Selamat hari Jumaat geng. Kita semua dah tau kan kat Malaysia ni ada banyak jenis kenderaan awam. Ok salah satunya Komuter. Sape tak kenal tren Komuter. Terkenal dengan kesophistikatedtan tren nya, kelembutan tutur kata abang-abang penjual tiketnya, kewangian toilet di stesennya, keluasan surau di stesennya jugak dan banyak lagi la. Bak kata orang bercinta, tak terungkap dengan kata-kata la huhu. Tapi kalau cakap pasal Komuter ni, mesti ramai merungut kan. Jangan nak tipu la hehe. Tapi aku selaku pengguna tegar Komuter, akan tetap berdiri dibelakang Komuter kahkah. Support Komuter. Ok ok tu la, kita kena banyak bersabar, nanti kang tahun depan harap semua ok la tu. Maybe tahun depan seminit sekali tren dia sampai kat stesen, terkejut beruk kita semua nanti huhu. Ok ni aku tunjuk tren Komuter...
Tengok tu, power kan Komuter. Bergerak meredah arus dengan gagah berani tanpa menghiraukan anasir-anasir luar. Macam jugak Hetty Koes Endang nyanyi, "Kudaku lari gagah berani" kahkah. Hidup Komuter huhu. Ok sebenarnya di hari Jumaat yang mulia ni, aku saja je nak cerita sikit pasal tren kat China, iaitu di Beijing. Yang cerita pasal Komuter tadi tu saje je, nak bagi cerita best sikit hehe. Tapi yang penting, Komuter memang tren peberet aku sampai bila-bila (jari bersilang) kihkih. Aku dulu pernah pergi Beijing, setahun lepas. So aku pernah guna kemudahan awam kat sana. So far ok la. Ok ni aku tunjuk lak peta tren kat Beijing...
Sekali tengok ok je kan. Tak berserabut sangat. Cuba korang Google peta tren kt negara-negara lain, lagi-lagi negara-negara maju, memang berserabut. Kalau peta tren berserabut macam tu, korang tak payah la tengok lepas makan, boleh muntah huhuhuh. Kat china ni dorang panggil tren Subway. Subway kat sana takde la lambat atau slow, ok ok je. Ok kat sini apa yang aku suka dengan Subway kat Beijing ni ialah harga dia. Tren kat Beijing ni semua adalah dibawah seliaan kerajaan. Kalau kat Malaysia, tak silap aku cuma Komuter je kan kerajaan yang urus, lepas tu tren-tren lain macam LRT Putra & Star, Monorel etc private company yang urus. So nak dijadikan cerita, bila tren-tren kat Beijing ni semua kerajaan yang selia, harga dia fixed-price. Pergi jauh mana pun harga tetap sama iaitu 2 Yuan (RM 1). Korang pergi la jauh mana pun harga tetap 2 Yuan. Hatta dari tempat A ke tempat Z pun tetap 2 Yuan. Contohnya kalau kat Malaysia korang naik Komuter dari Seremban, sampai KL Sentral tukar LRT Putra pergi Kelana Jaya. So korang tukar 2 kali tren kan. Dari Seremban naik Komuter sampai KL Sentral naik satu tren, lepas tu pergi Kelana Jaya lak naik LRT Putra lagi satu tren. So kalau guna 2 tren di Malaysia maknanya harganya pun bayar 2 kali kan. Haaaa benda ni takda kat Beijing. Kat Beijing, walaupun korang tukar 10 kali tren pun, harga tetap 2 Yuan untuk sekali jalan. Senang cerita, masa pergi korang tukar 10 kali tren baru sampai destinasi, so bayarnya 2 Yuan (tukar tren saja, bukan keluar stesen). Balik lak korang tukar 15 kali tren baru sampai rumah, bayar pun 2 Yuan. So tambang perjalanan korang untuk hari tu adalah 4 Yuan sahaja. Kecuali kalau korang nak pergi airport, ha kalau pergi airport harganya lain. Harga nak ke airport Beijing 25 Yuan (RM 12.50). So kalau lah perkara macam tu jadi kat Malaysia, best siot heheheheh. Agaknya seminggu sekali kot aku pergi Batu Caves naik Komuter hehehehehe.
Kat atas tu gambar kawan aku dari New Zealand. Ni la akibatnya kalau dah best sangat dan ketagih dengan tren kat Beijing. Dia terduduk sambil tersenyum sendiri kahkah. Ok geng, papehal jom pergi sembahyang Jumaat dulu. Aku belum mandi ni heheheh.............
No comments:
Post a Comment