Orang Islam dilarang menyentuh orang yang bukan muhrimnya. Ini kerana menyentuh orang yang bukan muhrim hukumnya haram tak kira kau orang tengah berlakon atau tidak, hukumnya tetap haram. Kalau tak sengaja mungkin tidak mengapa. Tapi kalau sengaja? Ha kau orang jawab la sendiri dengan di 'atas' tu nanti.
Ok. Kita stop dulu tazkirah kita untuk hari ni. Ceh! Aku rasa dah macam gaya ustaz-ustaz kat dalam peti televisyen jap dah ni -_-"
Sebenarnya tadi aku ada terbaca pasal adab tangan ni kat dalam satu majalah ni. Kat dalam majalah tu dia cerita pasal adab tangan [manner hand] artis-artis lelaki korea. Baru aku tahu yang artis lelaki kat korea ni sebenarnya tengah mengurangkan sentuhan-sentuhan ke atas artis perempuan. Tak kira tengah berlakon, show, konsert, games dan sebagainya mereka ni semua cuba mengurangkan sentuhan ke atas artis perempuan.
Tujuan? Mungkin nak mengurangkan sexual harassment ke atas artis perempuan kot atau mungkin juga nak mengelak dari dicop ambil kesempatan. Entah, aku tibai je. Majalah tu tak cerita pun sebabnya.
Kalau kau orang tak mahu percaya dengan apa yang aku bilang, sila lah tengok gambar di bawah ni.
Walaupun dia orang ni berpeluk dan mengendong artis perempuan, tapi dia orang punya tangan takde lah betul punya pegang. Try kau orang tengok kat dalam bulatan tu. Jari dia orang tegak je, kira tak kena pada kulit pastu ada yang siap lapik dengan kain lagi sebab tak nak kulit mereka bersentuhan antara satu sama lain.
Ok sekarang kau orang bayangkan pula artis kat Malaysia. Macam mana?
Takde pun macam ni kan? Kalau peluk, betul-betul peluk punya. Yelah, mana boleh lepas peluang peluk artis perempuan yang hot. Rozita Che Wan misalnya. Takkan lepas peluang punya. Bak kata pepatah tuah datang bergolek. Tak gitu?
Malu weh. Orang bukan Islam pun tahu bersentuhan dengan bukan muhrim tak elok tapi orang Islam boleh slumber badak gi peluk-peluk, pimpin tangan bagai. Artis lagi la tak payah cerita. Paham-paham sendiri.
Tapi kan, jangan jadi macam ni.
Ok. Ini racist. Babai!
No comments:
Post a Comment