Sunday, February 26, 2012

Kedai 5 hinggit Jepon di Malaysia

Selalu kita pergi kedai 2 hinggit versi Malaysia kan? Tak tau? Ala kedai yang barang dia semua harga semua 2 hinggit tu. Tahu? Bagus!. Bersepah kan kedai-kedai macam tu kat Malaysia. Ha, kali ni aku nak cerita pasal kedai 5 hinggit versi Jepon pulak. Jangan main-main, kedai hinggit jepon dah mengembangkan perniagaan mereka kat Malaysia. Kikiki

Kedai 5 hinggit jepon ni ada kat sunway piramid. Aku tak tau tempat lain ada ke tak.Kalau ada kat tempat lain, bagitau aku ye. Boleh aku gi sana nanti.

Barang-barang dalam kedai ni semua harga dia 5 hinggit. Tak kire la barang tu besar ke kecik, semuanya 5 hinggit harga dia.Yang bestnya, kat kedai tu macam-macam benda dia jual. Bukan terhad kepada barang-barang perhiasan rumah saja macam kedai-kedai 2 hinggit kat Malaysia ni. Kau nak ape? buku? sapu tangan? tie? topi? mangkuk? eye-shadow?gincu? spek? file? makanan? minuman? semua ada. Cuma ayam sejuk beku je takde. Hahaha

Baru-baru ni aku beli benda alah ni.


Jam loceng. Harga dia 5 hinggit. Kualiti dia ok sikit kot dari jam kat uptown tu. Setakat ni aku pakai ok je. Tak tau la bulan depan macam mana. Maybe jahanam kot. Tak sure.

Bagi aku, ok la kedai tu. Macam-macam barang ada. Aku cari barang nak pergi praktikal pun kat sana. Nak save budget la katakan. Hari tu aku cari tie kat sana. Ok kot tie dia. Kualiti dia terbaik beb kalau nak compare dengan tie kat kedai 2 hinggit versi Malaysia. Memang jauh beza weh.

So, kalau kau nak try pergi jalan-jalan kat kedai 5 hingit jepon ni boleh la datang kat sunway piramid. Kat tingkat 1 kalau tak silap aku la. Orang cina banyak pergi sana, sebab barang murah-murah dan berkualiti.

Ok dah habis entri ni. Bai!

2 comments:

Renjes Merah said...

majalah porno jepun ada x? hehehe

Renjes Hitam said...

tu aku tak pasti la..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...