Saturday, February 25, 2012

Macam mana nak kucup daun terup?

Mesti ramai orang suka main daun terup kan. Ok aku pun suka. Main daun terup ni boleh kira macam satu permainan yang mudah dan boleh main kat mana-mana je kan. Sebab terup tu kecik, boleh simpan dalam kocek dan boleh bawak gi memana je. Korang boleh main terup ni kat padang bola, kat mapley, ajak cikgu layan terup dalam kelas dan kat mana-mana je la. Asalkan tak main dalam jamban hehe. Lagi pun daun terup tu sekotak murah je kan. Main terup ni boleh membina minda mengira dan jugak boleh melahirkan generasi kaki judi yang hardcore kahkahkah. Ok kat sini aku nak tanya, korang pandai kucup daun terup? Tapi ni bukan kucup cium tau, ni kucup daun terup, nak bagi daun tu pisah-pisah. Kalau cium daun terup tu sebelum main, memang orang tu tergolong dalam golongan kebangangan, kepala bana'an dan kesewelan. Mereka hidup dalam zaman gelap kahkah. Aku tak tau la kat tempat korang panggil kucup terup ni apa. Maybe korang ada nama lain kot. Yang aku pernah dengar selain dari kucup ni cong. "Mat, cepat la cong daun tu", ha macam tu la. Benda ni dalam BI nye shuffle cards. Cara nak kucup daun terup ada banyak. Ni aku tunjukkan korang sikit....



Yang kat atas tu nama cara kucup nya riffle shuffle cards. Benda ni biasa kita tengok kat cerita-cerita judi kan. Yang last part  nampak cantik bila daun terup tu turun satu-satu. Nak belajar cara ni kena amek masa sikit. Mula-mula belajar daun mesti berterabur huhu.


Yang ni lak nama cara kucup daunnya overhand shuffle cards. Daun terup tu nanti dipisah-pisahkan melalui tepi daun terup. Siapa-siapa tak pandai cara kucup ni memang kepala bana hehe. 

Ha cara kucup daun yang ni agak familiar kan. Mesti korang masa belajar main daun time kecik-kecik dulu kucup daun terup macam ni. Daun terup ni dimasukkan melalui belakang daun. Cara kucup daun yang ni namanya hindu shuffle cards. Kenapa hindu?? Aku pun tak tau hehehe. Siapa-siapa tak reti kucup cara ni lak memang mangkuk hayun kehkeh.

Yang ni lak nama kucup daunnya pile shuffle cards. Daun ni dipisahkan dengan meletakkan satu-persatu daun kat meja. Cara kucup ni lambat sikit kot haha. Senang kan cara ni. So kalau ada orang tak reti kucup cara ni tak la kepala bana atau mangkuk hayun, tapi mereka badigol so'ot huhu.

Yang ni lak namanya wash shuffle cards. Daun ni semua diletakkan bersepah kat atas meja, lepas tu daun akan dipusing-pusing bagi terpisah. Lepas tu baru susun balik. Nama lain untuk kucup daun cara ni ialah irish, chemmy, corgy shuffle. Peh senang je tu, siapa reti buat macam ni memang korang dah ada asas nak buat roti canai. Boleh apply kerja kat mapley huhu.

Cara kucup daun yang ni namanya mongean shuffle cards. Caranya, daun akan dimasukkan melalui tepi. Tapi daun dimasukkan sikit-sikit, sikit masuk tengah, sikit masuk bawah dan sikit masuk atas. Cara kucup macam ni no comment. Siapa amek masa 3 tahun nak belajar cara kucup daun macam ni korang memang selalu tak mandi pagi huhu.

Ok kawan-kawan, tu dia antara cara-cara kucup daun terup yang aku tau. Tapi semua nama kucup ni takda BM nya. Nanti korang buat la ye nama BM nya hehe. Tadi kan aku ada cakap yang cara kucup daun hindu shuffle cards agak familiar kan. Kalau ikut pengalaman aku, hindu shuffle cards ni familiar kat orang Asia je. Aku pernah main daun dengan kawan-kawan foreigner, ada dari NZ, ada dari Jepun dan ada dari England, yang kawan omputih ni aku perhatikan kalau kucup daun dorang lebih suka kucup cara overhand shuffle cards. Yang kawan dari Asia lak lebih suka kucup daun cara hindu shuffle cards termasuk aku. Jelaslah bahawa pengaruh hindu cukup kuat dalam hidup orang Asia kahkahkahkah.

  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...