun suria pagi di Malaysia hari ini. Ikut kau la. Tak jadi hal punya.
Suria perkasa hitam atau suria baja hitam atau kamen rider ni ialah seorang penghantar pizza di Jepun. Sebab tu kalau kau tengok cerita dia, dia ada motor je, siap ada dua biji lagi. Kereta? Kereta takde, sebab zaman ni kereta proton tak sampai Jepun lagi. Time tu berlaku kegawatan ekonomi di negara-negara asia, so PM Jepun suruh rakyat dia beli barang buatan Jepun untuk mengurangkan kadar inflasi. Sikit punya tipu fakta yang aku reka ni.
Yang gua keliru dari dulu sampai sekarang ialah Suria perkasa hitam ni belalang ke lalat? Kau boleh tolong jawab?
Ok Next!!!
Jangan lupa menonton filem "otromen pulang ke bumi" di pawagam berdekatan
Otromen memang superhero yang paling fames time tu. Dengan trademark "fire" ketika melakukan aksi menghapuskan musuh sudah cukup untuk menjadikan trend ketika bergambar masa kecik-kecik dulu. Siapa tak pernah buat aksi "fire" time amik gambar masa kecik-kecik dulu memang terdiri daripada golongan kakak-kakak yang suka tengok citer kartun Tomato Man. Keh keh keh
Aku malas nak ulas lanjut pasal otromen ni sebab Renjes Merah dah explain everything daripada Bapak otromen, mak otromen, adik-beradik otromen, adik beradik tiri sama ayah lain ibu, adik-beradik tiri otromen lain ayah sama mak dan kazen-kazen otromen. Sila klik SINI kalau nak baca pasal otromen punya family tree hasil nukilan Renjes Merah.
Ok Next!!!
Apemacam? Bergaya tak kita orang? Boleh celen dengan renjes malaya?
Flashman! Ya, superhero ni merupakan superhero pertama yang ada geng. Pergi perang sama-sama, makan sama-sama, berak sama-sama, serba serbi nak buat sama-sama. Sehati sejiwa la senang cakap.Elak beromen pun sama-sama. Kalau tu pun buat sama-sama, aku pun teringin nak jadi flashmen ni. Bukan selalu dapat beromen sama-sama dengan kawan-kawan. Merepek lagi. Ahaks
Kalau tak cukup korum, penjahat tak dapat dihapuskan. Serius aku tak bohong. Aku berani cakap sebab aku tak pernah tengok flashmen kalahkan penjahat sorang-sorang. Kalau tak percaya sila flashback balik ke zaman kanak-kanak kau.
Ok Next!!!
Pahlawan g-string pasar malam. RM10 lima lai
Jetman ye bukan jet li ataupu jet pejuang sukhoi. Kalau jet li tak men la pakai kostum bodoh-bodoh macam ni. Berkepala botak separuh dan bertocang, baju cheongsam chinese dan berkasut penguin itu baru jet li. Sila jangan samakan jet li dengan jetman. Memang berbeza.
Jetman ni pun lebih kurang sama je dengan flashman. Cuma bezanya, jetman ni kostum dia disediakan dengan spender g-string [Sila tengok dengan teliti gambar di atas] manakala kostum flashman jenis sekali harung pakai ataupun sekali sarung punya baju.
Ni pun jenis stock nak kena cukup korum baru boleh menang. Kalau tak cukup korum, mereka dah boleh lupakan kemenangan. Serius beb.
Ok Next!
On da way nak gi cyberjaya
Superhero terakhir. Di antara superhero-superhero di atas, superhero ni la yang paling bangang sekali. Sebab dia tak boleh tukar itu jam jugak. Dia kena bertukar kat dalam peti. Takde peti tu dia tak boleh nak bertukar. Eh lupa nak bagitau nama superhero ni. Kalau kau orang nak tahu, ni la cybercop. Cybercop tau, bukan cyberjaya.
Yang buat aku rasa superhero ni bangang giler sebab time nak dapatkan senjata. Pergh dia punya tipu jangan buat main bai. Nak dapatkan senjata, cybercop ni kena goreskan satu kad ni kat mesin dia. Yang peliknya kat celah-celah mane ntah dia pergi tetiba ada tempat gores kad. Tak kire la kat bawah batu, tepi pokok, dalam jamban semua ada tempat gores kad tu. Memang tipu gila babeng punya.
Itu jam, Renjes Putih selalu cari tempat gores kad kat bawah batu depan rumah dia. Betul punya naif mamat tu time tu. Keh keh keh
Mari menari poco-coco dengan kami
Eh sailormoon? Ya! memang sengaja aku letak gambar sailormoon kat entri ni. Khas untuk Renjes Putih sebab aku tahu dia suka layan Sailormoon dulu-dulu.
"Dengan kuasa bulan, akan menghukum mu". Ntah hape-hape.
Ok. Habis dah!
p/s: Entri ni panjang sket. Cover untuk 5 hari punya cerita. Ahaks
2 comments:
cybercops paling best hehe...
haha tau takpe..
Post a Comment